Misi Islam : Politik Dan Spiritual

Islam: Politik dan Spiritual
Islam mempunyai keunikan berbanding dengan agama mahupun ideologi yang lain. Dari segi wilayah ajarannya, Islam bukan sahaja agama yang menyusuri ruhiyah (spiritual), akan tetapi juga meliputi politik (Siyasah), atau dengan istilah lain Islam adalah aqidah spiritual dan politik. Tetapi, mengapa Islam sering disebut hanya sebagai agama dan bukannya ideologi? Ini kerana akibat dari analogi generalisasi, iaitu usaha untuk memberikan pandangan yang sama-rata, bahawa Islam sama dengan agama yang lain. Kerana, tidak ada agama lain yang mempunyai konsep politik, yang mengatur persoalan kehidupan, maka Islam juga sama. Tentu penafsiran ini sangat berat sebelah dan berbau perlecehan serta dakwaan yang tidak disertai pemahaman yang mendalam tentang Islam. Sebab, kebanyakan mereka yang mengkaji Islam tidak memahami realiti kehidupan dan mereka yang memahami realiti kehidupan tidak berasaskan daripada Islam. Hasilnya tidak pernah memberikan kesimpulan yang lengkap. Masing-masing berjalan dalam ruangan yang salah dan kurang.
Namun, anehnya mereka sering mendakwa orang-orang Islam yang berpandangan menyeluruh tentang Islam, sebagai ajaran spiritual dan politik, dikatakan sebagai tindakan apologis (membela/mempertahankan diri). Sekali lagi, mereka menyamakan orang Islam dengan orang Yahudi dan Nasrani yang sememangnya agamanya tidak lengkap, kemudian mereka apologi untuk menutupi kelemahan agama mereka. Jadi, sebenarnya siapa yang melakukan apologi? Orang Islam yang memperjuangkan Islam yang unik atau ‘orang Islam’ yang memperjuangkan Islam secara juz’ie (sebahagian)?Jadi, adalah menjadi satu kesalahan untuk menyatakan bahawa Islam itu hanya sebagai agama semata dan begitu juga untuk menyatakan Rasulullah SAW di utuskan hanya membawa misi agama dalam erti kata hanya spiritual semata-mata. Namun penyataan seumpama ini adalah salah satu bentuk penyelewengan untuk mengaburi pemikiran umat Islam. Perlu di ketahui juga Parti Politik Islam adalah salah satu metod untuk menyebarkan Islam selain daripada menegakkan daulah al Khilafah.

Mampukah Islam sebagai ideologi spiritual dan politik?
Mampukah Islam sebagai ideologi spiritual dan politik?Persoalan di atas perlu dianalisis dari bukti-bukti normatif, historis dan empirik dengan melihat kepada nas, fakta sejarah kejayaan yang pernah dicatat di dalam lembaran sejarah kegemilangan Islam, sejak dari hari pertama tertegaknya Islam di Madinah sebagai suatu kuasa ideologi sehingga jatuhnya khilafah Islam yang terakhir di Turki pada 3 Mac 1924 hingga sisa-sisa pelaksanaan Islam di negeri kaum muslimin. Tiga bukti-bukti inilah yang akan mampu memberikan gambaran yang nyata kepada kita akan kemampuan Islam sebagai ideologi dunia, samada spiritual mahupun politik.Secara empirik, kita boleh membuktikan kemampuan Islam sebagai ajaran politik dan spiritual, dengan melihat elemen yang dimiliki oleh Islam, iaitu konsep (fikrah) dan metodologi (thariqah).
Konsep ini mencakup:
(1) Aqidah Islam, iaitu keimanan kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari kiamat dan Qadha’-Qadar;
(2) Pemecahan masalah kehidupan manusia, iaitu hukum-hukum syara’ yang berkenaan dengan penyelesaian semua masalah manusia, samada yang berkenaan dengan masalah manusia dengan Allah, iaitu ibadah, ataupun masalah manusia dengan sesama manusia, iaitu ekonomi, sosial, politik, pendidikan, penghukuman, dan sebagainya, serta masalah manusia dengan dirinya sendiri, iaitu masalah makanan, pakaian dan akhlaq.
Manakala metodologi pula bermaksud adalah cara bagaimana supaya konsep tersebut boleh diterapkan, dipertahankan dan dikembangkan, iaitu mencakupi:
(1) Metod (kaedah) menerapkan aqidah dan hukum syara’ melalui negara;
(2) Metod mempertahankan aqidah dan hukum syara’, iaitu dengan melaksanakan hukuman (uqubat) kepada orang yang melanggar daripada aqidah dan hukum syara’. Orang yang murtad dibunuh, orang yang melakukan pembangkangan daripada negara akan diperangi, orang yang meninggalkan solat dikenakan ta’zir, orang yang mencuri dipotong tangan, orang yang berzina direjam sampai mati atau disebat hingga seratus kali, orang yang membuka aurat di tempat umum dikenakan ta’zir, orang yang melakukan rasuah dikenakan ta’zir, dan sebagainya. Seluruh penyimpangan daripada hukum syara’ ada hukumannya di dalam syari’at Islam.
(3) Metod menyebarkan aqidah dan hukum syara’, iaitu dengan dakwah dan jihad yang dilakukan oleh khilafah Islam.
Dakwah Islam kepada orang non-Islam di dalam negeri adalah dengan cara melaksanakan semua hukum Islam, sehingga mereka boleh menyaksikan cahaya Islam dan akhirnya memeluk Islam:"Apabila pertolongan dan kemenangan dari Allah telah tiba, maka kalian akan menyaksikan manusia berbondong-bondong masuk Islam." (TMQ An-Nasr: 1)
Sedangkan dakwah Islam kepada orang non-Islam di luar negeri adalah dengan jihad, yang caranya telah ditetapkan oleh Islam dengan 3 tahap iaitu:
(1) Diseru untuk memeluk Islam, apabila bersetuju, maka dibiarkan;
(2) Apabila tidak bersetuju, akan diseru untuk tunduk kepada pemerintahan Islam dengan cara menerapkan semua hukum Islam yang berkenaan dengan masalah sosial, ekonomi, politik, pendidikan, uqubat (penghukuman), dan hukum-hukum yang lain, kecuali aqidah, ibadah, makanan, pakaian dan pernikahan (nikah dan talak);
(3) Apabila tidak bersetuju, akan diperangi hingga habis-habisan, sehingga akhirnya tunduk kepada Islam.
Inilah secara ringkas gambaran tentang Islam, dari sisi konsep dan metodologi, secara normatif, yang semuanya ini boleh dilihat dalam kitab-kitab fiqih Islam. Sedangkan bukti-bukti sejarah, boleh dilihat dalam catatan sejarah sebagaimana yang dibukukan oleh ahli sejarah, samada dalam sirah mahupun tarikh. Seperti Sirah Ibnu Ishaq, Maghazi Al-Waqidi, Thabaqat Ibnu Sa’ad, Sirah Ibnu Hisyam, Tarikh Al-Umam wa Al-Mulk At-Thabari, Tarikh Ibnu Al-Atsir, Tarikh Ibnu Katsir, dan sebagainya.
Buku-buku sejarah ini memberikan gambaran yang nyata tentang bagaimana Islam diterapkan sepanjang berabad-abad. Satu catatan yang telah ditinggalkan oleh kegemilangan Islam selama 1300 tahun lebih berdirinya Islam sebagai suatu ideologi antaranya bilangan kes mereka yang dipotong tangan akibat sabit kesalahan mencuri dan dikenakan hukuman hudud terhadap mereka adalah berjumlah 200 kes sahaja. Rekod ini dapat dicapai kerana apabila ideologi Islam ditegakkan di kalangan masyarakat ianya akan membina masyarakat tersebut supaya menjadikan aqidah Islam sebagai qiyadah fikriah (pengendali seluruh pemikiran) mereka. Ini akan melahirkan rasa taqwa di dalam diri individu masyarakat, yang mana taqwa ini akan mencetuskan suatu sifat mengawal diri kepada setiap individu untuk mendorong individu-individu tersebut melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah SWT dan meninggalkan apa sahaja yang dilarang.
Begitulah juga masyarakat yang dibina akan membawa pemikiran dan perasaan Islam yang mengaktifkan dan menjadikan mereka peka dengan kerja-kerja amar ma’ruf dan nahi mungkar bagi mengawal masyarakat supaya sentiasa berada di atas syari’at Islam. Adapun yang paling memainkan peranan dalam konteks ini ialah kewujudan konsep dan metodologi Islam di dalam sebuah negara yang akan melaksanakan seluruh sistem Islam. Renunglah kata-kata Khalifah Uthman:"Sultan akan dapat membetulkan kesalahan yang tidak dapat diperbaiki oleh Al-Quran"Akhirnya Islam telah dihancurkan oleh musuh-musuh Islam pada tahun 3 Mac 1924, dengan dirobohkannya sistem khilafah Islam. Sedangkan bukti-bukti empirik, boleh disaksikan hingga saat ini. An-Nabhani memberikan gambaran yang jelas dalam buku beliau, Hadisu As-Shiyam, tentang bukti tersebut.
Iaitu ada dua bukti yang hingga kini masih boleh disaksikan lagi:
Pertama, peradilan (al-qadha’) yang bertugas menyelesaikan sengketa di tengah masyarakat, samada berkenaan dengan kes masyarakat dengan masyarakat ataupun masyarakat dengan negara;
Kedua, pegawai kerajaan (al-hakim) yang bertugas melaksanakan semua hukum Islam di tengah masyarakat.
Mengenai masalah peradilan, catatan sejarah dari zaman Nabi Muhammad saw. hingga akhir kekhilafahan Islam di Turki, belum pernah ditemui ada satu masalah pun yang diselesaikan dengan menggunakan hukum yang lain, kecuali dengan syari’t Islam. Bahkan, ramai orang non-muslim yang boleh memahami hukum Islam dengan baik, malah di antara mereka ada yang menulis fiqih Islam, seperti Salim Al-Baz. Namun, setelah dipisahkannya mahkamah, menjadi dua, iaitu mahkamah sivil (awam) dan mahkamah syari’at, kerana mengikut Barat, maka ketika itulah ada sejumlah kes yang diselesaikan bukan dengan hukum Islam. Bahkan, dalam masalah penerapan hukum tersebut hingga kini masih diterapkan di negeri-negeri kaum muslimin, meskipun tidak secara keseluruhan. Seperti hukum potong tangan, rejam, sebat masih diterapkan di berbagai wilayah negeri Islam, seperti di Arab Saudi dan lain-lain.
Sedangkan masalah pegawai kerajaan yang bertugas melaksanakan hukum Islam, sebagaimana yang dinyatakan dalam sejarah zaman Nabi hingga akhir kekhilafahan, jelas ada lapan struktur:
(1) Khalifah,
(2) Pembantu di bidang pemerintahan (Mu’awin Tafwidh),
(3) Pembantu di bidang administratif (Mu’awin Tanfiz),
(4) Wali dan Amil,
(5) Badan Pentadbiran (Al-Jihaz Al-Idari),
(6) Panglima perang dan tentera,
(7) Majlis Umat, dan
(8) Peradilan.
Inilah fakta dan bukti-bukti yang secara empirik telah menunjukkan keutuhan Islam sebagai ajaran agama yang menyeluruh, samada yang berkenaan dengan konsep politik dan spiritual. Semuanya diajarkan di dalam Islam.Harakah IslamMelihat realiti hari ini di saat tiadanya Khilafah Islam maka kewujudan suatu harakah (parti) yang membawa Islam sebagai konsep (fikarah) dan metodologi (thariqah) secara menyeluruh tanpa adanya kompromi dengan sebarang sistem ciptaan kafis barat adalah diperlukan dalam usaha mengembalikan kehidupan Islam di bawah naungan Daulah Khilafah. Kewujudan pelbagai harakah/gerakan/jamaah diseluruh pelosok dunia memang tidak dapat dinafikan lagi.
Kesemua gerakan ini melakukan aktiviti mengikuti sasaran yang mereka inginkan. Di antara harakah-harakah tersebut ada yang bersifat islami dan menjadikan Islam sebagai asas. Namun ada juga yang tidak islami, bahkan memusuhi Islam, seperti partai komunis, partai Wafd di Mesir, partai Ba’ath di Syiria dan Iraq, gerakan Ahmadiah di India dan Pakistan dan sebagainya.
Melihat keadaan berbagai gerakan yang ada, dapatlah ditentukan tiga aspek yang menunjukkan identiti sebuah harakah, iaitu:
(1) Mempunyai sasaran (matamat) yang di usahakan dan hendak dicapai oleh sebuah harakah.
(2) Mempunyai bentuk pemikiran yang telah ditentukan oleh harakah dalam aktiviti perjuangannya, dan
(3) Mempunyai arah dan kecenderungan tertentu pada orang-orang yang bergabung di dalam harakah tersebut.
Untuk menentukan identiti suatu harakah agar dapat dikategorikan Harakah Islam, maka ketiga-tiga aspek di atas harus terpenuhi. Dengan kata lain, tidak cukup dengan hanya mempunyai sasaran tujuan yang disahkan dan di akui oleh Islam, tetapi juga harus ditujukan untuk melayani dan mengembangkan Islam. Sebagai contoh, Islam mengakui keberadaan suatu harakah yang bergerak dalam bidang olahraga. Sebab matlamat seumpama ini hukumnya mubah. Tetapi harakah yang bergerak di bidang olahraga seperti ini tidak dapat di sebut sebagai harakah Islamiyah, kerana keberadaannya tidak sampai melayani dan mengembangkan Islam.Begitu pula halnya dengan aneka ragam harakah Islam yang aktivitinya menitikberatkan pada usaha pemeliharaan/penerbitan Al Quran dan terjemahannya atau penerbitan buku-buku Islam; pembangunan projek dan perusahaan Islam, seperti Bank Islam, Koperasi Islam, masjid-masjid dan sekolah Islam, serta lembaga pendidikan yang sejenisnya; menyalurkan dana kepada fakir miskin, anak-anak yatim, orang-orang cacat, melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, menyampaikan nasihat kepada penguasa dan sebagainya.
Satu atau lebih dari berbagai macam aktiviti yang telah disebutkan di atas dapat di jadikan target tujuan untuk sebuah harakah Islam. Namun demikian, perlu diingat bahawa target-target tersebut belum cukup untuk melayani dan mengembangkan Islam sehingga seluruh aktiviti harakah terkait erat dengan hukum-hukum Islam. Dengan kata lain, metod yang digunakan harus sesuai dan terikat dengan idea mahupun hukum Islam.Selain daripada tiga syarat diatas, agar suatau harakah dakwah dapat disebut sebagai harakah Islamiyah, maka keanggotaannya harus pula dari kalangan kaum Muslimin sahaja. Jika suatu harakah terbentuk dari kalangan non-muslim, seperti para orientalis yang mengkaji dan mempelajari khazanah Islam lalu mengeluarkan dan menyebarkan hasil kajiannya setelah terlebih dahulu meneliti dan menganalisisnya, maka harakah semacam ini tidak dapat dinamakan harakah Islamiyah.
Kita juga dapat mengkategorikan Jama’ah Tabligh, Jama’ah Salafiyah, Islam Jama’ah,Jam’atul Muslimin Hizbullah sebagai harakah Islam, sekalipun pada gerakan-gerakan tersebut terdapat kekurangan bahkan kadang-kadang terdapat langkah atau pemikiran yang tidak islami. Jama’ah Tabligh misalnya, mereka mengambil Islam secara juz’ie (sebahagian) dengan menolak untuk membicarakan masalah politik atau menempuh jalan politik dalam berdakwah. Sedangkan Jama’ah salafiyah lebih banyak memfokuskan kepada masalah aqidah, ibadah dan akhlaq. Islam Jama’ah pula suka mengkafir-kafirkan sesama kaum Muslimin yang tidak berbai’at kepada imam mereka, menolak solat di masjid yang imamnya bukan dari golongan mereka.
Sementara Jama’atul Muslimin Hizbullah menolak mengakui Rasulullah SAW sebagai tokoh politik, bahkan menurut mereka dalam Islam tidak wujud aktiviti politik.Di antara berbagai harakah Islam yang bersifat politik dan bergerak di kawasan Timur Tengah serta dunia Islam lainnya tercatat antara lain Jama’ah Ikhwanul Muslimin (Mesir), Hizbullah (Lebanon), Hizbut Tahrir (Jordan), Gerakan Jihad Islam (Mesir), Jabhatul Inqadz Al Islami FIS (Algeria), Parti Islam Se-Malaysia PAS (Malaysia) dan masih banyak lagi harakah Islam yang tersebar di Pakistan, India, Afghanistan, Turki dan tempat-tempat lain di negeri-negeri Islam.Namun apapun kesemua ini menunjukkan kepada kita kepelbagaian harakah yang ada dengan metodologi yang berbeza sehinggakan ada di antara harakah ini menemupuh thariqah (metod) yang kurang jelas dengan menjerumuskan diri ke dalam sistem-sistem ciptaan khusus barat baik melalui wadah demokrasi mahupun yang sebaris dengannya.

Khatimah
Itulah Islam yang misinya kepada Rasulullah dan umat Islam membawa misi politik dan spritual yang tertuang di dalamnya penyelesaian bagi keseluruhan permasalahan yang dihadapi oleh umat manusia. Apabila dakwah merupakan metod yang disyariatkan agar islam ini dapat dibawa dan disebarkan kepada umat, maka masalahnya kemudian adalah, mungkinkah dakwah tersebut berjalan tanpa ada yang menggerakkanya ? Tentu mustahil. Maka, Allah juga mensyariatkan adanya parti politik, harakah, jamaah atau kelompok dakwah Islam untuk memikul tanggungjawab dakwah tersebut.
Oleh yang demikian itu, wujudnya parti politik, jamaah atau kelompok dakwah yang membawa Islam merupakan kemestian yang tidak dapat dinafikan apatah lagi dalam usaha untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah ala minhaj an nubuwwah yang telah lama hilang. Bagaimana dan apakah yang harus ditempuhi kembali kepada apa yang telah ditontonkan kepada kita oleh Rasulullah SAW dan kelompoknya (parti, harakah, jamaah, kutlak) di dalam usaha menegakkan Daulah Madinah. Semoga Allah menpercepatkan kemenangan ini.
Wallahua'lam

0 komentar:

Agenda Harian

Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yang bisa dilakukan

1. Agenda pada sepertiga malam akhir

a. Menunaikan shalat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud di dalamnya,

b. Menunaikan shalat witir

c. Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh

Rasulullah saw bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”. (HR. Bukhari Muslim)


2. Agenda Setelah Terbit Fajar

a. Menjawab seruan azan untuk shalat subuh

” الَّلهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ “

“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, shalat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)

b. Menunaikan shalat sunnah fajar di rumah dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

“Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya”. (Muslim)

وَ قَدْ قَرَأَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِي رَكْعَتَي الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدَ

“Nabi saw pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”.

c. Menunaikan shalat subuh berjamaah di masjid –khususnya- bagi laki-laki.

Rasulullah saw bersabda:

وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِي الْعَتْمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh” (Muttafaqun alaih)

بَشِّرِ الْمَشَّائِيْنَ فِي الظّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berikanlah kabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. (Tirmidzi dan ibnu Majah)

d. Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat shalat

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ

“Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak” (Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)

e. Duduk di masjid bagi laki-laki /mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca dzikir waktu pagi

Dalam hadits nabi disebutkan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إَذَا صَلَّى الْفَجْرَ تَرَبَّعَ فِي مَجْلِسِهِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ الْحَسَنَاءُ

” Nabi saw jika selesai shalat fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”. (Muslim)

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat). (Al-Isra : 78) Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

3. Menunaikan shalat Dhuha walau hanya dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

“Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan shalat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”. (Bukhari dan Muslim)

4. Berangkat kerja atau belajar dengan berharap karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمِلِ يَدِهِ، وَكَانَ دَاوُدُ لا يَأْكُلُ إِلا مِنْ عَمِلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya sendiri”. (Bukhari)

Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga”. (Muslim)

d. Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari

Allah berfirman :

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi tenang” (Ra’ad : 28)

Rasulullah saw bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهَ أَنْ تَمُوْتَ ولسانُك رَطْبٌ من ذِكْرِ الله

“Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada Allah” (Thabrani dan Ibnu Hibban) .

5. Agenda saat shalat Zhuhur

a. Menjawab azan untuk shalat Zhuhur, lalu menunaikan shalat Zhuhur berjamaah di Masjid khususnya bagi laki-laki

b. Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zhuhur 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zhuhur

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang shalat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di surga”. (Muslim).

6. Agenda saat dan setelah shalat Ashar

a. Menjawab azan untuk shalat Ashar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan shalat Ashar secara berjamaah di masjid

b. Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada)

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

“Barangsiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”. (Thabrani – hasan shahih)

c. Istirahat sejenak dengan niat yang karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

وَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقٌّ

“Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”.

Agenda prioritas:

Membaca Al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang berlimpah insya Allah.

7. Agenda sebelum Maghrib

a. Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran

b. Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media

c. Menyibukkan diri dengan doa

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah”

8. Agenda setelah terbenam matahari

a. Menjawab azan untuk shalat Maghrib

b. Menunaikan shalat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi laki-laki)

c. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat

d. Membaca dzikir sore

e. Mempersiapkan diri untuk shalat Isya lalu melangkahkan kaki menuju masjid

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

“Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)

9. Agenda pada waktu shalat Isya

a. Menjawab azan untuk shalat Isya kemudian menunaikan shalat Isya secara jamaah di masjid

b. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat

c. Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim

d. Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid

e. Dakwah melalui media atau lainnya

f. Melakukan mudzakarah

g. Menghafal Al-Quran

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan berlimpah insya Allah.


Apa yang kita jelaskan di sini merupakan contoh, sehingga tidak harus sama persis dengan yang kami sampaikan, kondisional tergantung masing-masing individu. Semoga ikhtiar ini bisa memandu kita untuk optimalisasi ibadah insya Allah. Allahu a’lam

Jazaakillah

Sedikit revisi dari : http://www.al-ikhwan.net/agenda-harian-ramadhan-menuju-bahagia-di-bulan-ramadhan-2989/

Isi Blog

Popular Posts

Diberdayakan oleh Blogger.