..::WARISAN RASULULLAH SAW::..
MENEGAKKAN SEMULA DAULAH KHILAFAH
KHILAFAH
Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi kaum muslimin di seluruh dunia untuk menegakkan syari'at Islam dan membawa risalah Islam ke seleruh penjuru dunia. Khilafah adalah satu-satunya sistem pemerintahan dan kenegaraan yang diwariskan oleh junjungan besar Rasulullah saw setelah baginda memerintah lebih kurang sepuluh tahun di Madinah. Sistem inilah yang diteruskan oleh para Khulafaur Rasyidin (Khalifah Abu Bakar ra.,Umar ra., Utsman ra., dan Ali bin Abi Thalib ra.) walaupun terjadinya peralihan ibukota dari Madinah ke Kufah, para khalifah Umawiyyah berpusat di Damsyiq, para khalifah Abbasiyyah berpusat di Baghdad dan para khalifah Utsmaniyyah berpusat di Istanbul, Turki. Setelah sistem Khilafah dihapuskan oleh imperialisme Inggeris (setelah perang dunia pertama) melalui konco-konconya, jeneral Musthafa Kamal pada Mac 1924 dan memindahkan ibukota dari Istanbul ke Ankara.
Kini telah 81 tahun kaum muslimin hidup tanpa naungan Khilafah sebagai satu kepemimpinan untuk seluruh kaum muslimin di seluruh dunia, kaum muslimin terpecah-belah kepada beberapa negara dan bangsa, kaum muslimin mengalami pelbagai penderitaan, bencana dan permasalahan yang menimpa kaum muslimin yang tidak dapat diselesaikan. Dalam situasi dan keadaan yang menyedihkan itu, negara-negara Barat melancarkan pelbagai konspirasi dan propaganda yang melemahkan kekuatan kaum muslimin,menyempitkan Islam sebagai suatu sistem hidup dan menyerang bahkan menjauhkan kaum muslimin dari sistem Khilafah sebagai suatu institusi yang dapat menerapkan sistem kehidupan Islam.Namun kesedaran kaum muslimin terhadap kekuatannya, kebenaran agamanya dan sistem Khilafah sebagai harapannya ternyata tumbuh dan tidak dapat dihalangi lagi.
Setiap kali seruan untuk mengembalikan kedaulatan hukum syari'at Islam dan institusi pemerintahan Islam dilaungkan pastinya disambut oleh kaum muslimin dengan penuh semangat dan harapan.Kemenangan FIS (Front Islamique du Salut) di Aljazair pada tahun 1991 dan Partai Refah di Turki tahun 1995 merupakan contoh kukuh. Begitu juga penyatuan kaum muslimin untuk kesatuan dunia Islam nampak jelas dalam permasalahan Palestin, Bosnia dan Iraq. Bahkan ketika Iran melakukan Revolusi, kesedaran umat pun turut bangkit.Sementara itu, pihak Barat pun semakin khuatir dan bimbang terhadap kemunculan kekuatan Islam. Samuel Huntington menjelaskan kebimbangan Barat itu di dalam bukunya The Clash of Civilizations.
Bahkan Barat yang aqidahnya goyah itu turut bimbang dengan ramalan salah seorang dari paranormal mereka bahawa institusi Khilafah akan muncul di Hijaz pada tahun 2011.Oleh kerana itu mereka terus-menerus melakukan konspirasi agar institusi yang dengan susah payah mereka runtuhkan itu tidak tegak kembali. Namun Allah SWT berfirman:"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya." (TMQ. Ali-Imran[3]:54).
WAJIB MENEGAKKAN KHILAFAH
Menegakkan khilafah dengan melantik seorang khalifah yang dibai'at oleh kaum muslimin hukumnya wajib. Tidak ada perbezaan dan perselisihan dalam hal ini.Dalam Al-Quran, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW agar menegakkan hukum di antara kaum muslimin dengan hukum yang telah diturunkanNya dan perintah itu datang dalam bentuk yang qath'i (pasti). Allah SWT berfirman:"Maka putuskanlah perkara di antara manusia dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menuruti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu." (TMQ. Al-Maidah[5]:48)
"(Dan) Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah, dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berwaspadalah engkau terhadap fitnah mereka yang hendakmemalingkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu." (TMQ. Al-Maidah[5]:49)
Firman Allah SWT yang ditujukan kepada Rasul-Nya juga merupakan seruan untuk ummatnya, selama mana tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa firman itu dikhususkan untuk baginda saw. Sementara pada ayat ini tidak dijumpai dalil yang mengkhususkannya kepada Nabi, sehingga menjadi seruan yang juga ditujukan kepada kaum muslimin untuk mewujudkan pemerintahan. Tiada pengertian lain dalam melantik khalifah kecuali mewujudkan pemerintahan.Allah SWT juga memerintahkan agar kaum muslimin mentaati Ulil Amri,iaitu penguasa. Perintah ini juga termasuk di antara yang menunjukkan kewajipan adanya penguasa atas kaum muslimin.Allah SWT berfirman:"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya,dan ulil amri dari kamu sekalian." (TMQ. An-Nisaa'[4]:59)
Sudah pasti Allah SWT tidak memerintahkan kaum muslimin untuk mentaati seseorang yang tidak wujud sehingga menjadi jelas bahawa mewujudkan ulil amri adalah suatu yang wajib. Tatkala Allah SWT memberi perintah untuk mentaati ulil amri, bererti pula perintah untuk mewujudkannya. Adanya ulil amri menyebabkan terlaksananya kewajipan menegakkan hukum syara',sedangkan mengabaikan terwujudnya ulil amri menyebabkan tersia-sianya hukum syara'. Maka mewujudkan ulil amri itu adalah wajib, kerana sekiranya tidak diwujudkan akan menyebabkan terlanggarnya perkara yang haram, iaitu mensia-siakan hukum syara'.
Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadis yang diriwayatkan oleh Nafi' yang berkata: Umar radiyallahu 'anhu telah berkata kepadaku: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Siapa saja yang melepas tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya ia akan berjumpa dengan Allah di hari kiamat tanpa memiliki hujjah. Dan siapa saja yang mati sedangkan di pundaknya/bahunya tidak ada bai'at, maka matinya adalah seperti mati jahiliyyah."[HR. Muslim]Nabi SAW mewajibkan adanya bai'at pada pundak/bahu setiap muslim dan menyifatkan orang yang mati dalam keadaan tidak berbai'at seperti matinya orang-orang jahiliyyah. Sedangkan bai'at hanya dapat diberikan kepada khalifah, bukan kepada yang lain.
Rasulullah SAW telah mewajibkan atas setiap muslim agar di pundaknya/bahunya senantiasa ada bai'at kepada seorang khalifah, namun tidak mewajibkan setiap muslim untuk melakukan proses bai'at kepada khalifah secara langsung. Apa yang menjadi kewajipan adalah adanya bai'at pada pundak/bahu setiap muslim, iaitu adanya seorang khalifah yang mempunyai hak bai'at dari setiap muslim. Maka kewujudan Khalifahlah yang akan memenuhi tuntutan hukum adanya bai'at di atas pundak/bahu setiap muslim. Oleh kerana itu, hadis di atas adalah dalil kewajiban mengangkat seorang khalifah dan bukan merupakan dalil kewajipan berbai'at sebab dalam hadis tersebut yang dicela oleh Rasulullah SAW adalah keadaan tidak adanya bai'at pada pundak setiapmuslim hingga ia mati, bukan kerana tidak melaksanakan bai'at.
Imam Muslim telah meriwayatkan dari Al-A'raj dari Abi Hurairah dari Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya seorang Imam adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung (bagi dirinya)."Imam Muslim juga meriwayatkan dari Abi Hazim yang berkata: "Aku telah mengikuti majlis Abi Hurairah selama lima tahun, pernah aku mendengarnya menyampaikan hadis dari Rasulullah SAW yang bersabda: “Dahulu, Bani Israil selalu dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi meninggal, digantikan oleh nabi lain.Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah.' Para sahabat bertanya: 'Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?' Beliau menjawab: 'Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu saja. Berikanlah kepada mereka haknya, kerana Allah nantiakan menuntut pertanggungjawaban mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka."
Hadis ini dengan jelas menyatakan bahawa sistem pemerintahan yang diwariskan oleh Rasulullah saw adalah sistem Khilafah, bukan yang lain.Dan para sahabat berijma'/bersepakat tentang wajib dan penyegeraan perlantikan khalifah. Ini terbukti pada masa Rasulullah saw wafat. Mereka mendahulukan proses memilih khalifah sebagai pengganti Rasulullah saw sebagai ketua negara kaum muslimin berbanding mengebumikan jenazah Rasulullah saw.Sedangkan mereka tahu bahawa mengebumikan jenazah dengan segera—apatah lagi jenazah Rasulullah saw— adalah wajib hukumnya. Ini bererti, melantik khalifah untuk mengisi kekosongan jawatan pengendali pemerintahan lebih wajib hukumnya.
MENYEGERAKAN MENEGAKKAN KHILAFAH
Sejak runtuhnya kekuasaan Islam, kaum muslimin di pelbagai negeri didera dengan pelbagai krisis yang tidak pernah berakhir. Ada krisis penyatuan dan persaudaraan, ada krisis politik, krisis ekonomi, sosial budaya, krisis pendidikan dan sebagainya. Wilayah kekuasaan Islam yang dahulunya terbentang luas dari Sepanyol di Eropah, pedalaman Afrika, Timur Tengah,Asia Selatan, Asia Tengah, Semenanjung Balkan hingga ke Timur Jauh,terpecah belah menjadi puluhan negara kecil yang dikuasai oleh para penjajah kafir. Walaupun sekitar tahun 30-an hingga tahun 50-an,negeri-negeri itu satu persatu merdeka, terbebas dari penjajahan, namun hakikatnya pengaruh penjajah tetap wujud di sana melalui para penguasa yang menjadi boneka.
Dan perpecahan terus berlanjutan akibat fahaman nasionalisme yang dianuti oleh pelbagai bangsa di dunia Islam. Bahkan bangsa Arab pun terpecah-belah menjadi fahaman kebangsaan yang lebih sempit lagi, seperti Iraq, Jordan, Syiria, Mesir, Moroko, Saudi, Kuwait, Yaman dan lain-lain. Selain itu, penindasan oleh penguasa, pembunuhan, kerosakan moral, dan sebagainya lagi adalah cerita yang tidak pernah sepi dalam kehidupan kaum muslimin di pelbagai negeri. Dapat dibayangkan bahawa kaum muslimin sepanjang abad dua puluh bagaikan hidup dalam penjara besar, yakni negerinya sendiri.Selain itu, musuh Islam juga terus menguasai kaum muslimin melalui pelbagai bentuk penjajahan (imperialisme) baru di bidang ekonomi, politik, pendidikan dan budaya.
Kaum muslimin didominasi sehingga terjadi berbagai krisis dalam bidang ekonomi,politik, sosial, mahupun budaya. Bagi wilayah yang sememangnya miskin,kemiskinan menjadi pemandangan sehari-hari. Bahkan dengan program bantuan hutang luar negeri, rakyat kaum muslimin di daerah kayapun turut dimiskinkan secara struktural. Wilayah-wilayah itu juga tidak henti-hentinya dieksploitasi dan ditindas oleh negara-negara besar. Emas di Indonesia, contohnya dibawa ke AS dan Kanada melalui perusahaan asing Freeport, minyak di negeri-negeri Teluk disedut melalui politik perdagangan yang curang. Bukan setakat itu,dalam bidang kemanusiaan, terjadi pula kezaliman dan pembunuhan ke atas kaum muslimin di pelbagai wilayah. Contohnya Palestin, Bosnia, Kosovo, Chechnya,Uzbekistan, Kashmir, Iraq dan lain-lain.Semua krisis itu menunjukkan betapa rapuhnya kaum muslimin menghadapi propaganda dan perancangan serta agenda negara-negara Barat. Umat Islam yang jumlahnya lebih dari 1.2 milion hanya seperti buih di lautan yang tidak memiliki kekuatan apa-apa.
APAKAH KITA AKAN MEMBIARKAN SEMUA KRISIS ITU TERUS BERLANJUTAN?
Jika tidak, maka tidak ada cara lain bagi kaum muslimin untuk menyelesaikan permasalahan ini iaitu dengan menegakkan kembali Khilafah Islamiyah yang akan menerapkan syariat Islam dan melaksanakan dakwah ke seluruh penjuru dunia dan menyatukan kembali negeri-negeri kaum muslimin sebagaimana yang pernah berlaku di masa lalu.
HAMBATAN-HAMBATAN DALAM MENEGAKKAN KHILAFAH
Perjuangan itu sememangnya pahit. Penuh dengan pelbagai onak dan duri. Begitu jualah dalam usaha mengembalikan sistem pemerintahan versi Rasulullah saw ini, yang tidak akan sepi dari pelbagai kekangan dan hambatan.
Antara hambatan-hamabatan ini termasuklah:
1. Adanya pemikian-pemikiran tidak Islami yang menyerang dunia Islam, sehingga umat Islam cenderung dengan pemikirin-pemikirin politik Barat dan tidak bersedia menerima pemikiran-pemikiran politik versi Rasulullah saw.
2. Adanya program pendidikan tidak Islami arahan penjajah yang menghasilkan birokrat dan teknokrat yang cenderung dengan sistem kehidupan barat yang sekuler.
3. Terbentuknya pola pemikiran dan pola sikap sekuler yang tidak Islami pada generasi muda Islam, akibat kurikulum pendidikan versi Barat. Ini bukan kerana mereka mempelajari sains dan teknologi yang memang universal, tetapi justeru mereka disaji dan dihidangkan dengan tsaqafah dan peradaban Barat yang sekularistik.
4. Adanya anggapan yang berlebihan dan membesar-besarkan terhadap ilmu-ilmu sosial, psikologi, pendidikan, dan lain-lain. Hal ini menyebabkan umat Islam lebih mempercayai pakar-pakar Barat daripada Al Quran dan As Sunnah dalam menyelesai dan memecahkan permasalahan kehidupan.
5. Kehidupan masyarakat di dunia Islam tidak Islami, dengan adanya lembaga negara dan lembaga masyarakat, yang dibentuk tidak berdasarkan Islam.
6. Adanya jurang yang lebar antara umat Islam dengan hukum-hukum Islam,terutama dalam politik pemerintahan dan kewangan, akibat penerapan sistem kufur.
7. Adanya pemerintahan di dunia Islam yang ditegakkan atas asas demokrasi dan menurut sistem kapitalis serta adanya ketergantungan politik dengan negara Barat.
8. Adanya pandangan umum berhubung patriotisme, nasionalisme, sosialisme serta gerakan-gerakan dan parti yang berdiri dan berjuang atas dasar idea-idea tersebut.
KHATIMAH
Jelas bahawa penegakkan khilafah itu wajib dan perlu. Kaum muslimin, khususnya generasi muda umat ini, hendaknya mempersiapkan diri untuk menyertai misi mulia ini. Dengan memahami idea-idea yang terperinci tentang sistem Khilafah dan pemahaman tentang pelbagai hambatan di atas, insya-Allah kaum muslimin dapat bergerak segera untuk mewujudkannya.Yakinlah bahawa Allah SWT menolong para pejuang penegak agama-Nya yang haq dan akan memberikan kemenangan serta kekuasaan kepada mereka.Allah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (TMQ. Muhammad[47]:7).
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." (TMQ. An-Nuur[24]:55).
Semoga perjuangan yang dipelopori oleh Rasulullah saw ini akan kembali diwarisi oleh seluruh kaum muslimin diseluruh dunia tanpa mengenal batasan warna kulit mahupun bangsa. Hakikatnya kita adalah saudara yang diikat oleh aqidah Islamiyah. Oleh itu, marilah sama-sama memperjuangkan dan meninggikan serta memartabatkan kembali Islam sebagai Deen wa Daulah dengan Minhaj An-Nubuwwah.
Wallahu 'alam

0 komentar:

Agenda Harian

Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yang bisa dilakukan

1. Agenda pada sepertiga malam akhir

a. Menunaikan shalat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud di dalamnya,

b. Menunaikan shalat witir

c. Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh

Rasulullah saw bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”. (HR. Bukhari Muslim)


2. Agenda Setelah Terbit Fajar

a. Menjawab seruan azan untuk shalat subuh

” الَّلهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ “

“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, shalat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)

b. Menunaikan shalat sunnah fajar di rumah dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

“Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya”. (Muslim)

وَ قَدْ قَرَأَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِي رَكْعَتَي الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدَ

“Nabi saw pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”.

c. Menunaikan shalat subuh berjamaah di masjid –khususnya- bagi laki-laki.

Rasulullah saw bersabda:

وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِي الْعَتْمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh” (Muttafaqun alaih)

بَشِّرِ الْمَشَّائِيْنَ فِي الظّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berikanlah kabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. (Tirmidzi dan ibnu Majah)

d. Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat shalat

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ

“Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak” (Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)

e. Duduk di masjid bagi laki-laki /mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca dzikir waktu pagi

Dalam hadits nabi disebutkan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إَذَا صَلَّى الْفَجْرَ تَرَبَّعَ فِي مَجْلِسِهِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ الْحَسَنَاءُ

” Nabi saw jika selesai shalat fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”. (Muslim)

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat). (Al-Isra : 78) Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

3. Menunaikan shalat Dhuha walau hanya dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

“Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan shalat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”. (Bukhari dan Muslim)

4. Berangkat kerja atau belajar dengan berharap karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمِلِ يَدِهِ، وَكَانَ دَاوُدُ لا يَأْكُلُ إِلا مِنْ عَمِلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya sendiri”. (Bukhari)

Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga”. (Muslim)

d. Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari

Allah berfirman :

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi tenang” (Ra’ad : 28)

Rasulullah saw bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهَ أَنْ تَمُوْتَ ولسانُك رَطْبٌ من ذِكْرِ الله

“Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada Allah” (Thabrani dan Ibnu Hibban) .

5. Agenda saat shalat Zhuhur

a. Menjawab azan untuk shalat Zhuhur, lalu menunaikan shalat Zhuhur berjamaah di Masjid khususnya bagi laki-laki

b. Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zhuhur 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zhuhur

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang shalat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di surga”. (Muslim).

6. Agenda saat dan setelah shalat Ashar

a. Menjawab azan untuk shalat Ashar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan shalat Ashar secara berjamaah di masjid

b. Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada)

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

“Barangsiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”. (Thabrani – hasan shahih)

c. Istirahat sejenak dengan niat yang karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

وَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقٌّ

“Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”.

Agenda prioritas:

Membaca Al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang berlimpah insya Allah.

7. Agenda sebelum Maghrib

a. Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran

b. Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media

c. Menyibukkan diri dengan doa

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah”

8. Agenda setelah terbenam matahari

a. Menjawab azan untuk shalat Maghrib

b. Menunaikan shalat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi laki-laki)

c. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat

d. Membaca dzikir sore

e. Mempersiapkan diri untuk shalat Isya lalu melangkahkan kaki menuju masjid

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

“Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)

9. Agenda pada waktu shalat Isya

a. Menjawab azan untuk shalat Isya kemudian menunaikan shalat Isya secara jamaah di masjid

b. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat

c. Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim

d. Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid

e. Dakwah melalui media atau lainnya

f. Melakukan mudzakarah

g. Menghafal Al-Quran

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan berlimpah insya Allah.


Apa yang kita jelaskan di sini merupakan contoh, sehingga tidak harus sama persis dengan yang kami sampaikan, kondisional tergantung masing-masing individu. Semoga ikhtiar ini bisa memandu kita untuk optimalisasi ibadah insya Allah. Allahu a’lam

Jazaakillah

Sedikit revisi dari : http://www.al-ikhwan.net/agenda-harian-ramadhan-menuju-bahagia-di-bulan-ramadhan-2989/

Isi Blog

Popular Posts

Diberdayakan oleh Blogger.