Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Siapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat juga. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun
Artinya :
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya dzaljalali wal ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam... Amiin
Doa awal tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Siapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkandua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan
Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan dari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...
Amiin
0 komentar:
Posting Komentar