MENITI TAKBIR
KEMENANGAN YANG HAKIKI





ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR, LA ILAHA ILLALLAHU WALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD.....!



Itulah takbir yang memecah kesunyian pagi menandakan hari kemenangan bagi umat Islam yang benar-benar ikhlas beribadat untuk Rabbnya. Itulah juga takbir yang menandakan berlalunya bulan yang penuh keberkatan yang akan ditangisi pemergiannya oleh mereka yang benar-benar dekat dengan Rabbnya. Bagi yang benar-benar bertakwa, mereka akan merasa sangat berat hati berpisah dengan bulan yang penuh barakah dan maghfirah ini, terlalu sekejap dirasakan. Namun, singkat panjangnya Ramadhan telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan apa yang boleh kita lakukan sebagai makhluk yang terlalu lemah ini adalah mengharapkan agar Allah menemukan lagi kita dengan Ramadhan yang akan datang. Apa yang penting ialah kita tetap istiqamah beribadah kepada Allah dengan sebenar-benar ibadah, samada di bulan Ramadhan mahupun bulan-bulan berikutnya. Dan amat penting untuk kita memahami bahawa ibadah itu bukan sekadar puasa, solat, haji atau ibadah-ibadah mahdhah (ritual) lainnya, tetapi ibadah itu mencakupi semua perkara yang diwajibkan atau diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala atau dengan kata lain mematuhi segala perintah dan larangan Allah itu adalah ibadah.



KALIMAH TAKBIR YANG PENUH MAKNA



Setiap tahun umat Islam akan mengumandangkan kalimah Takbir sebanyak dua kali yakni semasa Eidul Fitri dan Eidul Adhha. Inilah kalimah yang diajarkan oleh Junjungan kita kepada umatnya,"Allah Maha Besar tiada terhingga, segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah di pagi hari dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, yang benar segala janji-janjiNya, dan yang telah menolong hambaNya, dan yang telah memuliakan tenteraNya, dan menumpaskan tentera al-Ahzab (pasukan bersekutu musyrikin dan Yahudi) dengan keEsaanNya. Tiada tuhan melainkan Allah dan Dialah Allah yang Maha Besar. Allah Maha Besar dan bagiNyalah segala pujian." Mungkin ramai di kalangan umat Islam yang tidak memahami maksud Takbir yang setiap tahun dilaungkan oleh mereka. Atau mungkin juga mereka memahaminya dari segi bahasa tetapi tidak menghayati maksud yang dikandung olehnya. Ucapan takbir "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) menunjukkan pengakuan kita tentang kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ketika kita mengatakan Allahu Akbar, berarti kita telah mengecilkan perkara-perkara lain di dunia ini. Kita hanya mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta’ala semata-mata. Harta, kekuasaan, kaum keluarga, jawatan mahupun nyawa kita sendiri menjadi kecil di mata kita tatkala kita mengucapkan dan melaungkan lafaz Allahu Akbar tersebut. Kita mesti faham bahawa bukan berarti kita menolak harta, kekuasaan, atau jawatan dan sebagainya. Apa yang perlu disedari adalah kita tidak menjadikan perkara tersebut sebagai tujuan kita dihidupkan.Ucapan tahmid "Alhamdulillah." (Segala Puji bagi Allah) menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala atas segala nikmat yang telah Dia berikan kepada kita. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan kita sebagai manusia dengan sebaik-baik bentuk (fi ahsani taqwiim). Firman Allah, ”Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” [TMQ At-Tin (95):4].



Tubuh kita diciptakan dengan cukup sempurna. Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan kita akal fikiran yang membuatkan kita berbeza dengan makhluk yang lain. Tidak hanya itu, Allah menciptakan alam semesta ini untuk diguna dan dimanfaatkan oleh kita sebagai manusia, tanpa Allah meminta bayaran dari kita sedikitpun. Apa yang diminta oleh Allah adalah agar kita sujud kepadaNya dengan sebenar-benar sujud. Tidak hanya itu, Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan petunjuk kebenaran kepada kita yakni Al-Qur’an yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dengan Al-Qur’an kita dapat membezakan mana petunjuk dan mana kesesatan, mana yang halal dan mana yang haram, mana yang haq dan mana yang batil, mana yang diredhai oleh Allah dan mana yang dimurkaiNya.Ucapan Tasbih ”Subhanallah” (Maha Suci Allah) menunjukkan pengakuan kita akan keagungan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah menciptakan alam semesta ini dengan sempurnanya. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengatur perjalanan matahari dari timur ke barat secara sempurna, mengatur siang dan malam dengan sempurna, menciptakan langit dan bumi dengan keagunganNya. Perhatikanlah semua itu. Bukankah semuanya mencerminkan keagungan dan kesempurnaan Allah Subhanahu wa Ta’ala? Maha Suci Allah dari segala kekurangan.



Ucapan ”La ilaha illa Allah” (tiada Tuhan selain Allah) merupakan syahadah (pengakuan) kita akan betapa hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala sahajalah sebagai satu-satunya Zat yang wajib dan selayaknya kita sembah tanpa boleh kita menyekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Kalimat ini bukan sahaja merupakan penolakan kita terhadap tuhan-tuhan selain Allah, namun ia juga merupakan penolakan kita terhadap produk-produk hukum selain hukum Allah. Hanya hukum Allahlah yang wajib kita jadikan aturan di dalam kehidupan kita, bukan yang lainnya. Kita juga mengakui bahawa segala janji Allah adalah benar. Apa sahaja yang dijanjikan oleh Allah samada di dalam Al-Qur’an atau melalui lisan NabiNya adalah suatu yang akan benar-benar terjadi.Seterusnya Allah menerangkan bahawa Dia telah memuliakan tenteranya dan memberikan kejayaan ke atas mereka dengan dikalahkan tentera Ahzab dengan keEsaanNya. Jika kita menelusuri kisah Perang Ahzab, kita akan mendapati bahawa pihak kaum Muslimin telah terkepung dengan pasukan gabungan (ahzab) kafir Quraish dan Yahudi dan mereka telah nekad untuk menyerang Rasulullah dan kaum Muslimin pada esok harinya secara serentak dari beberapa penjuru. Maha Perkasa Allah yang telah menurunkan ribut pada malam itu yang telah memecah dan memporak-porandakan barisan musuh dan segala kelengkapan serta peralatan mereka. Walaupun tanpa apa-apa perlawanan dari kaum Muslimin, kaum kafir telah berjaya dikalahkan semata-mata dengan kekuatan dan pertolongan Allah yang Maha Esa.


Inilah di antara janji Allah kepada kaum Muslimin yakni kemenangan kepada mereka yang menolong agamaNya. Kuat mana sekalipun golongan yang menentang agama Allah, sesungguhnya amat mudah bagi Allah untuk menghapuskan mereka. Syaratnya, kaum Muslimin itu sendiri hendaklah terlebih dahulu menolong agama Allah. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, ”Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” [TMQ Muhammad (47):7].



Wahai kaum Muslimin! Tanyalah diri kalian adakah kalian telah benar-benar menolong agama Allah? Adakah kalian telah berusaha untuk menegakkan agama Allah? Adakah kalian telah bergerak untuk berdakwah kepada umat Islam dan para pemimpin mereka yang menerapkan hukum taghut sekarang? Adakah kalian telah menyahut seruan Allah dan RasulNya dan berusaha untuk merubah hukum kufur yang ada sekarang dengan menggantikannya dengan hukum ciptaan Allah? Atau adakah kalian hanya memilih untuk mementingkan dunia dan berdiam diri dengan sistem kufur yang mendominasi kita sekarang? Atau kalian memilih jalan yang lebih hina dan keji untuk bersama menyokong dan mempertahankan sistem kufur ini demi habuan dunia yang kalian harapkan? Sedarlah wahai kaum Muslimin! Takutlah kalian kepada Allah yang akan mengazab kalian di atas segala dosa-dosa kalian kerana tidak menolong agamaNya. Ittaqullah ya ikhwanal muslimin.....u-sikum bi taqwallah!



ADAKAH KITA BERTAKBIR DI DALAM KEMENANGAN?



Kita sering mendengar dan memperkatakan bahawa Eidul Fitri merupakan Hari Kemenangan kepada mereka yang berpuasa. Benar, kita tidak menafikan kenyataan ini dilihat dari konteks pencapaian setelah berpuasa itu sendiri. Persoalannya, apakah umat Islam itu telah meraih kemenangan sebagaimana yang Allah perintahkan? Apakah umat Islam itu benar-benar telah mencapai kemenangan sebagaimana kemenangan yang telah dicapai oleh Rasulullah dan para sahabat? Apakah kemenangan setelah berpuasa sebulan merupakan kemenangan hakiki umat Islam sehingga tidak ada lagi perjuangan untuk mencapai kemenangan sesudah itu? Apakah Takbir Kemenangan yang kita laungkan tidak mengingatkan kita tentang kemenangan yang telah diberikan oleh Allah kepada Rasulullah dan para Khulafa’ setelah mereka berjaya menguasai dunia dan menerapkan hukum Allah di atasnya?



Rasulullah dan para sahabat berpuasa dan mereka berdakwah untuk menyebarkan agama Allah. Mereka berpuasa dan mereka berjihad untuk menyebarluaskan Islam. Mereka berpuasa dan mereka pastikan bumi ini tidak diperintah kecuali dengan hukum Allah semata. Mereka berpuasa dan mereka pastikan agama Allah adalah agama yang menakluki dunia. Rasulullah dan para sahabat berpuasa dan mereka benar-benar berjuang memastikan kemenangan Islam dan kaum Muslimin. Inilah kemenangan hakiki umat Islam sebagaimana yang telah ditunjuk dan diperintahkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bukan sekadar kemenangan di dalam menunaikan ibadat puasa semata-semata. Wahai kaum Muslimin! Periksalah dengan hati yang ikhlas, adakah takbir kita sebagaimana takbir Rasulullah? Ada sebahagian dari kita bertakbir dengan linangan air mata, kerana apa? Sebahagiannya kerana mengingati kampung halaman, sedih kerana tidak dapat beraya di kampung. Sebahagian lagi sedih kerana mengingatkan sanak saudara yang telah pergi (meninggal). Sebahagian yang lain menangis kerana irama takbir yang sayu dan menyentuh perasaan. Inilah di antara kesedihan sebahagian dari umat Islam. Kita seharusnya turut bersedih menyaksikan ’kesedihan’ ini ... kerana apa?



Kerana kita mengharapkan air mata yang bercucuran adalah kerana mereka benar-benar memahami kalimah takbir, menyedari hakikat perpecahan umat Islam, menyedari bahawa kehinaan yang Allah timpakan kepada kaum Muslimin sekarang adalah natijah dari tidak diterapkannya hukum-hukum Allah. Kita mengharapkan air mata berlinangan tatkala takbir dikumandangkan kerana umat Islam menginsafi dosa-dosa mereka sendiri yang tidak berusaha untuk menegakkan agama Allah. Kita mengharapkan air mata bercucuran kerana umat Islam benar-benar memahami kalimah takbir – mereka sedar bahawa laungan takbir ini berkumandang di dalam keadaan umat Islam hari ini ’mencapai’ kekalahan demi kekalahan, kelemahan demi kelemahan, kehinaan demi kehinaan. Kita mengharapkan mereka bersedih kerana kemenangan hakiki belum lagi dicapai. Kita inginkan air mata mengalir kerana bersedih mengumandangkan bertakbir di dalam kekalahan, bukan kemenangan.



Wahai kaum Muslimin! Sedarlah bahawa kita bertakbir untuk membesar dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sebahagian kita bertakbir dengan penuh perasaan di dalam masjid, tetapi apabila di luar masjid mereka takbur kepada Allah. Mereka berhukum dengan hukum selain Allah. Mereka mengambil sistem yang lain dari sistem Allah. Mereka berjuang dan mempertahankan sistem Demokrasi ciptaan kuffar, mereka memperjuangkan sekularisme, liberalisme, assabiyyah, wathaniyyah dan sebagainya. Mereka mengagungkan kekayaan, kekuasaan, dan kedudukan dengan meninggalkan syariat Allah. Mereka membesarkan hawa nafsu dan kepentingan peribadi. Mereka mementingkan kehidupan dunia yang rendah berbanding akhirat. Mereka memikirkan dunia dan takut akan kehilangan kenikmatan dunia yang sedikit dan lupa akan nikmat akhirat yang tidak terbatas. Kerana semua ini, mereka memilih untuk hidup selesa di dunia dan tidak memperdulikan perjuangan untuk menegakkan agama Allah. Islam diambil sebagai agama untuk kepentingan peribadi, bukan agama untuk diperjuangkan. Malah lebih buruk, sebahagian dari mereka memandang serong golongan yang berjuang untuk mengembalikan syariat Islam. Inilah sebahagian sikap umat Islam yang takbur walaupun mereka melaungkan takbir kepada Allah.



KEMBALI KEPADA FITRAH



Saudara-saudara yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala; Eidul Fitri adalah hari kembalinya manusia kepada fitrahnya. Ibn Atsir menerangkan bahawa fitrah itu tidak lain adalah sifat penciptaan manusia dan potensi kemanusiaan yang siap untuk menerima agama. Sementara Imam Zamakhsyari mengatakan, fitrah itu menjadikan manusia siap sedia setiap saat menerima kebenaran dengan penuh sukarela, tanpa paksaan, secara semulajadi, wajar, dan tanpa bebanan [al-Fa’iq, III/128]. Oleh kerana itu, makna Eidul Fitri (kembali pada fitrah) adalah kembali mengembangkan potensi manusia untuk selalu siap setiap saat menerima kebenaran. Kebenaran itu tidak lain adalah Islam. Kembali kepada fitrah sama dengan kembali pada akidah dan syariat Islam. Dengan kembali kepada fitrah, manusia akan selamat dari segala dosa dan azab Allah Azza wa Jalla. Bagaimana mungkin manusia boleh selamat dari azab Allah apabila mereka hanya mengambil aqidah Islam, tetapi meninggalkan syariat Islam? Allah adalah Zat yang Maha Pencipta dan Maha Mengatur. Allah mencipta manusia, alam dan kehidupan dan Allah mengatur ketiga-tiganya. Allah mencipta manusia dan mengatur sistem hidup untuk manusia. Bagaimana mungkin manusia mengambil aturan selain dari aturan Allah?



Kenapakah umat Islam mengambil aturan ciptaan kafir penjajah, dan ciptaan tangan mereka sendiri, sedangkan kita wajib meyakini yang Allah adalalah Maha Pengatur. Kenapakah manusia mengambil sistem selain sistem Allah yang Maha Sempurna? Apakah takbir yang dilaungkan hanya untuk membesarkan Allah di dalam solat walhal di luar solat menyombong dan membesarkan diri di hadapan Allah dengan mencipta hukum sendiri, yang kononnya lebih baik dari hukum Allah? Nau’uzubillah min zalik.



Saudara-saudara yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Sesungguhnya Eidul Fitri merupakan salah satu syiar yang menyatukan Muslim dari ufuk barat hingga ufuk timur, dan mengingatkan kita bahawa perayaan kita satu, Tuhan kita adalah satu, Rasul kita adalah satu, agama kita satu, kiblat kita satu, kitab kita satu dan negara kita adalah satu. Perpecahan umat Islam yang berlaku sekarang, khususnya dipecahkan menjadi negara bangsa melalui semangat nasionalisme dan patriotisme hanyalah merupakan rekayasa penjajah kafir ke atas kita. Justeru, kita perlu mengorak langkah untuk kembali kepada fitrah dengan melakukan perubahan yang hakiki dan mendasar. Perubahan hakiki adalah yang dapat menyelesaikan secara menyeluruh persoalan umat Islam di seluruh dunia. Caranya, pertama, membangun kekuatan politik internasional yang akan menyatukan seluruh kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan. Kekuatan politik itu tidak lain adalah negara Khilafah Islamiyyah, yang akan memayungi dan memelihara setiap Muslim di dunia. Kedua, menerapkan syariat Islam secara kaffah dalam wadah Khilafah Islamiyyah tersebut berdasarkan kitabullah dan sunnah RasulNya.



KHATIMAH



Akhirnya di hari yang mulia ini, setelah sebulan penuh kita membangun dan meningkatkan ketakwaan kita sepanjang Ramadhan, yang penuh rahmah dan maghfirah, kami menyerukan kepada seluruh kaum Muslimin samada para pemerintah, para pimpinan dan ahli-ahli gerakan Islam, para ulama dan sesiapa sahaja yang beraqidah Islam untuk secara bersungguh-sungguh berjuang bersama bagi menegakkan syariat Islam secara kaffah dan menjadikan perjuangan penegakan syariah sebagai agenda utama. Sesungguhnya penerapan syariah dalam kehidupan individu, bermasyarakat dan bernegara merupakan kewajiban setiap muslim, sekaligus merupakan hasil dalam meraih ketakwaan.



Marilah kita bersama-sama membulatkan tekad untuk berjuang bersama melanjutkan kembali kehidupan Islam secara kaffah dengan menerapkan syariah dalam seluruh aspek kehidupan dan dengan melantik seorang ketua negara bergelar Khalifah, yang dibai’at untuk menjalankan pemerintahan berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah yang akan menyatukan kembali negeri-negeri Islam dan umat Muhammad. Selanjutnya, marilah kita tunduk, mengakui rendahnya kita di hadapan Allah yang Maha Besar, tunduk dengan segala kerendahan hati, sambil menadah tangan, untuk memanjatkan doa ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala, Zat Yang Maha Berkuasa dan Maha Perkasa, dengan memohon kepadaNya:


“Ya Allah, kami memohon pertolonganMu, meminta ampunanMu, sekali-kali kami tidak akan mengkufuriMu. Kami sepenuhnya beriman kepadaMu dan berlepas diri dari siapapun yang durhaka kepadaMu. Ya Allah, hanya kepadaMulah kami menyembah, beribadah dan sujud. KepadaMulah kami berlari dan menuju. Kami mendambakan rahmatMu dan takut akan azabMu. Sesungguhnya azabMu yang sungguh-sungguh ditimpakan kepada kaum Kufar itu juga pasti akan ditimpakan kepada yang lain. Ya Allah, azablah orang-orang Kafir yang telah menghalangi jalanMu, mendustakan para rasulMu dan membunuh para penolongMu. Ya Allah, kalahkanlah mereka, hancurkanlah mereka, cerai-beraikanlah persatuan mereka, dan porak-porandakanlah kesatuan mereka. Jadikanlah rencana jahat mereka itu sebagai pembawa kehancuran mereka. Ya Allah, kalahkanlah pasukan kaum Kufar penjajah, Amerika, Britain dan sekutu mereka yang terlaknat.”


“Ya Allah, Maha Raja Diraja, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa saja yang Engkau kehendaki, Engkau mencabut kekuasaan dari siapapun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa saja yang Engkau kehendaki, dan Engkau hina-dinakan siapa saja yang Engkau kehendaki. Di dalam genggamanMulah seluruh kebaikan. Kerana Engkaulah Zat yang Maha Kuasa atas segalanya. Ya Allah, kami memohon kepadaMu negara Khilafah Rasyidah yang mengikuti sunnah NabiMu. Dengannya Engkau muliakan agamaMu, dan Engkau hinakan kekufuran dan seluruh agen-agennya. Ya Allah, tolonglah kami; tolonglah saudara-saudara kami; tolonglah sesiapa sahaja yang menolong kami. Jadikanlah kami dan mereka sebagai para pejuang yang ikhlas untuk menegakkan syariahMu dan Khilafah Rasyidah yang mengikuti sunnah nabiMu. Dengan rahmatMu, wahai Zat yang Maha Pengasih, wahai Sebaik-baik Penolong.”


Amin ya Rabbal a’lamin.

0 komentar:

Agenda Harian

Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yang bisa dilakukan

1. Agenda pada sepertiga malam akhir

a. Menunaikan shalat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud di dalamnya,

b. Menunaikan shalat witir

c. Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh

Rasulullah saw bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”. (HR. Bukhari Muslim)


2. Agenda Setelah Terbit Fajar

a. Menjawab seruan azan untuk shalat subuh

” الَّلهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ “

“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, shalat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)

b. Menunaikan shalat sunnah fajar di rumah dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

“Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya”. (Muslim)

وَ قَدْ قَرَأَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِي رَكْعَتَي الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدَ

“Nabi saw pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”.

c. Menunaikan shalat subuh berjamaah di masjid –khususnya- bagi laki-laki.

Rasulullah saw bersabda:

وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِي الْعَتْمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh” (Muttafaqun alaih)

بَشِّرِ الْمَشَّائِيْنَ فِي الظّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berikanlah kabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. (Tirmidzi dan ibnu Majah)

d. Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat shalat

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ

“Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak” (Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)

e. Duduk di masjid bagi laki-laki /mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca dzikir waktu pagi

Dalam hadits nabi disebutkan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إَذَا صَلَّى الْفَجْرَ تَرَبَّعَ فِي مَجْلِسِهِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ الْحَسَنَاءُ

” Nabi saw jika selesai shalat fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”. (Muslim)

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat). (Al-Isra : 78) Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

3. Menunaikan shalat Dhuha walau hanya dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

“Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan shalat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”. (Bukhari dan Muslim)

4. Berangkat kerja atau belajar dengan berharap karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمِلِ يَدِهِ، وَكَانَ دَاوُدُ لا يَأْكُلُ إِلا مِنْ عَمِلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya sendiri”. (Bukhari)

Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga”. (Muslim)

d. Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari

Allah berfirman :

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi tenang” (Ra’ad : 28)

Rasulullah saw bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهَ أَنْ تَمُوْتَ ولسانُك رَطْبٌ من ذِكْرِ الله

“Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada Allah” (Thabrani dan Ibnu Hibban) .

5. Agenda saat shalat Zhuhur

a. Menjawab azan untuk shalat Zhuhur, lalu menunaikan shalat Zhuhur berjamaah di Masjid khususnya bagi laki-laki

b. Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zhuhur 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zhuhur

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang shalat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di surga”. (Muslim).

6. Agenda saat dan setelah shalat Ashar

a. Menjawab azan untuk shalat Ashar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan shalat Ashar secara berjamaah di masjid

b. Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada)

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

“Barangsiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”. (Thabrani – hasan shahih)

c. Istirahat sejenak dengan niat yang karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

وَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقٌّ

“Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”.

Agenda prioritas:

Membaca Al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang berlimpah insya Allah.

7. Agenda sebelum Maghrib

a. Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran

b. Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media

c. Menyibukkan diri dengan doa

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah”

8. Agenda setelah terbenam matahari

a. Menjawab azan untuk shalat Maghrib

b. Menunaikan shalat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi laki-laki)

c. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat

d. Membaca dzikir sore

e. Mempersiapkan diri untuk shalat Isya lalu melangkahkan kaki menuju masjid

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

“Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)

9. Agenda pada waktu shalat Isya

a. Menjawab azan untuk shalat Isya kemudian menunaikan shalat Isya secara jamaah di masjid

b. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat

c. Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim

d. Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid

e. Dakwah melalui media atau lainnya

f. Melakukan mudzakarah

g. Menghafal Al-Quran

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan berlimpah insya Allah.


Apa yang kita jelaskan di sini merupakan contoh, sehingga tidak harus sama persis dengan yang kami sampaikan, kondisional tergantung masing-masing individu. Semoga ikhtiar ini bisa memandu kita untuk optimalisasi ibadah insya Allah. Allahu a’lam

Jazaakillah

Sedikit revisi dari : http://www.al-ikhwan.net/agenda-harian-ramadhan-menuju-bahagia-di-bulan-ramadhan-2989/

Isi Blog

Popular Posts

Diberdayakan oleh Blogger.