Hukum orang kafir menyertai gerakan Islam



Soalan:

Dalam keghairahan beberapa parti berasaskan Islam di dunia hari ini melibatkan diri dalam pilihan raya untuk mendapat tempat dalam pemerintahan, mereka mula mencanangkan keahlian parti mereka kepada non-Muslim. Soalan saya ialah, apakah pendapat Hizbut Tahrir berkenaan dengan keanggotaan mereka ini dalam parti Islam di mana saya memandang seperti ada perkara yang tidak kena di sini?

Jawapan:

Tidak dibenarkan secara syarie bagi sebuah parti Islam menerima keanggotaan non-Muslim. Ia berdasarkan kepada firman Allah SWT:

﴿وَلْتَكُن مِّنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴾

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (Islam), mengajak kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar." [TMQ Ali 'Imran (3):104]

Berkaitan dengan ayat di atas, Syeikh Abdul Hamid Al-Ja'bah dalam kitabnya Al-Ahzab fi Al-Islam berkata:

فكلمة " منكم " في الآية تمنع أن تكون الجماعة أو الحزب من غير المسلمين و تحصر ذلك في المسلمين فقط

"Maka kata "minkum" (di antara kamu) dalam ayat di atas mencegah sebuah jemaah atau parti dari (menerima keanggotaan) orang-orang non-Muslim, dan membatasi keanggotaannya kepada orang-orang Muslim sahaja." [Syeikh Abdul Hamid Al-Ja'bah, Al-Ahzab fi Al-Islam, hal. 120].

Syeikh Ziyad Ghazzal menyatakan pendapat yang sama dalam kitabnya Masyru' Qanun Al-Ahzab fi Daulah Al-Khilafah (Rancangan Undang-undang Parti politik dalam Negara Khilafah) di dalam fasal berkenaan keanggotaan parti politik (syuruth al-'udhwiyah fi al-ahzab as-siyasiyah) hal. 46:

أن يكون مسلما لان الحزب السياسي يستهدف العمل السياسي عامة دون تخصيص فهو يقوم بانتقاد الأحكام الشرعية التي تبناها الخليفة وأعوانه بالمعروف وينهاهم عن المنكر ويقوم اعوجاجهم إذا انحرفوا عن الشرع ويشهر السلاح في وجه الخليفة إذا ظهر الكفر البواح وغيرها من الأعمال السياسية فهو يستهدف العمل السياسي عامة وهذا يحتم أن يكون الأعضاء من المسلمين لان طبيعة الأحزاب السياسية واعمالها فرضت ذلك

"Anggota parti Islam] hendaknya seorang Muslim, kerana parti politik [Islam] bertujuan untuk melakukan aktiviti politik secara umum, tanpa pengkhususan. Tugas parti politik Islam adalah bertujuan untuk mengkritik terhadap (kesalahan) hukum-hukum syarak yang diterap oleh khalifah dan para pembantunya, melakukan amar makruf nahi mungkar terhadap mereka, meluruskan penyimpangan mereka jika mereka menyimpang dari syarak, dan mengangkat senjata di hadapan khalifah jika khalifah menampakkan kekufuran yang nyata, serta aktiviti-aktiviti politik lainnya. Jadi, parti politik (Islam) bertujuan melakukan aktiviti politik secara umum. Ianya mewajibkan anggota-anggotanya terdiri dari kalangan kaum Muslimin sahaja, kerana karakter parti-parti politik (Islam) dan aktivitinya telah mewajibkan hal itu (keislaman anggotanya)." [Syeikh Ziyad Ghazzal, Masyru' Qanun Al-Ahzab fi Daulah Al-Khilafah, Dar Al-Wadhah li An-Nasyr, 2003, hal. 46].

Oleh yang demikian, menurut Syeikh Ziyad Ghazzal, keislaman anggota parti politik Islam adalah suatu kewajiban, kerana merupakan tuntutan yang muncul dari karakter dan aktiviti parti politik Islam itu sendiri. Sebagai contoh, aktiviti parti politik Islam adalah melakukan amar makruf nahi mungkar. Dan ayat al-Quran telah memastikan, bahawa amar makruf nahi mungkar ini adalah karakter khas umat Islam, bukanlah karakter bagi non-Muslim. Firman Allah SWT:

﴿كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

"Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." [TMQ Al-Imran (3):110]

Banyak ayat lain yang menerangkan, bahawa amar makruf nahi mungkar adalah ciri khas umat Islam, dan bukan bagi non-Muslim. Misalnya Surah Ali 'Imran : 114,

﴿يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاٌّخِرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُسَـرِعُونَ فِى الْخَيْرَتِ وَأُوْلَـئِكَ مِنَ الصَّـلِحِينَ﴾

“Mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera kepada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.”

Surah A-A'raaf : 157,

﴿الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِىَّ الأُمِّىَّ الَّذِى يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِى التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَـهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَـتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَـئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالاٌّغْلَـلَ الَّتِى كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُواْ النُّورَ الَّذِى أُنزِلَ مَعَهُ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴾

"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi Yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadaNya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

Surah At-Taubah : 71,

﴿وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَـتِ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَوةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَوةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ﴾


“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Sebaliknya, orang non-Muslim, tidak saling melarang berbuat mungkar (Surah Al-Ma`idah:78-79),

﴿لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِى إِسْرَءِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذلِكَ بِمَا عَصَوْا وَّكَانُواْ يَعْتَدُون﴾

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lisan Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.”

Dan orang munafik bahkan menyuruh yang mungkar dan mencegah dari yang makruf (Surah At-Taubah:67).

﴿الْمُنَـفِقُونَ وَالْمُنَـفِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِّن بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُواْ اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَـفِقِينَ هُمُ الْفَـسِقُونَ﴾

“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagiannya adalah sama dengan sebahagian yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.”

Sebagai seorang Muslim, kita perlu faham bahawa nas/dalil yang membenarkan adanya (wajib wujudnya) parti politik adalah Surat Ali Imran:104 di atas. Dan Allah juga menerangkan bahawa taklif hukum ke atas parti politik adalah “yad’una ilal khair” (menyeru kepada kebaikan - Islam) dan “wa ya’muruna bil ma’ruf wa yanhauna anil munkar” (menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar). Kedua-dua taklif ini mustahil dilakukan kecuali oleh “orang Islam”. Mana mungkin orang kafir akan “menyeru kepada Islam” sebagaimana yang Allah perintahkan? Mana mungkin orang kafir akan “menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran” sebagaimana Allah perintahkan? Kedudukan mereka sebagai orang kafir (mengkufuri Allah) itu sendiri adalah satu kesyirikan dan maksiat yang terbesar yang mereka lakukan kepada Allah, selaku Tuhan mereka. Syirik kepada Allah adalah salah satu dosa besar yang tidak akan diampuni oleh Allah swt.

Justeru, tugas menyeru kepada Islam dan amar makruf dan nahi mungkar ini sama sekali tidak akan dijalankan oleh orang yang melakukan dosa yang paling besar iaitu mensyirikkan Allah SWT. Tugas ini hanyalah tugas khas yang wajib dipikul oleh orang Islam sahaja. Jadi, mengajak orang kafir untuk menjadi ahli parti Islam adalah suatu perbuatan yang bertentangan dengan perintah Allah, atas alasan apa sekalipun. Bahkan, ia menyebabkan orang Islam justeru bersekongkol dengan orang yang mensyirikkan Allah atas justifikasi kerja amar ma’ruf nahi munkar, walhal sebenarnya untuk mengejar kekuasaan semata-mata. Nauzubillah min zalik.

Namun ada juga gerakan Islam sering mengaburi perbincangan amar makruf nahi mungkar dalam isu tugas parti dan keanggotaan parti. Bahkan yang paling menyedihkan, mereka sanggup bekerjasama dengan golongan kafir yang jelas-jelas anti Islam atas alasan ‘maslahat’ untuk menubuhkan negara Islam. Bahkan bantuan dari orang-orang kafir terhadap Islam sering diselewengkan fakta untuk membenarkan orang kafir menganggotai parti Islam. Tidak kurang, nama Abbas, pemuda Bani Da'il, perjanjian (mu’ahadah) Rasulullah saw dengan Yahudi dan Perjanjian Hudaibiyyah dijaja oleh golongan Muslim ini untuk mensahkan tujuan mereka ini, sedangkan semua peristiwa ini tidak ada kaitan dengan hukum ‘keanggotaan ahli parti Islam’ sebagai mana disebut dengan lafaz 'minkum' dalam surah Ali-Imran:104 di atas.

Bersama-sama menolak kezaliman, baik oleh orang kafir mahupun orang Islam, berbeza hukumnya dengan ‘menganggotai’ parti Islam. Jika orang kafir ingin menolak kezaliman, ya, hal ini dibolehkan ke atas mereka. Dan jika orang Islam ingin menolak kezaliman, hal ini bukan sahaja dibolehkan, malah diwajibkan ke atas mereka. Kezaliman boleh sama-sama ditolak oleh orang kafir dan orang Islam, tetapi bukan semestinya dengan cara orang kafir masuk ke dalam parti Islam. Islam telah menggariskan hukum yang jelas tentang tugas parti Islam, dan tugas ini tidak boleh dijalankan oleh orang-orang kafir, baik kafir ahli kitab mahupun kafir musyrik. Islam juga tidak pernah meletakkan ‘maslahat’ sebagai hal yang ‘menghalalkan’ bergabungnya orang kafir ke dalam parti Islam, tetapi Islam meletakan ‘nas’ sebagai panduan wahyu untuk melihat apakah orang kafir dibenarkan menjadi ahli sebuah gerakan Islam. Apa yang jelas, mereka (orang-orang kafir) boleh sahaja menolak kezaliman dengan cara mereka, manakala kita orang-orang Islam wajib menolak kezaliman dengan cara yang telah Allah tetapkan ke atas kita berdasarkan nas.

Dengan demikian jelaslah, bahawa secara syarie haram hukumnya bagi sebuah parti politik Islam menerima keanggotaan dari non-Muslim, atas alasan apa sekalipun. Dalam hal ini, kita wajib berpegang kepada nas, yang jelas-jelas menerangkan bahawa aktiviti mengajak kepada Islam dan juga aktiviti amar makruf nahi mungkar (tugas parti Islam) hanya boleh dilakukan oleh orang Islam sahaja. Adapun ‘maslahat’, ia hanyalah satu kaedah, dan bukannya nas, dan maslahat tidak akan terpakai dalam keadaan bertentangan dengan nas. Dengan kata lain, di mana telah ada nas yang menjelaskan keharaman sesuatu perkara, maka ‘maslahat’ tidak ada nilainya. Ulama terdahulu tidak pernah menggunakan kaedah ‘maslahat’ untuk menghalalkan perkara yang haram, namun kini, ramai ahli parti Islam telah terkeliru dengan menggunakan dalih ‘maslahat’ dan mereka cuba ‘menghalalkan’ perkara yang haram melalui kaedah tersebut. Apa yang mereka katakan sebagai ‘maslahat’ tersebut hanyalah timbul atau diukur dengan ‘akal’ mereka semata-mata, walhal nas dengan jelas melarang apa yang mereka lakukan. Justeru, apa yang wajib kita pegang di sini adalah nas, bukannya ‘maslahat’ berdasarkan akal fikiran kita. Insya Allah, Islam tetap akan menang tanpa bantuan orang-orang kafir dan Insya Allah, pertolongan Allah akan tiba jua ke atas umat Islam apabila umat Islam itu mematuhi apa yang Allah tetapkan, walau tanpa bantuan orang kafir sekalipun. Kita wajib berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam dengan cara yang Rasulullah telah tunjukkan, dan apa yang kita harapkan adalah pertolongan dari Allah untuk mencapai kemenangan, dan bukannya pertolongan dari orang-orang kafir!

Wallahu a'lam

0 komentar:

Agenda Harian

Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yang bisa dilakukan

1. Agenda pada sepertiga malam akhir

a. Menunaikan shalat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud di dalamnya,

b. Menunaikan shalat witir

c. Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh

Rasulullah saw bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”. (HR. Bukhari Muslim)


2. Agenda Setelah Terbit Fajar

a. Menjawab seruan azan untuk shalat subuh

” الَّلهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ “

“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, shalat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)

b. Menunaikan shalat sunnah fajar di rumah dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

“Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya”. (Muslim)

وَ قَدْ قَرَأَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِي رَكْعَتَي الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدَ

“Nabi saw pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”.

c. Menunaikan shalat subuh berjamaah di masjid –khususnya- bagi laki-laki.

Rasulullah saw bersabda:

وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِي الْعَتْمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh” (Muttafaqun alaih)

بَشِّرِ الْمَشَّائِيْنَ فِي الظّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berikanlah kabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. (Tirmidzi dan ibnu Majah)

d. Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat shalat

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ

“Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak” (Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)

e. Duduk di masjid bagi laki-laki /mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca dzikir waktu pagi

Dalam hadits nabi disebutkan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إَذَا صَلَّى الْفَجْرَ تَرَبَّعَ فِي مَجْلِسِهِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ الْحَسَنَاءُ

” Nabi saw jika selesai shalat fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”. (Muslim)

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat). (Al-Isra : 78) Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

3. Menunaikan shalat Dhuha walau hanya dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

“Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan shalat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”. (Bukhari dan Muslim)

4. Berangkat kerja atau belajar dengan berharap karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمِلِ يَدِهِ، وَكَانَ دَاوُدُ لا يَأْكُلُ إِلا مِنْ عَمِلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya sendiri”. (Bukhari)

Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga”. (Muslim)

d. Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari

Allah berfirman :

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi tenang” (Ra’ad : 28)

Rasulullah saw bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهَ أَنْ تَمُوْتَ ولسانُك رَطْبٌ من ذِكْرِ الله

“Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada Allah” (Thabrani dan Ibnu Hibban) .

5. Agenda saat shalat Zhuhur

a. Menjawab azan untuk shalat Zhuhur, lalu menunaikan shalat Zhuhur berjamaah di Masjid khususnya bagi laki-laki

b. Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zhuhur 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zhuhur

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang shalat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di surga”. (Muslim).

6. Agenda saat dan setelah shalat Ashar

a. Menjawab azan untuk shalat Ashar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan shalat Ashar secara berjamaah di masjid

b. Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada)

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

“Barangsiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”. (Thabrani – hasan shahih)

c. Istirahat sejenak dengan niat yang karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

وَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقٌّ

“Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”.

Agenda prioritas:

Membaca Al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang berlimpah insya Allah.

7. Agenda sebelum Maghrib

a. Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran

b. Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media

c. Menyibukkan diri dengan doa

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah”

8. Agenda setelah terbenam matahari

a. Menjawab azan untuk shalat Maghrib

b. Menunaikan shalat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi laki-laki)

c. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat

d. Membaca dzikir sore

e. Mempersiapkan diri untuk shalat Isya lalu melangkahkan kaki menuju masjid

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

“Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)

9. Agenda pada waktu shalat Isya

a. Menjawab azan untuk shalat Isya kemudian menunaikan shalat Isya secara jamaah di masjid

b. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat

c. Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim

d. Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid

e. Dakwah melalui media atau lainnya

f. Melakukan mudzakarah

g. Menghafal Al-Quran

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan berlimpah insya Allah.


Apa yang kita jelaskan di sini merupakan contoh, sehingga tidak harus sama persis dengan yang kami sampaikan, kondisional tergantung masing-masing individu. Semoga ikhtiar ini bisa memandu kita untuk optimalisasi ibadah insya Allah. Allahu a’lam

Jazaakillah

Sedikit revisi dari : http://www.al-ikhwan.net/agenda-harian-ramadhan-menuju-bahagia-di-bulan-ramadhan-2989/

Isi Blog

Popular Posts

Diberdayakan oleh Blogger.