*RISYWAH*
(RASUAH)
Risywah (rasuah) berasal dari rasya – yarsyu – risywah, rusywah, rasywah. Pemberian kepada penguasa disebut risywah (rasuah). Rasuah dimaksudkan agar kepentingan pemberi rasuah tercapai; boleh juga berupa pemenuhan suatu kepentingan atau pembebasan kewajipan, perkara, ataupun sanksi/uqubat/hukuman. Dengan rasuah, penerima suap diharapkan melakukan sesuatu yang sudah menjadi tugasnya, atau yang menyalahi tugasnya, atau agar tidak melakukan tugasnya sebagaimana mestinya.
Risywah (rasuah) adalah semua bentuk harta yang diberikan kepada seseorang demi memperoleh suatu keputusan atau memenuhi suatu kepentingan yang seharusnya diputuskan atau dipenuhi oleh seseorang itu tanpa pembayaran dalam bentuk apapun.

Abdullah bin Amr menuturkan:
Rasulullah saw. telah melaknat pemberi dan penerima suap (HR at-Tirmizi, Abu Dawud, dan Ahmad).
Abu Hurairah menuturkan:
Rasulullah saw. melaknat pemberi dan penerima suap dalam pemerintahan (HR at-Tirmizi dan Abu Dawud).
Ats-Tsauban juga menuturkan:
Rasulullah saw. melaknat penyuap, penerima suap, dan penghubung di antara keduanya

(HR Ahmad, ath-Thabrani, al-Bazar, dan al-Hakim).
Adanya laknat dari Rasulullah—dalam riwayat lain laknat Allah—menunjukkan bahawa rasuah adalah aktiviti yang dilarang secara tegas kerana orang yang dilaknat itu tempatnya di neraka. Kerana itu, rasuah hukumnya haram. Keharaman rasuah itu dinyatakan nash tanpa disertai dengan adanya `illat (alasan hukum) apapun. Kerana itu, tidak boleh dikatakan, rasuah diharamkan jika tujuannya batil atau membatalkan dan melawan kebenaran. Adapun jika tujuannya demi kebenaran atau untuk menolak kemudaratan dan kezaliman maka suap dibolehkan. Perkataan tersebut sama ertinya dengan membuat-buat `illat (alasan hukum) yang tidak dinyatakan oleh nash. Di samping itu, pengharaman rasuah dinyatakan dalam bentuk umum; berlaku untuk segala macam rasuah.
Tidak boleh juga dikatakan, rasuah hanya haram dalam pemerintahan, kerana hadis Abu Hurairah yang menyatakan fi al-hukm (dalam masalah pemerintahan) menjadi muqayyad (pembatas) sehingga membatasi makna nash yang lain. Hadis Abu Hurairah memang muqayyad. Namun, lafaz muqayyad hanya boleh membatasi makna mutlak dan tidak mengkhususkan makna umum, sementara nash tentang keharaman rasuah menggunakan lafaz umum. Frasa fi al-hukm (dalam masalah pemerintahan) itu hanya merupakan tanshish (bermakna menyatakan) satu di antara jenis rasuah, iaitu dalam pemerintahan (kekuasaan). Rasuah tetap haram baik dalam pemerintahan ataupun selain pemerintahan.
Kata ar-rasyi (penyuap), al-murtasyi (penerima suap), dan ar-ra'isyi (perantara/penghubung) adalah kata umum dan tidak ada nash yang mengkhususkannya. Kerana itu, laknat Allah dan Rasulullah itu akan menimpa ar-rasyi, al-murtasyi dan ar-ra'isyi; baik penguasa, hakim, pegawai negeri, pengarah, pengurus perusahaan, karyawan, ataupun tukang sampah; baik secara peribadi, berdua, atau banyak orang secara bersama-sama.
Rasuah kepada pegawai kerajaan agar mendapat kemudahan atau agar tidak dikenakan denda atau sebagainya adalah haram. Rasuah kepada hakim dan qadi agar tidak dihukum adalah haram. Begitu juga rasuah kepada syarikat perusahaan agar diterima bekerja atau agar tidak dibuang kerja.Semua itu adalah haram.
Hadiah kepada Pegawai dan Petugas
Sama haramnya dengan rasuah adalah hadiah kepada pegawai atau petugas. Bahkan sebahagian ulama mengkategorikan hadiah ke dalam rasuah. Alasannya, hadiah mirip dengan rasuah sebagai harta yang diambil demi memenuhi suatu kepentingan yang semestinya dipenuhi tanpa imbalan apapun. Bezanya, rasuah biasanya diberikan sebelum kepentingan dipenuhi, sedangkan hadiah biasanya diberikan setelahnya dan sering diungkapkan sebagai tanda terima kasih.
Abu Humaid as-Saidi menuturkan bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda:
Hadiah (yang diambil) para petugas/pegawai adalah kecurangan. (HR Ahmad).
Al-Khathib al-Baghdadi, dalam Talkhish al-Mutasyabih, meriwayatkan hadis di atas dari Anas dengan ungkapan: Hadaya al-`umal suhtun (Hadiah yang diambil oleh para petugas/pegawai adalah haram).
Hadiah yang haram adalah hadiah yang diberikan kerana kedudukan seseorang sebagai petugas atau pegawai. Abu Humaid as-Saidi menuturkan, Rasulullah saw. pernah mengangkat seseorang dari Asad (Azad) yang disebut Ibn al-Lutbiyah, sebagai `amil (petugas) pemungut zakat Bani Sulaim. Setelah selesai dari memungut zakat,ia datang dan berkata kepada Rasul saw., "Ini adalah untuk Anda, sementara ini adalah hadiah yang diberikan kepadaku."
Mendengar itu, Rasul saw. berkhutbah:
Amma ba`du. Aku telah menugaskan seseorang di antara kamu untuk melaksanakan suatu tugas di antara perkara yang dipercayakan Allah kepadaku. Lalu ia berkata, "Ini adalah harta untuk Anda, sementara ini adalah hadiah yang diberikan kepadaku." Apakah tidak lebih baik ia duduk di rumah bapa dan ibunya hingga hadiahnya datang kepadanya? Demi Allah, tidaklah salah seorang dari kamu mengambil sesuatu tanpa hak kecuali pada Hari Kiamat ia akan menjumpai Allah dengan memikul apa yang diambilnya. (HR al-Bukhari dan Muslim).
Mencegah dan Melakukan Kecurangan
Pertama: dari segi pelakunya. Amalan kecurangan itu tidak akan muncul dari peribadi yang bertakwa yang senantiasa mengingati Allah. Dalam hal ini, negara perlu membina ketakwaan dan keperibadian anggota jabatan-jabatannya dan masyarakat.
Kedua: dari segi sistemnya. Kekayaan pegawai/petugas perlu dicatat sebelum menjawat jawatan dan diaudit semasa menjawat jawatan atau masa diberhentikan seperti yang dicontohkan oleh Khalifah Umar bin al-Khathab ketika menjawat jawatan khalifah tahun 634-644 M (1350-an tahun sebelum pencatatan kekayaan pegawai dilakukan di negeri ini). Khalifah Umar ra. mengangkat Muhammad bin Maslamah untuk menanganinya.
Untuk mengenalpasti kecurangan, Buraidah menuturkan bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda:
Siapa saja yang kami angkat menjadi pegawai/petugas (pejabat) negara dan telah kami berikan gajinya maka apa yang ia ambil setelah itu adalah kecurangan. (HR Abu Dawud).
Sesuai dengan hadis ini, negara memberikan gaji dengan taraf yang memuaskan dan—menurut keterangan riwayat Ahmad—ditambah dengan insentif perumahan, kenderaan, pembantu dan bantuan untuk menikah bagi yang belum menikah. Semua itu diluar jaminan pelayanan kesihatan, pendidikan dan keamanan yang percuma seperi yang diberikan kepada seluruh warga negara. Semua ini akan mencegah dari berlakunya amalan rasuah dan kecurangan lainnya.

Adapun dari catatan kekayaan para petugas dan pegawai akan dapat dihitung jumlah wajar kekayaan petugas/pegawai itu semasa diaudit. Jika terdapat kelebihan maka petugas/pegawai itu perlu membuktikan bahawa kekayaannya itu diperoleh secara sah dan wajar. Jika terbukti kekayaan itu diperoleh secara tidak sah maka pelakunya perlu diambil tindakan.
Amalan rasuah dan kecurangan itu adalah tindakan jenayah yang termasuk ke dalam ta`zir yang jenis dan kadar hukumannya diserahkan kepada Khalifah atau qadhi untuk menentukannya. Dalam hal ini, Khalifah Umar ada kalanya menyita separuh kelebihan harta petugas/pegawai dan memasukkannya ke Baitul Mal negara. Selain disita kekayaannya, pelaku juga boleh dijatuhi hukuman penjara, sebat, bahkan sampai hukuman mati. Jenis dan kadar hukuman itu bergantung pada kadar bahaya yang ditimbulkan oleh perbuatan rasuah dan kecurangan itu. Misalnya: rasuah berkaitan dengan pembocoran rahsia negara dan ketenteraan kepada pihak asing/musuh tentu saja pelakunya akan dihukum dengan hukuman penjara puluhan tahun atau bahkan hukuman mati.

Wallahu a`lam bi ash-shawab.
0 komentar:
Posting Komentar