ISTILAM AL-HUKM
(MERAIH KEKUASAAN)

{Dengan Cara Damai,Bukannya Kekerasan}

Meraih kekuasaan ertinya menerima kekuasaan atau pemerintahan [istilam al-hukm]. Dalam Islam, kekuasaan itu ada di tangan rakyat. Hal ini dapat dilihat melalui baiat yang diberikan oleh para sahabat kepada Nabi saw dan dari rakyat kepada penguasa [Khalifah]. Kerana itu, penyerahan kekuasaan mestilah berasal dari rakyat.


Di sisi lain, hukum yang wajib diterapkan adalah hukum Allah Swt yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Kewajipan ini banyak dijelas dan ditegas dalam al-Quran. (Lihat: QS an-Nisa' [4]: 65; QS al-Maidah [5]:50).


Dengan demikian, ada dua kata kunci dalam penerimaan kekuasaan [istilam al-hukm].


Pertama : Penyerahan kekuasaan mesti dilakukan oleh rakyat sebagai pemiliknya. Pengambil-alihan kekuasaan dengan paksa bukanlah istilam al-hukm. Kekuasaan yang diberikan oleh negara kafir imperialis kepada seorang penguasa juga bukanlah istilam al-hukm.


Kedua : Kekuasaan yang diberikan tersebut merupakan kekuasaan untuk menerapkan hukum-hukum Allah Swt. Kekuasaan yang diserahkan dalam rangka menerapkan sistem sekularisme bukanlah istilam al-hukm yang dibenarkan Islam. Jadi, secara jelasnya istilam al-hukm merupakan penyerahan kekuasaan dari rakyat kepada penguasa [Khalifah] untuk menerapkan hukum-hukum Islam atas mereka sedemikian rupa.
THARIQAH INQILABIYAH

"Revolusi Politik dan Sosial Secara Damai"


Dakwah ditujukan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan Jahiliah menuju cahaya Islam. Thariqah dakwah Rasulullah saw menunjukkan bahawa untuk menegakkan Islam secara kaffah,mesti ada kekuatan secara mutlak bagi melaksanakannya. Kekuatan itu adalah pemerintahan [ al-hukm ]. Kerana itu, salah satu tahapan dakwah Rasulullah saw adalah meraih/menerima kekuasaan [ istilam al-hukm ] .


Rasulullah saw berdakwah di Makkah selama 13 tahun. Selama kurun waktu tersebut majoriti masyarakat Makkah tidak menghendaki tegaknya Islam. Malahan,di Makkah ketika itu,Islam belum lagi menjadi pandangan umum [ rakyu al-`aam ] dan kesedaran umum [ wa'yu al-`aam ],sebaliknya yang menjadi pandangan dan kesedaran umum adalah pandangan Jahiliyah.Bahkan, di antara hasil kesepakatan para pemuda dan tokoh Quraisy adalah membunuh Rasulullah saw.


Di sisi lain,Rasulullahi saw mengutus Mush'ab bin `Umair ke Madinah untuk mengajarkan Islam di sana. Berkat pertolongan Allah Swt., setahun setelah Mushab berdakwah di Madinah, 12 orang pemimpin dan tokoh Madinah masuk Islam dan melakukan Baiat Aqabah I. Penyebaran Islam di Madinah begitu cepat sekali. Mush'ab memberitahu kepada Nabi saw bahawa kaum Muslimin di Yatsrib [Madinah] semakin bertambah,kuat dan berkuasa.Mereka tidak menghadapi gangguan dari orang-orang kafir seperti halnya yang dialami kaum Muslimin di Makkah.Pandangan dan kesedaran umum [rakyu al-`aam & wa'yul al-`aam] tentang Islam pun terwujud. Pemikiran dan perasaan masyarakat Madinah bersedia untuk dibina dan diatur oleh Islam.Para tokoh dan pemilik kekuatan [Ahlul Quwwah ] di Madinah pun telah memberi dokongan,perlindungan serta pembelaan terhadap Islam dan kaum Muslimin serta juga kepada Rasulullah saw sendiri.


Tahun berikutnya iaitu pada musim haji banyak orang-orang Madinah yang datang ke Makkah.Di antaranya adalah 75 orang [ 73 laki-laki, 2 perempuan ] pemimpin dan para tokoh kabilah di Madinah yang telah menganut Islam . Mereka melakukan Baiat Aqabah II. Sebelum baiat tersebut dilangsungkan, Nabi Muhammad saw menyampaikan kepada para pemuka Madinah, "Saya meminta ikrar tuan-tuan untuk membela saya seperti membela isteri-isteri dan anak-anak tuan-tuan sendiri."


Mereka memahami bahawa baiat ini berbeza dengan Baiat Aqabah I. Salah seorang di antara tokoh itu, Al-Bara', lalu berkata, "Rasulullah, kami sudah berikrar. Kami adalah tukang perang dan ahli bertempur yang telah kami warisi dari nenek moyang kami." Hal ini mencerminkan bahawa baiat yang dikehendaki Nabi Muhammad saw adalah memerlukan kekuatan dan pembelaan menyeluruh.


Setelah semuanya selesai, mereka pun berbaiat kepada Nabi Muhammad saw, "Kami berbaiat kepada Rasulullah saw untuk mendengar dan taat dalam keadaan sulit mahupun mudah, lapang mahupun sempit, ataupun ketika musibah menimpa kami. Kami tidak akan merampas kekuasaan dari pemegangnya. Kami akan berkata benar di manapun kami berada. Kami juga tidak takut di jalan Allah terhadap celaan daripada orang-orang yang mencela."


Peristiwa ini mencerminkan adanya proses penerimaan oleh Rasulullah saw terhadap kekuasaan dari masyarakat Madinah yang diwakili oleh para tokoh mereka itu. Itulah yang dinamakan istilam al-hukm yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. Sejak itu, Rasulullah saw merupakan pemegang kekuasaan secara rasmi yang diserahkan oleh kaum Muslimin. Kerana itu, Baiat Aqabah II dikenal sebagai Bai`at al-Hukm , iaitu baiat yang berhubung-kait dengan penyerahan kekuasaan dari masyarakat Yatsrib [ Madinah Al-Munawwarah ] kepada Rasulullah saw.Seterusnya, peristiwa ini ditelesuri dengan hijrah kaum Muslimin dari Makkah ke Yatsrib [ Madinah Al-Munawwarah ].Akhirnya,tertegaklah di sana Negara dan Pemerintahan Islam yang dipimpin dan diperintah oleh Nabi Muhammad saw.Maka setelah itu Yatsrib pun ditukar namanya menjadi Madinah Al-Munawwarah. Dan sejak itu secara rasmilah baginda saw menjadi ketua Negara Islam yang berpusat di Madinah.


Istilam al-hukm lebih merupakan revolusi [ Inqilabiyah ] sosial dan politik secara damai. Disebut revolusi kerana terjadi perubahan secara cepat dan mendasar. Sejak terjadinya istilam al-hukm dan pendirian negara Islam di Madinah,lalu telah terjadi berbagai perubahan mendasar. Sebelumnya, orang yang membuat hukum dan peraturan adalah manusia, kini berubah iaitu pembuat hukum adalah Al-Khaliq. Hukum-hukum yang berasal dari {fikiran manusia Arab} pun diganti dengan hukum Allah Swt. Hal ini ditunjukkan dengan turunnya ayat-ayat madaniyah tentang berbagai persoalan masyarakat di Madinah.


Peradaban baru pun muncul. Budaya masyarakat Arab yang menghalalkan minuman keras, membunuh bayi perempuan hidup-hidup, menampakkan aurat, pergaulan bebas, pengurangan sukatan dan timbangan dalam perdagangan/jual-beli dan penzinaan,semuanya berubah menjadi haram setelah ' istilam al-hukm'. Mulai dari peribadatan hingga tatacara berperang berubah menjadi islami. Istilam al-hukm mengubah peribadatan kepada manusia menjadi peribadatan hanya kepada Allah Swt. Dalam medan peperangan contohnya,{perang ketika itu (sebelum kedatangan Islam) membolehkan segala cara, maka Islam datang dan mengubahnya}, di antaranya ialah tidak boleh membunuh anak-anak, perempuan, dan orang tua,tidak boleh merosakkan kebun, tidak boleh menebang pohon yang tengah berbuah.


Hubungan antara kabilah yang sebelumnya dilandasi semangat sukuisme berubah menjadi hubungan yang didasarkan pada akidah Islam.Secara ringkasnya, pemahaman [ mafahim ], tolok ukur [ maqayis ], dan keyakinan [ qana`at ] yang diterapkan di tengah-tengah masyarakat berubah menjadi penerapan mafahim, maqayis, dan qana`at Islam. Perubahan dalam bidang sosial dan politik pun terjadi. Peradaban Jahiliah diganti dengan peradaban Islam. Dengan demikian, tahapan dakwah istilam al-hukm zaman Nabi saw menunjukkan bahawa istilam al-hukm lebih merupakan revolusi sosial dan politik secara damai, tanpa kekerasan. Itulah revolusi yang dicontohkan Nabi saw, yang mesti ditempuh oleh kaum Muslimin dalam mengubah masyarakat.


Revolusi Nabi saw tersebut telah menghilangkan kekaburan dan tanggapan sebahagian orang yang mengatakan bahawa meraih kekuasaan mesti melalui kekerasan. Kalau dilihat zaman sekarang ini, berbagai cara pengambil-alihan kekuasaan di dunia,terjadi dengan kekerasan,samada kekuatannya dari dalam mahupun dari luar negeri. Contohnya,yang berlaku di Afganistan atau Iraq yang mana penguasanya dihancurkan secara ketenteraan oleh Amerika. Akan tetapi, istilam al-hukm yang dicontohkan oleh Nabi saw merupakan istilam al-hukm yang beradab, bukan ` istilam al-hukm ala Kapitalisme.


Dengan demikian, istilam al-hukm dalam Islam yang dianjurkan oleh Nabi saw, bukanlah pengambil-alihan kekuasaan dengan pertumpahan berdarah ataupun kekerasan, bukan pula pengambil-alihan kekuasaan dengan mencampuradukkan kebenaran dengan kebatilan yang ada dalam sistem sekarang,samada Sistem Demokrasi[ kapitalisme ] mahupun [Sistem Sosialisme/komunisme] . Istilam al-hukm dalam Islam merupakan penerimaan kekuasaan dari umat secara damai dan sukarela untuk menerapkan hukum Allah swt atas mereka.


TAHAPAN DAKWAH MENUJU “ISTILAM AL-HUKM”


Pada zaman sekarang ini,dunia tengah dikuasai oleh ideologi Kapitalisme, yang didasarkan pada akidah sekularisme. Sekularisme bererti memisahkan agama dari kehidupan masyarakat dan negara. Agama hanya diberikan peranan dalam aspek kerohanian manusia semata. Maka,hukum dan aturan hidup dibuat oleh manusia. Akibatnya, setiap orang bebas mengambil apa yang dipercayainya baik, benar, atau maslahat bagi dirinya. Muncullah fahaman liberalisme,samada dari segi sosial, politik, ekonomi, mahupun budaya. Dalam konteks negara, ideologi ini menjadikan Negara tersebut sebagai negara korporasi ( corporate state ), yakni negara yang mengabdi pada kepentingan kapitalisme. Inilah dasar atau prinsip hukum Jahiliah yang dewasa ini mendominasi dunia.


Jadi, perubahan sosial yang mesti dilakukan adalah dengan mengganti tatacara kehidupan kapitalisme dengan tatacara kehidupan Islam. Untuk itu, kepemimpinan kapitalisme/sekularisme mesti diganti dengan kepemimpinan Islam. Dengan kata lain, perlu adanya istilam al-hukm.

Istilam al-hukm tidak boleh terjadi secara tiba-tiba, ia memerlukan proses. Nabi saw telah mencontohkan kepada kita berkenaan proses tersebut yang mesti menjurus pada prinsip: kekuasaan ada di tangan rakyat [ as-sulthan li al-ummah ]. Maknanya, istilam al-hukm [penerimaan kekuasaan] bagi penerapan Islam,akan terjadi jika ada dokongan daripada umat. Dokongan ini akan semakin kukuh dan kuat,jika pendangan dan kesadaran umum di tengah-tengah masyarakat adalah pandangan dan kesedaran serta kerinduan untuk menyelesaikan berbagai permasalahan menurut Islam sehingga tertegaknya seluruh hukum dan atuan Allah swt yang dapat menyelesaikan segala permasalahan manusia. Jika dokongan dan pandangan serta kesedaran demikian terjadi,nescaya tidak akan ada pihak manapun yang dapat menggugatnya. Di sinilah pentingnya untuk terus-menerus berdakwah agar dapat memberi kesedaran kepada umat bahawa satu-satunya penyelesaian bagi krisis multidimensi hanyalah Islam.Sepertimana kaedah syara yang telah menyatakan: "Haisuma yakunu asy-syar'u takunu al-mashlahah" [Bilamana hukum syara' diterap dan dilaksanakan,pasti akan ada kemashlahatan].


Kesedaran politik rakyat seperti itu tidak mungkin terbentuk tanpa adanya organisasi atau parti politik yang berideologi yang senantiasa terus berdakwah memberikan kesedaran kepada umat dan memimpin agar terjadinya perubahan. Dengan adanya penjelasan konsep dan metod perubahan yang dijalankan organisasi atau parti politik ideologi tersebut, nescaya rakyat semakin mudah untuk memberikan dokongan atas dasar kesedaran.


Disamping itu juga, perlunya ada dokongan dari kalangan pemilik kekuatan [ ahlul quwwah ] yakni dari berbagai kalangan, termasuk ketenteraan. Kerana itu, dakwah untuk memberikan kesedaran politik Islam kepada ahlul quwwah juga amatlah penting.Jika dokongan umat terwujud, begitu juga halnya dengan pandangan dan kesedaran umum untuk tegaknya Islam terbentuk, organisasi/parti politik ideologi yang memimpin perubahan hidup di dalam masyarakat, serta didokong oleh para ahlul quwwah , maka penerimaan kekuasaan [ istilam al-hukm ] dari rakyat oleh orang-orang yang dipercayainya akan menerapkan Islam dan menggantikan sistem Sosialisme-Komunisme atau Demokrasi-Kapitalisme/Sekularisme,hanyalah tinggal menunggu waktu saja.


Teknik istilam al-hukm dapat beraneka ragam, bergantung pada situasi dan keadaan. Ketika majoriti masyarakat didokong oleh ahlul quwwah yang menghendaki penerapan Islam Kaffah dan menggantikan Sekularisme-Kapitalisme, istilam al-hukm dapat dilakukan dengan cara masyarakat menuntut penguasa untuk menerapkan Islam dan mengisytiharkan Kekhilafahan [Negara Khilafah Islamiyah].


Boleh terjadi beberapa kemungkinan, misalnya:


1. Penguasa telah sedar seraya menyerahkan kekuasaannya kepada pihak yang dikehendaki rakyat untuk menjadi Khalifah. Keadaan demikian 'mirip' dengan saat terjadi Baiat Aqabah II.


2. Penguasa sedar dan setuju menerapkan Islam. Rakyat pun setuju dengannya. Penguasa yang ada pun melakukan perubahan mendasar dan mengishtiharkan Kekhilafahan.


3. Penguasa tidak sedar akan Islam, bahkan menolak. Oleh kerana kekuasaan ada di tangan rakyat, maka hak penguasa hilang. Rakyat tidak mempercayainya lagi sebagai penguasa. Para tokoh dan ahlul quwwah membentuk ahlul halli wal `aqdhi untuk mengangkat seorang khalifah.

Jelaslah, istilam al-hukm merupakan langkah puncak bagi perjalanan dakwah. Keberhasilan tegaknya Islam secara kaffah bergantung pada keberhasilan dalam proses istilam al-hukm . Kerana itu, persiapan yang bersungguh-sungguh dan mantap amat penting dalam merealisasikan tahapan dakwah yang terakhir ini iaitu tahapan istilamu al-hukm.

Wallahu A`lam Bi Ash-Shawab

0 komentar:

Agenda Harian

Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yang bisa dilakukan

1. Agenda pada sepertiga malam akhir

a. Menunaikan shalat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud di dalamnya,

b. Menunaikan shalat witir

c. Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh

Rasulullah saw bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”. (HR. Bukhari Muslim)


2. Agenda Setelah Terbit Fajar

a. Menjawab seruan azan untuk shalat subuh

” الَّلهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ “

“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, shalat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)

b. Menunaikan shalat sunnah fajar di rumah dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

“Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya”. (Muslim)

وَ قَدْ قَرَأَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِي رَكْعَتَي الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدَ

“Nabi saw pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”.

c. Menunaikan shalat subuh berjamaah di masjid –khususnya- bagi laki-laki.

Rasulullah saw bersabda:

وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِي الْعَتْمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh” (Muttafaqun alaih)

بَشِّرِ الْمَشَّائِيْنَ فِي الظّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berikanlah kabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. (Tirmidzi dan ibnu Majah)

d. Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat shalat

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ

“Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak” (Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)

e. Duduk di masjid bagi laki-laki /mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca dzikir waktu pagi

Dalam hadits nabi disebutkan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إَذَا صَلَّى الْفَجْرَ تَرَبَّعَ فِي مَجْلِسِهِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ الْحَسَنَاءُ

” Nabi saw jika selesai shalat fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”. (Muslim)

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat). (Al-Isra : 78) Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

3. Menunaikan shalat Dhuha walau hanya dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

“Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan shalat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”. (Bukhari dan Muslim)

4. Berangkat kerja atau belajar dengan berharap karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمِلِ يَدِهِ، وَكَانَ دَاوُدُ لا يَأْكُلُ إِلا مِنْ عَمِلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya sendiri”. (Bukhari)

Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga”. (Muslim)

d. Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari

Allah berfirman :

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi tenang” (Ra’ad : 28)

Rasulullah saw bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهَ أَنْ تَمُوْتَ ولسانُك رَطْبٌ من ذِكْرِ الله

“Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada Allah” (Thabrani dan Ibnu Hibban) .

5. Agenda saat shalat Zhuhur

a. Menjawab azan untuk shalat Zhuhur, lalu menunaikan shalat Zhuhur berjamaah di Masjid khususnya bagi laki-laki

b. Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zhuhur 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zhuhur

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang shalat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di surga”. (Muslim).

6. Agenda saat dan setelah shalat Ashar

a. Menjawab azan untuk shalat Ashar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan shalat Ashar secara berjamaah di masjid

b. Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada)

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

“Barangsiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”. (Thabrani – hasan shahih)

c. Istirahat sejenak dengan niat yang karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

وَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقٌّ

“Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”.

Agenda prioritas:

Membaca Al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang berlimpah insya Allah.

7. Agenda sebelum Maghrib

a. Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran

b. Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media

c. Menyibukkan diri dengan doa

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah”

8. Agenda setelah terbenam matahari

a. Menjawab azan untuk shalat Maghrib

b. Menunaikan shalat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi laki-laki)

c. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat

d. Membaca dzikir sore

e. Mempersiapkan diri untuk shalat Isya lalu melangkahkan kaki menuju masjid

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

“Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)

9. Agenda pada waktu shalat Isya

a. Menjawab azan untuk shalat Isya kemudian menunaikan shalat Isya secara jamaah di masjid

b. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat

c. Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim

d. Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid

e. Dakwah melalui media atau lainnya

f. Melakukan mudzakarah

g. Menghafal Al-Quran

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan berlimpah insya Allah.


Apa yang kita jelaskan di sini merupakan contoh, sehingga tidak harus sama persis dengan yang kami sampaikan, kondisional tergantung masing-masing individu. Semoga ikhtiar ini bisa memandu kita untuk optimalisasi ibadah insya Allah. Allahu a’lam

Jazaakillah

Sedikit revisi dari : http://www.al-ikhwan.net/agenda-harian-ramadhan-menuju-bahagia-di-bulan-ramadhan-2989/

Isi Blog

Popular Posts

Diberdayakan oleh Blogger.