Musim haji baru sahaja meninggalkan kita dan sudah pasti meninggalkan seribu satu kisah dan kenangan kepada jemaah yang baru sahaja kembali. Di kesempatan ini, Hizbut Tahrir Malaysia ingin mengucapkan selamat kembali kepada para jemaah dan semoga beroleh haji yang mabrur. Kami juga mengharapkan agar nuansa iman dan takwa tatkala berada di Makkah al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah akan terus berkekalan pada diri setiap jemaah. Bagi mereka yang memiliki ruhiyah yang tinggi, perasaan sedih dan pilu tidak dapat digambarkan apabila kaki melangkah keluar dari kedua-dua tanah suci tersebut. Memang sepatutnyalah perasaan seumpama itu menyelimuti hati setiap insan yang beriman. Namun, ‘perasaan’ semata-mata tanpa dipandu oleh ‘pemikiran’ yang benar, tentunya tidak akan menghasilkan sebuah kesedaran akan hakikat di sebalik kedua-dua tanah suci itu.

Umat Islam seharusnya sedar bahawa Mekahlah tempat di mana Rasulullah SAW telah memulakan perjuangan untuk menyeru manusia supaya beriman kepada Allah. Di tanah haram inilah Rasulullah dan para sahabat telah berjuang bermati-matian untuk menegakkan agama Allah sehingga mereka ditangkap, diseksa, dipulau dan dibunuh. Mereka berhadapan dengan kafir Quraisy yang kejam di mana nyawa mereka telah menjadi taruhan, namun mereka sedikit pun tidak gentar dan segala penderitaan dihadapi dengan penuh keimanan. Akhirnya mereka keluar meninggalkan Mekah atas perintah Allah, menuju ke Yathrib (Madinah), sebuah negara baru yang akan menjadikan Islam sebagai deen dan nidzam (sistem), yang mengatur kehidupan mereka sepenuhnya. Inilah hakikat hijrah Nabi SAW dan para sahabat di mana mereka telah keluar dari sebuah dar (negara) al-kufur menuju dar al-Islam.

Kini, setelah 1431 tahun berlalu, sebahagian kaum Muslimin sudah tidak lagi mengerti akan hakikat hijrah Nabi SAW. Di Malaysia saban tahun, hijrah disambut dengan perarakan di sana sini. Dan saban tahun juga kita menyaksikan adanya anugerah tokoh Ma’al Hijrah sama ada di peringkat pusat mahupun negeri. Makna dan hakikat hijrah sudah berubah sedemikian rupa sehingga umat Islam sudah tidak lagi memahami pengertiannya yang sebenarnya. Apa yang diperbesarkan oleh pemerintah dan ulama mereka adalah pengertian hijrah dari aspek bahasa. Hijrah sering dimaknakan sebagai perpindahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik. Jika seseorang itu gagal dalam hidupnya dan kemudian berjaya, ini dikatakan hijrah. Jika kehidupan seseorang itu miskin, kemudian berubah menjadi kaya, ini dikatakan hijrah. Jika seseorang naik pangkat dalam pekerjaannya, naik jawatan atau gelaran dalam profesionnya atau jika ada seseorang yang berjaya mendidik kesemua anaknya hingga ke menara gading, maka kesemua ini dikatakan hijrah. Malah golongan inilah yang layak untuk dicalonkan sebagai tokoh Ma’al Hijrah! Pendek kata, inilah makna hijrah yang telah diindoktrinisasikan oleh pemerintah sekular ke dalam masyarakat, sehingga pengertian sebenar hijrah (yakni) perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari darul kufur menuju darul Islam, sudah dihilangkan dari pemikiran umat. Sesungguhnya darul Islam adalah Daulah Khilafah, dan ia sudah tidak lagi wujud di dunia ini semenjak kejatuhannya pada 28 Rajab 1342H yang lalu. Sejak itu hingga kini, umat Islam kesemuanya tinggal di darul kufur dan diperintah oleh undang-undang dan sistem kufur. Dan sesungguhnya perjuangan untuk menegakkan semula Daulah Khilafah ini amat terkait rapat dengan persoalan hijrah. Justeru, hakikat dan hukum hijrah hendaklah difahami dengan benar agar bila tertegaknya Khilafah sedikit masa lagi, umat Islam di seluruh dunia tidak akan terkeliru dalam usaha mereka untuk berhijrah menuju darul Islam (Khilafah) yang baru muncul ini.

Hijrah Masih Berterusan

Hijrah bermaksud keluar dari negeri kufur ke negeri Islam. Pengertian ini diambil dari lafaz ‘hijrah’ dan lafaz ‘Muhajirin’ yang disebut dalam Al-Quran itu sendiri dan juga hadis-hadis. Antaranya firman Allah,

“Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata, ‘Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?’ Mereka menjawab, ‘Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi’. Malaikat bertanya lagi, ‘Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?’ Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” [TMQ an-Nisa’ (4):97-99].

Di samping salah faham makna hijrah, ramai cendekiawan Islam terkeliru mengatakan bahawa hukum hijrah sudah tidak lagi berlaku. Walhal sesungguhnya hijrah dari negeri kufur ke negeri Islam adalah kekal, tidak pernah terputus. Mengenai apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dari sabda Rasullulah SAW yang menyatakan,

“Tidak ada lagi hijrah selepas penaklukan kota Mekah”,

juga sabda baginda,

“Tidak ada lagi hijrah selepas terjadinya fathu (penaklukan)”,

juga sabda baginda,

“Sesungguhnya hijrah telah berhenti, tetapi jihad dan niat (tetap berterusan)”

dan juga apa yang diriwayatkan oleh Sufyan bin Ummayyah, ketika telah memeluk Islam dan dikatakan kepadanya,

“Tidak sempurna agama seseorang yang tidak berhijrah, lalu beliau pun datang (berhijrah) ke Madinah.’  Selepas itu, Nabi SAW bertanya kepadanya, ‘Gerangan apakah yang membawa kamu ke sini wahai Abu Wahab?’ Beliau menjawab, ‘Katanya, tidak sempurna agama bagi sesiapa yang tidak berhijrah.’ Baginda kemudian menjelaskan, ‘Kembalilah wahai Abu Wahab ke tengah-tengah Mekah. Tetaplah tinggal di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya hijrah telah berhenti, tetapi jihad dan niat (tetap berterusan). Jika kamu diminta berperang, maka berperanglah”,

memang benar kesemua hadis di atas menafikan adanya hijrah selepas penaklukan Mekah. Akan tetapi, mesti difahami bahawa penafian ini  disertai dengan illat (punca pensyariatan hukum) yang diistinbat (digali) dari hadis-hadis itu sendiri. Apabila Rasulullah bersabda, “selepas penaklukan Mekah” ia berupa ungkapan yang mengandungi illat-ma’lul (sebab-akibat), sebagaimana sabda Nabi SAW,

“Janganlah kamu campuradukkan tamar dan anggur semuanya agar menjadi khamar” [HR Ibn Hibban].

Perkataan jami’an (semuanya) dinyatakan dalam bentuk yang mengandungi illat-ma’lul (sebab-akibat), maka ia merupakan illat (punca pensyariatan) larangan membuat khamar, bukannya larangan mencapuradukkan tamar dan anggur itu sendiri. Ini membawa makna bahawa penaklukkan Mekah merupakan illat penafian hijrah yang bererti bahawa illat ini akan berputar bersama ma’lulnya (yakni) ada dan tidaknya, dan tidak dikhususkan untuk Mekah sahaja, tetapi meliputi penaklukan mana-mana negeri sekalipun.

Dalilnya terdapat dalam riwayat lain,

“Tiada hijrah selepas terjadinya penaklukan.”

Ia dikuatkan oleh hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Aisyah, apabila beliau ditanya mengenai hijrah, beliau berkata,

“Hari ini tidak ada lagi hijrah. Orang Mukmin sememangnya pernah berhijrah untuk melindungi agamanya menuju kepada Allah dan RasulNya, kerana takutkan fitnah (ujian). Adapun ketika ini, Allah benar-benar telah memenangkan Islam, di mana orang mukmin boleh menyembah Tuhannya dengan senang hati.” 

Ini adalah antara hadis yang menerangkan bahawa hijrah orang Islam adalah (berlaku) sebelum terjadinya penaklukan untuk menyelamatkan agamanya kerana takutkan fitnah, dan kemudiannya dinafikan (tidak adanya hijrah) setelah terjadinya penaklukan, kerana orang Islam telah menjadi berkemampuan untuk menzahirkan agamanya dan melaksanakan hukum-hukum Islam. Oleh itu, ‘penaklukan’ yang membawa akibat kepada semua perkara di atas tadi merupakan illat penafian hijrah, dan bukan hanya ‘penaklukan Mekah’ sahaja. Oleh yang demikian, yang dimaksudkan dengan hadis di atas adalah tidak ada hijrah setelah terjadinya penaklukan (yakni) tidak berlaku penghijrahan dari suatu negeri yang telah ditakluki (dibuka). Adapun mengenai sabda Rasulullah SAW kepada Sufyan bahawa hijrah telah berakhir (hijrah dari Mekah selepas ia ditakluki), ia bermakud bahawa apabila sesebuah negeri telah ditakluki, maka negeri tersebut telah (bertukar) menjadi darul Islam, maka  negeri kaum kuffar dan darul kufur tadi sudah tidak ada lagi. Oleh itu, tidak ada lagi hijrah. Demikianlah halnya dengan tiap-tiap negeri yang telah ditakluki, maka tidak ada lagi hijrah dari sana kerana ia telah (bertukar) menjadi darul Islam. Ini dikuatkan lagi oleh hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad melalui Mu’awiyah, ia berkata,

“Saya mendengar  Rasulullah SAW bersabda, “Hijrah  tidak akan berakhir selama taubat masih lagi diterima, dan taubat masih terus diterima sehingga matahari terbit dari Barat.”

Ahmad juga telah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda,

“Hijrah itu tidak akan berakhir, selama masih lagi ada jihad.”

Dalam riwayat yang lain,

“Hijrah itu tidak akan berakhir, selama orang kafir masih lagi wajib diperangi.”

Kesemua hadis ini menunjukkan pengertian bahawa hijrah dari negeri kufur ke negeri Islam adalah kekal dan hukumnya masih lagi berjalan.

Hukum Berhijrah

Hukum mengenai hijrah boleh dilihat dalam dua situasi yakni ke atas orang yang mampu dan yang tidak mampu:-

(i) Bagi orang yang tidak mampu untuk melakukannya, Allah mengampunkan mereka daripada kewajipan hijrah dan orang tersebut tidak dituntut untuk melakukannya. Ini adalah kerana kelemahannya untuk melakukan hijrah, sama ada kerana sakit, atau dipaksa untuk menetap atau dhaif (lemah) seperti kaum wanita dan anak-anak dan yang seumpama mereka. Ini adalah seperti yang dinyatakan di akhir ayat tentang hijrah (An-Nisa’ ayat 97-99).

(ii) Bagi mereka yang mampu untuk berhijrah dan tidak mampu menzahirkan agamanya serta melaksanakan hukum-hakam Islam yang dituntut darinya (di darul kufur tersebut), maka hukum berhijrah ke atasnya adalah wajib, sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat hijrah Surah an-Nisa’ ayat 97-99 di atas. Kalimat ikhbar (berita) dalam ayat ini bermakna perintah, iaitu merupakan sighah al-talab (bentuk tuntutan), seakan-akan Allah berfirman, hajiru fiha (berhijrahlah padanya). Tuntutan dalam ayat ini disertai dengan ta’kid (penekanan) dan disertai juga dengan ancaman yang besar jika meninggalkan hijrah sehingga ia menjadi thalab jazm (tuntutan yang tegas). Ini menunjukkan bahawa hijrah dalam keadaan ini hukumnya fardhu ke atas kaum Muslimin, dan berdosa apabila tidak berhijrah.

(iii) Adapun bagi orang yang mampu untuk berhijrah dan dalam masa yang sama dia masih mampu menzahirkan agamanya serta melaksanakan hukum syarak yang dituntut darinya (di darul kufur tersebut), maka hukum hijrah dalam keadaan seperti ini adalah sunat dan bukan fardhu. Hukum sunat ini diambil dari hakikat bahawa Rasulullah SAW telah mendorong kaum Muslimin agar berhijrah dari Mekah sebelum terjadinya penaklukan, ketika ia masih lagi berstatus negeri kufur. Banyak ayat yang secara tegas menyatakan perkara tersebut. Allah SWT berfirman,

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [TMQ al-Baqarah (2):218].

Allah juga berfirman,

“Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka.” [TMQ al-Anfal (8):82]. [Lihat juga at-Taubah (9):20, dan al-Anfal (8):75].

Kesemua ayat di atas dengan jelas memerintahkan kaum Muslimin agar berhijrah. Namun begitu, hijrah menjadi tidak wajib kerana Rasulullah telah mendiamkan orang Islam yang tetap tinggal di Mekah. Telah diriwayatkan bahawa ketika Nu‘aim al-Nuhham hendak berhijrah, beliau didatangi oleh kaumnya, Bani ‘Adi, dan kemudian mereka berkata kepadanya,

“Tetaplah tinggal bersama kami, dan kamu bebas memeluk agamamu. Kami juga akan melindungi kamu daripada orang-orang yang hendak menyakiti kamu. Kami akan memenuhi (keperluan) kamu, selama kamu memenuhi (keperluan) kami.” Beliau kemudiannya tetap tinggal di Mekah menguruskan anak-anak yatim Bani ‘Adi dan janda-janda mereka untuk beberapa masa, setelah itu barulah beliau berhijrah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya, “Kaum kamu lebih baik terhadapmu berbanding kaumku terhadapku. Kaumku telah menghalau aku dan hendak membunuhku, sedangkan kaummu menjaga dan melindungimu.’ Nu’aim menjawab, ‘Wahai Rasulullah, tetapi kaummu mengusirmu kepada mentaati Allah dan memerangi musuhNya, sedangkan kaumku menahan aku dari berhijrah dan mentaati Allah.”

(iv) Bagi orang yang mampu untuk menzahirkan agamanya serta mampu melaksanakan hukum syarak yang dituntut darinya dan sekiranya dia mempunyai kemampuan untuk mengubah darul kufur yang didiaminya menjadi darul Islam, seterusnya menggabungkannya ke dalam Daulah Islam (sama ada mempunyai kemampuan kerana kekuatannya sendiri ataupun kerana bergabung dalam kumpulan kaum Muslimin yang ada di darul kufur tersebut, atau dengan bekerjasama dengan Daulah Islam, atau dengan sarana lainnya) maka dia wajib berusaha untuk menjadikan (menukar) darul kufur tadi menjadi darul Islam, dan haram baginya pada ketika itu untuk berhijrah dari sana. Ini berdasarkan dalil bahawa adalah wajib bagi kaum Muslimin (yang diperintah oleh orang kafir atau oleh hukum-hukum kufur) untuk mendakwah penduduknya kepada Islam. Malah dalam keadaan di mana usaha dakwah telah dijalankan, namun pemerintah di negeri tersebut masih berdegil menerapkan hukum kufur, maka adalah menjadi kewajiban bagi kaum Muslimin di negeri tersebut untuk memerangi penguasanya sehingga mereka memerintah dengan hukum Islam. Namun perlu diingat di sini bahawa hukum ini hanya berlaku ketika Daulah Khilafah sudahpun wujud dan Muslim tersebut masih tinggal di darul kufur di mana sistem kufur dilaksanakan ke atasnya dan dia berkemampuan untuk merubahnya. Dalam keadaan seperti ini, hijrahnya seseorang dari darul kufur yang menerapkan hukum kufur dianggap sebagai melarikan diri dari jihad di satu tempat yang diwajibkan kepadanya, ataupun melarikan diri daripada memerangi orang yang memerintah dengan kekufuran yang nyata. Kedua-duanya adalah merupakan dosa besar di sisi Allah. Oleh kerana itu, tidak dibenarkan bagi orang yang berkemampuan untuk mengubah darul kufur kepada darul Islam, untuk berhijrah dari sana, selagi dia mempunyai kemampuan untuk mengubahnya menjadi darul Islam.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Kita hendaklah sedar bahawa negeri-negeri yang kita berada di dalamnya saat ini adalah darul kufur. Berdasarkan nas yang jelas, kita wajib menukarnya kepada darul Islam yakni menukarnya menjadi Daulah Khilafah melalui jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Hukum hijrah yang diterangkan oleh Allah dan RasulNya tidak akan dapat dirasai selagi mana Daulah Khilafah masih belum berdiri. Bagaimanapun, kita hendaklah bersedia dan hendaklah memahami hukum hijrah dengan benar kerana dengan izin Allah, Daulah Khilafah yang kita dambakan ini akan segera terwujud dalam masa terdekat. Ayuhlah wahai saudaraku semua, kita berhijrah dengan menukar darul kufur yang kita diami ini kepada darul Islam (Khilafah) kerana hanya dengan cara inilah kita akan dapat menikmati kemanisan iman dan merasai hakikat sebenar hijrah sebagaimana yang telah dirasai oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya dengan penuh kemuliaan dan keredhaan dari Allah Azza wa Jalla.

0 komentar:

Agenda Harian

Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yang bisa dilakukan

1. Agenda pada sepertiga malam akhir

a. Menunaikan shalat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud di dalamnya,

b. Menunaikan shalat witir

c. Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh

Rasulullah saw bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”. (HR. Bukhari Muslim)


2. Agenda Setelah Terbit Fajar

a. Menjawab seruan azan untuk shalat subuh

” الَّلهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ “

“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, shalat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)

b. Menunaikan shalat sunnah fajar di rumah dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

“Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya”. (Muslim)

وَ قَدْ قَرَأَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِي رَكْعَتَي الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدَ

“Nabi saw pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”.

c. Menunaikan shalat subuh berjamaah di masjid –khususnya- bagi laki-laki.

Rasulullah saw bersabda:

وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِي الْعَتْمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh” (Muttafaqun alaih)

بَشِّرِ الْمَشَّائِيْنَ فِي الظّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berikanlah kabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. (Tirmidzi dan ibnu Majah)

d. Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat shalat

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ

“Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak” (Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)

e. Duduk di masjid bagi laki-laki /mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca dzikir waktu pagi

Dalam hadits nabi disebutkan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إَذَا صَلَّى الْفَجْرَ تَرَبَّعَ فِي مَجْلِسِهِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ الْحَسَنَاءُ

” Nabi saw jika selesai shalat fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”. (Muslim)

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat). (Al-Isra : 78) Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

3. Menunaikan shalat Dhuha walau hanya dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

“Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan shalat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”. (Bukhari dan Muslim)

4. Berangkat kerja atau belajar dengan berharap karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمِلِ يَدِهِ، وَكَانَ دَاوُدُ لا يَأْكُلُ إِلا مِنْ عَمِلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya sendiri”. (Bukhari)

Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga”. (Muslim)

d. Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari

Allah berfirman :

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi tenang” (Ra’ad : 28)

Rasulullah saw bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهَ أَنْ تَمُوْتَ ولسانُك رَطْبٌ من ذِكْرِ الله

“Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada Allah” (Thabrani dan Ibnu Hibban) .

5. Agenda saat shalat Zhuhur

a. Menjawab azan untuk shalat Zhuhur, lalu menunaikan shalat Zhuhur berjamaah di Masjid khususnya bagi laki-laki

b. Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zhuhur 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zhuhur

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang shalat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di surga”. (Muslim).

6. Agenda saat dan setelah shalat Ashar

a. Menjawab azan untuk shalat Ashar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan shalat Ashar secara berjamaah di masjid

b. Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada)

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

“Barangsiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”. (Thabrani – hasan shahih)

c. Istirahat sejenak dengan niat yang karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

وَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقٌّ

“Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”.

Agenda prioritas:

Membaca Al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang berlimpah insya Allah.

7. Agenda sebelum Maghrib

a. Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran

b. Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media

c. Menyibukkan diri dengan doa

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah”

8. Agenda setelah terbenam matahari

a. Menjawab azan untuk shalat Maghrib

b. Menunaikan shalat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi laki-laki)

c. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat

d. Membaca dzikir sore

e. Mempersiapkan diri untuk shalat Isya lalu melangkahkan kaki menuju masjid

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

“Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)

9. Agenda pada waktu shalat Isya

a. Menjawab azan untuk shalat Isya kemudian menunaikan shalat Isya secara jamaah di masjid

b. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat

c. Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim

d. Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid

e. Dakwah melalui media atau lainnya

f. Melakukan mudzakarah

g. Menghafal Al-Quran

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan berlimpah insya Allah.


Apa yang kita jelaskan di sini merupakan contoh, sehingga tidak harus sama persis dengan yang kami sampaikan, kondisional tergantung masing-masing individu. Semoga ikhtiar ini bisa memandu kita untuk optimalisasi ibadah insya Allah. Allahu a’lam

Jazaakillah

Sedikit revisi dari : http://www.al-ikhwan.net/agenda-harian-ramadhan-menuju-bahagia-di-bulan-ramadhan-2989/

Isi Blog

Popular Posts

Diberdayakan oleh Blogger.