SIMPOSIUM Ilmuan Islam 2009 anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dan Khilafah Centre Sabtu lalu (5 Disember 2009) yang berlangsung di Auditorium Abu Zarim, Integrated Learning Solution (ILSAS), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor telah berjaya menarik lebih 300 Ilmuwan Islam dari seluruh Malaysia.

Selaras dengan tema “Ilmuan Bersatu Menggagas Penegakan Syariah dan Khilafah”, simposium yang julung kali diadakan oleh HTM ini dihadiri oleh  pimpinan parti politik tanahair, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam, ahli akademik dari IPTA dan IPTS, pemimpin gerakan Islam,  pegawai agama negeri, pemimpin masyarakat, serta imam-imam masjid dan surau seluruh negara.

Bermula dari  jam 8 pagi dan tamat pada lebih kurang jam 5.00 petang, simposium ini dipengerusikan oleh Prof. Dr. Muhammad dan menghadirkan tiga orang ahli panel iaitu Ustaz Ridhuan Hakim dan Ustaz Umar Hussain yang merupakan AJK Pimpinan Pusat HTM, serta Presiden HTM sendiri, Ustaz Abdul Hakim Othman.


Selaras dengan tema simposium, ketiga-tiga ahli panel berjaya menegaskan kepada para Ilmuwan Islam yang hadir bahawa hanya penegakan Syariah dan Khilafah sahajalah menjadi satu-satunya jalan untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam di seluruh dunia pada hari ini.

Simposium dimulai dengan Kalimah Iftitah (Kata Pembuka) dari Amir Hizbut Tahrir, Syeikh Atha' Abu Rasytah yang disiarkan secara audio dan bertulis kepada hadirin. Antara intipati ucapan pemimpin tertinggi Hizbut Tahrir seluruh dunia itu ialah, beliau menyeru kepada semua ulama bahawa Islam tidak akan dapat diterapkan dengan sempurna tanpa sebuah negara iaitu Khilafah. Selaras dengan itu, Hizbut Tahrir seluruh dunia berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat lelah untuk menegakkan Khilafah yang merupakan 'vital issue' (masalah utama) bagi kaum Muslimin dan merupakan satu kewajipan yang teramat jelas. Hizbut Tahrir akan terus berjuang menjadikan Khilafah sebagai pendapat umum (ra'yul am / public opinion) di kalangan umat Islam dan Khilafah adalah sebuah kenyataan yang terlihat jelas di hadapan mata Hizbut Tahrir, tegasnya dalam audio tersebut.

Di akhir ucapannya yang mengambil masa lebih kurang setengah jam, Amir Hizbut Tahrir itu menyeru,

“Wahai para ulama yang dimuliakan! Sesungguhnya, ulama yang bertakwa dan ikhlas lebih berhak atas urusan ini (menegakkan Khilafah), dan tempatnya selalu di barisan terhadapan dalam setiap kebaikan. Untuk itu, kami tidak ingin hanya berkata kepada anda, “Sokonglah kami, tolonglah kami dan bantulah kami.” Namun, dengan rasa hormat dan ketulusan dari lubuk hati yang paling dalam, kami ingin berkata kepada anda lebih dari semua itu, “Berjuanglah bersama kami, dan bekerjasamalah dengan kami, untuk kebaikan ini.” Sesungguhnya kemuliaan Islam dan kaum Muslimin adalah di tangan Allah dan sudah semakin hampir. Semua itu pasti akan terwujud dengan izin Allah.”

Majlis kemudian diteruskan dengan pembentangan kertas kerja pertama oleh Ustaz Ridhuan Hakim yang bertajuk “Peranan Ilmuwan dan Gerakan Islam di Dalam Menegakkan Syariah Dan Khilafah”.  Secara umumnya, Ustaz Ridhuan menekankan bahawa para Ilmuwan Islam perlu terus berinteraksi dengan masyarakat dan menjadi  barisan hadapan memimpin perubahan pemikiran masyarakat kerana mereka adalah golongan yang dihormati dan suara mereka didengar oleh masyarakat. Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh para Ilmuwan adalah membawa perjuangan ini (penegakan Syariah dan Khilafah) ke dalam tubuh umat, agar umat bersama-sama berjuang ke arah kebaikan ini.

Ustaz Abdul Hakim pula, di dalam kertas kerjanya menjelaskan secara terperinci akan methodologi untuk menegakkan Khilafah. “Umat Islam perlu yakin bahawa mereka kini hidup di negara kufur dan perlu yakin bahawa menegakkan negara Islam Khilafah merupakan satu kewajiban yang mana negara tersebut akan menjadi intisusi penegak segala hukum Allah di muka bumi. Justeru, Ilmuan dan gerakan Islam mesti bersatu tekad, suara dan usaha bagi merealisasikan kewajipan ini” tegasnya.

Presiden HTM itu seterusnya menyatakan bahawa Rasulullah telah menunjukkan jalan kepada kita bagaimana untuk menegakkan Daulah Islam, yakni perjuangan baginda selama 13 tahun di Mekah, sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah. Jelasnya, lagi, Hizbut Tahrir mengambil thariqah (jalan) Rasulullah ini di mana jalannya adalah secara politik dan intelektual tanpa kekerasan. Inilah metode yang wajib diikuti oleh setiap Muslim dan gerakan Islam. Beliau dengan tegas mengatakan bahawa usaha menegakkan Khilafah tidak akan diredhai oleh Allah jika tidak mengikut thariqah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Demokrasi dan pilihan raya yang ada sekarang bukanlah caranya, tegas beliau lagi.

Pembentangan kertas kerja diakhiri oleh Ustaz Umar Hussain yang menyampaikan tajuk "Cabaran dan Ancaman Penegakan Syariah dan Khilafah". Beliau dengan lantang menegaskan bahawa syariah sudah tidak lagi wujud dalam kehidupan umat Islam kini dan ia telah lama diganti dengan sistem sekular. Perjuangan Rasullah SAW dan para sahabat dahulu, semasa fasa Mekah menghadapi pelbagai cabran dan ancaman seperti baginda dituduh sebagai orang gila, tukang sihir serta menghadapi kekerasan fizikal dari pemerintah kafir Quraisy, ujarnya. Dan begitulah juga ancaman dan cabaran yang dihadapi oleh Hizbut Tahrir dan gerakan Islam lainnya di dalam menegakkan agama Allah sekarang. Malangnya, kata Umar Hussain, kalau Rasulullah dahulu dizalimi oleh Quraisy yang kafir, tetapi kini umat Islam dizalimi oleh pemimpin mereka yang beragama Islam.

Selepas makan dan solat, simposium bersambung dengan sessi soal-jawab dan dialog di antara para Ilmuan dan pemimpin HTM. Ternyata, para Ilmuan yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan dan memberikan komen yang menunjukkan persetujuan mereka kepada perjuangan Hizbut Tahrir dalam menegakkan Syariah dan Khilafah.

Selesai soal-jawab dan dialog, majlis diakhiri dengan acara kemuncak yang dilakukan oleh Ustaz Abdul Hakim dengan membacakan Deklarasi Simposium. Laungan TAKBIR bergema sebanyak tiga kali di Auditorium Abu Zarim seusai Presiden HTM itu membacakan deklarasi dengan penuh semangat.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Abu Arsyad dan sebelum bersurai, para Ilmuan dijemput turun satu per satu dari tempat duduk masing-masing untuk bersalaman dengan barisan kepimpinan HTM sebagai tanda kekuatan ukhwah sesama Muslim.

HTM dengan ini mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ilmuwan yang hadir dan tidak lupa juga kepada ramai yang ingin hadir tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana ada keuzuran.  Semoga Allah menyatukan hati-hati dan usaha kita ke arah perjuangan menegakkan Syariah dan Khilafah. ALLAHU AKBAR!



sumber : mykhilafah.com


0 komentar:

Agenda Harian

Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yang bisa dilakukan

1. Agenda pada sepertiga malam akhir

a. Menunaikan shalat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud di dalamnya,

b. Menunaikan shalat witir

c. Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh

Rasulullah saw bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”. (HR. Bukhari Muslim)


2. Agenda Setelah Terbit Fajar

a. Menjawab seruan azan untuk shalat subuh

” الَّلهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ “

“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, shalat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)

b. Menunaikan shalat sunnah fajar di rumah dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

“Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya”. (Muslim)

وَ قَدْ قَرَأَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِي رَكْعَتَي الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدَ

“Nabi saw pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”.

c. Menunaikan shalat subuh berjamaah di masjid –khususnya- bagi laki-laki.

Rasulullah saw bersabda:

وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِي الْعَتْمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh” (Muttafaqun alaih)

بَشِّرِ الْمَشَّائِيْنَ فِي الظّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berikanlah kabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. (Tirmidzi dan ibnu Majah)

d. Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat shalat

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ

“Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak” (Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)

e. Duduk di masjid bagi laki-laki /mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca dzikir waktu pagi

Dalam hadits nabi disebutkan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إَذَا صَلَّى الْفَجْرَ تَرَبَّعَ فِي مَجْلِسِهِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ الْحَسَنَاءُ

” Nabi saw jika selesai shalat fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”. (Muslim)

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat). (Al-Isra : 78) Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

3. Menunaikan shalat Dhuha walau hanya dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

“Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan shalat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”. (Bukhari dan Muslim)

4. Berangkat kerja atau belajar dengan berharap karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمِلِ يَدِهِ، وَكَانَ دَاوُدُ لا يَأْكُلُ إِلا مِنْ عَمِلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya sendiri”. (Bukhari)

Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga”. (Muslim)

d. Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari

Allah berfirman :

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi tenang” (Ra’ad : 28)

Rasulullah saw bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهَ أَنْ تَمُوْتَ ولسانُك رَطْبٌ من ذِكْرِ الله

“Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada Allah” (Thabrani dan Ibnu Hibban) .

5. Agenda saat shalat Zhuhur

a. Menjawab azan untuk shalat Zhuhur, lalu menunaikan shalat Zhuhur berjamaah di Masjid khususnya bagi laki-laki

b. Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zhuhur 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zhuhur

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang shalat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di surga”. (Muslim).

6. Agenda saat dan setelah shalat Ashar

a. Menjawab azan untuk shalat Ashar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan shalat Ashar secara berjamaah di masjid

b. Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada)

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

“Barangsiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”. (Thabrani – hasan shahih)

c. Istirahat sejenak dengan niat yang karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

وَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقٌّ

“Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”.

Agenda prioritas:

Membaca Al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang berlimpah insya Allah.

7. Agenda sebelum Maghrib

a. Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran

b. Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media

c. Menyibukkan diri dengan doa

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah”

8. Agenda setelah terbenam matahari

a. Menjawab azan untuk shalat Maghrib

b. Menunaikan shalat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi laki-laki)

c. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat

d. Membaca dzikir sore

e. Mempersiapkan diri untuk shalat Isya lalu melangkahkan kaki menuju masjid

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

“Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)

9. Agenda pada waktu shalat Isya

a. Menjawab azan untuk shalat Isya kemudian menunaikan shalat Isya secara jamaah di masjid

b. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat

c. Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim

d. Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid

e. Dakwah melalui media atau lainnya

f. Melakukan mudzakarah

g. Menghafal Al-Quran

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan berlimpah insya Allah.


Apa yang kita jelaskan di sini merupakan contoh, sehingga tidak harus sama persis dengan yang kami sampaikan, kondisional tergantung masing-masing individu. Semoga ikhtiar ini bisa memandu kita untuk optimalisasi ibadah insya Allah. Allahu a’lam

Jazaakillah

Sedikit revisi dari : http://www.al-ikhwan.net/agenda-harian-ramadhan-menuju-bahagia-di-bulan-ramadhan-2989/

Isi Blog

Popular Posts

Diberdayakan oleh Blogger.