ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN

Tatkala kita masih lagi bersedih dengan apa yang menimpa saudara kita di Lebanon, persiapan untuk menyambut hari kemerdekaan Malaysia ke-49 sedang giat dijalankan. Kempen mengibarkan Jalur Gemilang setiap hari ke udara di kaca televisyen. Beberapa orang Menteri pula 'terpaksa' turun padang untuk memeriahkan lagi suasana sambutan yang dari setahun ke setahun dilihat semakin tidak mendapat perhatian rakyat Malaysia. Jika dulu rakyat secara sukarela mengibarkan bendera Malaysia setiap kali masuk bulan kemerdekaan, tetapi sekarang rakyat harus 'dipaksa' untuk berbuat demikian. Jika dulu Jalur Gemilang kelihatan terpacak di cermin hadapan hampir setiap kenderaan, sekarang ini bilangan yang berbuat demikian boleh dikira dengan jari. Yang masih 'setia' mengibarkannya hingga sekarang hanyalah pejabat-pejabat kerajaan, itupun 'atas arahan'. Minggu depan, upacara rutin gilang gemilang akan disambut dengan penuh kemeriahan oleh golongan-golongan tertentu, yang majoritinya adalah dari kalangan umat Islam.

Di dalam suasana menyambut 31 Ogos ini, pihak pemerintah berputih mata cuba menanamkan rasa bangga di kalangan rakyat Malaysia dengan kemerdekaan yang telah diberikan oleh British ini. Walaupun memang terdapat segelintir rakyat yang betul-betul bangga dengan kebebasan yang telah dikecapi, namun sebahagian besar rakyat nampaknya mesti 'dipaksa' untuk berbangga dengan kemerdekaan yang diperolehi. Seperti biasa, media massa merupakan alat yang cukup efektif untuk memainkan peranan penting ini. Sautun Nahdhah kali ini akan mengupas samada umat Islam patut merasa bangga dengan sebuah kemerdekaan yang telah 'dihadiahkan' oleh British ini sedangkan umat Islam di seluruh dunia masih berada di dalam perpecahan dan kehinaan, hasil dari pemerintahan sekular yang diwarisi dari penjajah kufur Barat. SN juga akan membincangkan apakah makna sebenar 'kemerdekaan' bagi umat Islam, tanpa mengira di negara manakah mereka berada.

Apa yang Hendak Dibanggakan?

Seperti tahun-tahun yang telah berlalu, sambutan kemerdekaan tahun ini sekali lagi diraikan dalam suasana negara yang masih berhadapan dengan pelbagai masalah. Kes-kes jenayah terutama penyalahgunaan dadah semakin menjadi-jadi. Kes-kes dadah yang pada mulanya hanya merosakkan generasi muda, kini telah menular menjadi satu ancaman kepada seluruh masyarakat dengan munculnya dadah baru seperti syabu. Ia dikatakan lebih merbahaya kerana menyebabkan penagih hilang pertimbangan dan mengalami halusinasi yang seterusnya menyebabkan penagih menyerang orang-orang di sekelilingnya. Lebih mendukacitakan, kebanyakan penagih terdiri dari golongan muda yang beragama Islam. Selain itu, kes murtad turut menghangatkan negara dengan angka yang begitu mengerikan. Banggakah kita menyambut kemerdekaan dengan fenomena sebegini?

Jika diteliti dengan mendalam, kebanyakan umat Islam di Malaysia sebenarnya sejak era penjajahan hingga sekarang, hidup dalam suasana yang amat menyedihkan. Semasa pemerintahan British, umat Islam ketika itu terpaksa menanggung tekanan kedaifan hidup disebabkan oleh kekayaan negara yang disedut sehabis-habisnya oleh si kafir penjajah. Kebencian dan kejahatan British kepada umat Islam begitu terserlah di mana kaum Muslimin betul-betul diatur oleh British agar terus berada di dalam kemunduran dan kehinaan. British pada waktu itu melaksanakan satu sistem yang dikenali sebagai 'pecah dan perintah' (divide and rule) menyaksikan umat Islam dipinggirkan, ditempatkan di kampung-kampung, dibiarkan, didiskriminasi dari segi peluang pekerjaan dan sebagainya. Sebaliknya orang bukan Islam diberi penempatan di bandar-bandar dan diberi peluang pekerjaan yang lebih baik. Namun demikian, dalam masa yang sama, British melatih dan menanamkan kepada umat Islam rasa 'sayang dan hormat' kepada mereka. Sesiapa yang ingin berkhidmat dengan tentera British akan 'dimuliakan' oleh mereka dan 'dijaga' dengan baik. Sesiapa yang taat kepada British, khasnya para pemimpin yang menyanjung tinggi nilai-nilai mereka, akan dilayan dan diberi kedudukan istimewa.

Keadaan umat Islam di Tanah Melayu, khususnya dalam bidang ekonomi ketika itu sangat mundur berbanding dengan kaum-kaum lain. Menurut perkiraan kasar, penjajah membolot 60% daripada kekayaan negarasementara yang baki dimiliki oleh bukan Islam. Manakala orang-orang Melayu-Islam hanya memegang 1% sahaja daripada kekayaan ekonomi negara. Di bandar-bandar pula, biasanya tidak ada satu kedai pun yang dimiliki oleh orang Islam. Semua perniagaan dimiliki dan diusahakan oleh orang bukan Islam, khasnya kaum Cina. Golongan pekerja, selain daripada pemandu kereta dan budak pejabat, semuanya terdiri daripada bukan Islam. Majoriti orang Melayu-Islam menjadi penanam padi atau nelayan kecil dengan pendapatan yang amat rendah sekali. Umat Islam yang tidak bekerjasama dengan British rata-rata menderita di bumi sendiri. Inilah keadaan ayah-ayah, ibu-ibu dan datuk nenek kita dahulu.

Apakah keadaan itu telah benar-benar terhapus ketika ini? Jika difikirkan sedalam-dalamnya, umat Islam sebenarnya sedang melalui proses penderitaan yang hampir sama dengan apa yang dialami oleh generasi terdahulu, malah lebih buruk lagi. Umat Islam sekarang menjadi hamba kepada hawa nafsu dan menjadi hamba kepada taghut. Sejak penjajahan, umat Islam tidak lagi bangkit dan tidak pernah merdeka dari ideologi hidup yang telah ditanam oleh British. Jika dulu umat Islam 'bekerja untuk hidup' dengan jalan yang diredhai oleh Allah, tetapi setelah kedatangan British, apatah lagi sekarang, umat Islam 'hidup untuk bekerja', mencari kekayaan dunia tanpa menghiraukan lagi untuk apakah Allah menghidupkan dia di dunia ini. Masa dan tenaga betul-betul dimanfaatkan untuk mencari kekayaan duniawi, sehingga tiada masa diperuntukkan untuk Islam. Jika dulu manusia berhukum dengan hukum dari Allah, tetapi setelah penjajahan British, manusia berhukum dengan hukum dari British. Inilah antara ideologi kufur Kapitalis yang dibawa dan ditinggalkan oleh British dan sedang diamalkan oleh negara-negara umat Islam ketika ini. Banggakah kita dengan hukum kufur yang masih mendominasi kehidupan kita hari ini?

49 Tahun yang Terbelenggu, Merdekakah Kita?

49 tahun adalah tempoh masa yang lama. Jika kita menanam buah durian, telah bermusim hasilnya dikecapi, berelung-relung padi telah dituai, tetapi mengapakah umat Islam masih belum bangkit? Ke manakah hilangnya kekayaan negara yang melimpah ruah yang Allah anugerahkan? Mengapa masih ada yang menderita kemiskinan? Mengapa masih ada yang rumahnya hanya menunggu roboh tanpa dipedulikan? Mengapa rancangan 'Bersamamu TV3' boleh ada? Mengapa wang berjuta ringgit boleh dilaburkan untuk pesta 'kongsi raya' yang haram itu, walhal pada masa yang sama terdapat rakyat yang tidak cukup makan? Berapa ramai rakyat yang makan makanan tidak berkhasiat walhal dalam masa yang sama para pemimpin menikmati hidangan lazat yang tidak putus-putus? Ke mana hilangnya wang zakat yang berjuta-juta ringgit jumlahnya setiap tahun yang jika betul-betul diagihkan, mustahil akan ada kemiskinan? Umat Islam kini betul-betul terbelenggu...

Sebenarnya seribu lagi persoalan boleh dilontarkan untuk menunjukkan 'lingkaran penderitaan' yang dialami oleh umat Islam hari ini. Apakah yang tidak kena? Jika dulu Khalifah Umar Bin Abdul Aziz hanya mengambil masa 3 tahun untuk menghapuskan kemiskinan seluruh wilayah Islam bahkan sehingga ke utara benua Afrika, walhal ketika itu, satu-satunya jalan perhubungan adalah dengan menaiki unta atau kuda, mengapakah umat Islam di Malaysia, sehingga kini masih lagi ada yang miskin? Padahal, teknologi pengangkutan, komunikasi dan sebagainya ketika ini jauh lebih canggih dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Jawapannya - kerana hukum Allah tidak diterapkan. Anugerah Allah amatlah luas, namun pengagihannya tidak sebagaimana yang Allah perintahkan. Ideologi kotor Kapitalis yang meresapi kebanyakan para pemimpin dan golongan yang kaya-raya menyebabkan mereka hidup atas dasar manfaat, bukan meraih redha Allah. Mereka dibelenggu dengan pemikiran-pemikiran kufur dalam segala aspek kerana manfaat dunialah yang menjadi agenda perjuangan, bukannya redha Allah dan syurgaNya.

Wahai kaum Muslimin! Selagi pemikiran kufur Kapitalis inilah yang mendominasi sistem kehidupan kalian, maka selagi itulah kita akan menyaksikan penderitaan umat Islam tidak akan berakhir. Oleh itu, kalian wajib berjuang untuk membebaskan belenggu kekufuran yang ada dengan menggantikannya dengan satu sistem yang diredhai dan dirahmati Allah. Kalian bertanggungjawab untuk mengubah keadaan ini kepada keadaan yang Allah kehendaki, dan Allah tidak akan mengubah kalian kecuali kalian sendirilah yang berbuat demikian, Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sehingga kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka" [TMQ Ar Ra'd (13):11].

Siapakah Pejuang Kemerdekaan Sebenar?

Setiap tahun pasti ada segmen samada di televisyen atau akhbar-akhbar tempatan yang menampilkan beberapa orang 'pejuang' kemerdekaan untuk tatapan generasi yang lahir sesudah merdeka, agar mengenali dan menginsafi kepayahan mendapatkan sebuah kebebasan. Mereka ditemuramah dan diminta menceritakan kisah perjuangan mereka sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Tidak kurang, sejarah beberapa orang tokoh yang telah kecundang turut dikisahkan. Jika dulu kisah-kisah seperti Leftenan Muda Adnan dan Bukit Kepong sering diketengahkan setiap kali menjelang hari kemerdekaan, kini kehangatannya sudah semakin pudar seiring dengan pudarnya semangat kemerdekaan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia. Mungkin juga kerana rakyat Malaysia khasnya umat Islam mula menyedari bahawa Tanah Melayu sebenarnya memperolehi kemerdekaan tanpa menumpahkan setitis darah pun. Kemerdekaan yang diperolehi sesungguhnya adalah melalui proses 'rundingan' yang dilakukan oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman dengan pemerintah British ketika itu. Sejarah menceritakan kepada kita bagaimana Tunku Abdul Rahman berulang-alik ke kota London untuk 'menagih' sebuah kemerdekaan yang sememangnya telah dirancang oleh British. Setelah British berpuas hati bahawa segala cara hidup, undang-undang dan juga sistem kufur ciptaan mereka akan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin Tanah Melayu, maka British dengan senang hati dan bangga 'menghadiahkan' sebuah kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Wahai kaum Muslimin! Kajilah dengan minda yang jernih dan kalian akan menyedari bahawa sebenarnya Leftenan Muda Adnan adalah seorang askar Melayu yang berjuang mempertahankan Bukit Candu dari serangan Jepun pada 13 Februari 1942 di atas tiket tentera British dan bukannya menentang Jepun untuk mendapat kemerdekaan, tetapi untuk mempertahankan British. Begitu juga dengan peristiwa Bukit Kepong yang sebenarnya tidak ada kaitan dengan perjuangan kemerdekaan. Kakitangan polis dibawah naungan British pada waktu itu terpaksa berjuang untuk mempertahankan diri masing-masing di Berek Polis Bukit Kepong yang diserang oleh Komunis yang diketuai oleh Muhammad Indera dengan kekuatan 200 orang anggota. Peristiwa berdarah ini berlaku pada pukul 5.00 pagi tanggal 23 Februari 1950 dan mengakibatkan seramai 50 orang terbunuh. Perjuangan mereka ini pada hakikatnya bukanlah untuk kemerdekaan seperti yang disangkakan ramai. Hakikatnya, perjuangan mereka ini adalah mengatas namakan British dan pemerintahannya di Tanah Melayu.

Inilah kejayaan British. Mereka berjaya menanamkan konsep bahawa sesiapa sahaja yang menjadi musuh British, maka ia adalah musuh kita. Kita amat membenci Jepun, begitu juga Komunis, tetapi kita amat sayang kepada British, walhal mereka inilah yang memecahbelahkan kita dan menjadi penjajah yang lebih dahulu dan lebih lama menjajah kita daripada Jepun atau Komunis. Berlaksa-laksa emas kita, timah kita, bijih besi kita dan lain-lain sumber alam kita yang mereka rampas, kemudian kita berterima kasih kepada mereka kerana menganugerahkan kita sebuah 'kemerdekaan'!

Tidakkah kita sedar bahawa walaupun penjajahan telah berakhir, namun British masih berjaya meletakkan dirinya sebagai tuan kepada semua negara bekas jajahannya melalui kewujudan negara-negara Commonwealth, yang tak lain tak bukan bertujuan memperingati 'ketuanan' British suatu waktu dulu. Dalam aspek lain, ternyata ketuanan British sampai sekarang masih ada di hati sebahagian dari umat Islam. Rasa bangga apabila dapat belajar di negeri penjajah masih menebal di kalangan masyarakat. Rasa bangga apabila dapat menguasai bahasa penjajah juga masih berlegar dalam masyarakat. Rasa bangga dengan kemerdekaan yang mereka hadiahkan kepada kita masih sampai sekarang dirasai dan dira'i! Inilah kejayaan British.

Wahai kaum Muslimin! Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam telah berjaya membuka kota Mekah pada tahun ke-8 Hijriyyah. Rasulullah telah mengeluarkan umat manusia dari kegelapan menuju cahaya. Baginda berjaya membebaskan manusia yang ada di Mekah pada waktu itu yang masih terbelenggu dengan sistem Jahiliyyah dan menggantikannya dengan sistem Islam. Rasulullah dan para sahabat seterusnya berjaya melepaskan satu demi satu negara yang dikongkong dengan penyembahan kepada taghut dan memimpin mereka kepada penyembahan kepada Allah. Khalifah Umar Al Khattab radhiAllahu 'anhu telah membuka kota Baitul Muqaddis, kiblat pertama umat Islam yang di dalamnya terdapat Masjid Al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga mulianya di sisi Islam. Sultan Muhammad Al Fatih telah membuka Constantinople (Istanbul) dan Allah telah memberi kemuliaan kepada beliau melalui sabda Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam,

"Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya" [HR Ahmad].

Ramai lagi para para pemimpin Islam yang telah melakukan perkara yang sama, samada di zaman pemerintahan Bani Umayyah, Abbasiyyah mahupun Uthmaniah. Salahuddin Al-Ayubi, seorang tokoh yang sukar dicari ganti yang telah melancarkan banyak jihad untuk membebaskan manusia dari kegelapan dan kezaliman pemerintahan kufur menuju pemerintahan Islam. Pembebasan Baitul Muqaddis merupakan sejarah harum yang telah dilakukan oleh beliau. Panglima Islam, Rabi' bin Amir, di dalam misi jihadnya ke Parsi, dengan tegas dan beraninya menyatakan kepada Rustam, Ketua Panglima perang Parsi,

"Sesungguhnya Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan kepada Allah, dari kezaliman agama-agama yang ada menuju keadilan Islam, dan dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat."

Di sepanjang pemerintahan mereka, para Khalifah Islam tak putus-putus melancarkan jihad dan membuka serta membebaskan manusia daripada belenggu sistem hidup kufur kepada sistem hidup Islam. Tokoh-tokoh inilah yang merupakan pejuang kemerdekaan sebenar. Mereka membebaskan negara-negara kerana Allah, mereka memerdekakan negara-negara kerana mengikuti Rasulullah dan mereka berjuang demi meninggikan kalimat Allah, bukan berjuang mempertahankan musuh dan sistem kufur. Mereka ini juga bukan merupakan 'pejuang kebangsaan', tetapi merekalah 'pejuang Islam' yang dirahmati Allah. Tokoh-tokoh inilah yang sepatutnya dibanggakan dan diikuti oleh kita kaum Muslimin. Mereka membebaskan umat manusia dan membawanya menuju kebangkitan dan kemuliaan, hanya dengan Islam.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Umat Islam wajib dimerdekakan dari sistem kufur yang membelenggu mereka. Kemerdekaan yang sebenar adalah kembalinya umat Islam ke pangkuan Islam sepenuhnya, keluarnya umat Islam dari mengabdikan diri kepada sistem buatan manusia, kepada sistem ciptaan Tuhan manusia. Keluarnya British dari Tanah Melayu tidak bermaksud yang kita telah merdeka. Secara fizikalnya British memang telah kembali ke negara mereka, tetapi penjajahan yang lebih dahsyat masih lagi berlaku iaitu dari segi pemikiran. Pemikiran umat Islam hari ini masih lagi dijajah. 'Orang' British telah pergi, tetapi 'cara hidup' British masih berjalan dan diamalkan. 'Pemimpin' British telah balik, tetapi pemimpin yang berpemikiran British masih ramai, 'Pemerintah' British telah tiada, tetapi undang-undang British masih kekal hingga sekarang. Inilah hakikat penjajahan yang masih berlaku di Malaysia di mana sistem kufur British masih lagi 'berkuasa penuh'. Walau tiada seorang pun yang berambut perang dan bermata biru di dalam kabinet Malaysia, namun sistem mereka masih tetap 'diwarisi' dan digenggam erat.

Wahai kaum Muslimin! Kalian perlu merdeka dari seluruh ikatan-ikatan kufur yang mengikat kalian. Ikatan assabiyyah (perkauman), wathaniyyah (patriotisme) , liberalisme, sekularisme, pluralisme dan bermacam-macam 'isme' lain lagi merupakan ikatan-ikatan kufur yang masih membelenggu kalian. Ikatan-ikatan inilah yang menyebabkan kalian berpecahbelah dan menjadi semakin lemah, dan inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh kalian. Dengan itu, mereka boleh membantai Lebanon dengan sesuka hati, menumpahkan darah di Palestin semahu mereka, menyiksa kaum Muslimin di Abu Gharib sesuka hati mereka dan bermacam-macam lagi penganiayaan ke atas umat Islam. Mereka tahu bahawa umat Islam di seluruh dunia, khasnya para pemimpin, hanya akan menjadi penonton kepada kekejaman mereka. Mereka tahu bahawa pemimpin Indonesia hanya akan berdoa, pemimpin Malaysia hanya akan bersolat hajat, pemimpin Arab hanya akan membisu, pemimpin Pakistan akan bersama mereka, pemimpin Turki hanya sekadar mengecam dan begitulah seterusnya.

Wahai kaum Muslimin! Sanggupkah kalian berpesta menyambut kemerdekaan yang hanyalah merupakan satu pendustaan penjajah sedangkan penderitaan yang menimpa saudara-saudara kalian masih tidak kunjung padam? Sanggupkah kalian bergembira menyaksikan perarakan yang menelan berjuta-juta ringgit wang rakyat sedangkan jumlah rakyat yang masih miskin dan menderita seringkali tidak dihiraukan? Bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk memelihara rakyat yang menjadi kewajipan ke atas setiap pemimpin? Sanggupkah kalian beristirehat menonton televisyen sempena kemerdekaan sedangkan Allah memerintahkan kalian untuk berjuang menzahirkan agamaNya di muka bumi? Sanggupkah kalian taat dan tunduk patuh kepada sistem kufur yang ada sekarang kerana telah memberi sedikit kenikmatan dunia kepada kalian sedangkan pada waktu yang sama kalian membelakangi kalimat Allah dan RasulNya?

Wahai kaum Muslimin! Janganlah kalian hanya ternanti-nanti munculnya para pejuang kemerdekaan Islam yang sebenarnya. Kita wajib berusaha untuk mengembalikan kehidupan Islam (isti'naful hayatil Islamiyyah) dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah yang akan memerdekakan kita. Kita dan saudara-saudara kita di seluruh dunia sesungguhnya benar-benar terdesak memerlukan seorang Khalifah yang akan mempersatukan kita semua di bawah Daulah Islamiyyah yang akan membebaskan Palestin dari cengkaman Israel, yang akan membebaskan Iraq dari cengkaman Amerika, yang akan membebaskan Afganistan dari Amerika, yang akan membebaskan Pakistan dari si pengkhianat Islam, Pervez Musharraf, yang akan membebaskan Uzbekistan dari pembunuh kejam, Islam Karimov dan yang akan memerdekakan seluruh negeri kaum Muslimin yang lainnya dari cengkaman Barat dan kuncu-kuncunya serta sistem-sistemnya. Semoga Allah membuka hati-hati kalian untuk berjuang bersama kami, Hizbut Tahrir (Parti Pembebasan) di dalam usaha untuk membebaskan manusia dan dunia ini dari cengkaman kekufuran menuju rahmat Allah melalui menegakkan kembali Khilafah Rashidah 'ala minhaj nubuwwah.

Wallahu a'lam.

0 komentar:

Agenda Harian

Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yang bisa dilakukan

1. Agenda pada sepertiga malam akhir

a. Menunaikan shalat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud di dalamnya,

b. Menunaikan shalat witir

c. Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh

Rasulullah saw bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”. (HR. Bukhari Muslim)


2. Agenda Setelah Terbit Fajar

a. Menjawab seruan azan untuk shalat subuh

” الَّلهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ “

“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, shalat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)

b. Menunaikan shalat sunnah fajar di rumah dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

“Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya”. (Muslim)

وَ قَدْ قَرَأَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِي رَكْعَتَي الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدَ

“Nabi saw pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”.

c. Menunaikan shalat subuh berjamaah di masjid –khususnya- bagi laki-laki.

Rasulullah saw bersabda:

وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِي الْعَتْمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh” (Muttafaqun alaih)

بَشِّرِ الْمَشَّائِيْنَ فِي الظّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berikanlah kabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. (Tirmidzi dan ibnu Majah)

d. Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat shalat

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ

“Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak” (Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)

e. Duduk di masjid bagi laki-laki /mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca dzikir waktu pagi

Dalam hadits nabi disebutkan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إَذَا صَلَّى الْفَجْرَ تَرَبَّعَ فِي مَجْلِسِهِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ الْحَسَنَاءُ

” Nabi saw jika selesai shalat fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”. (Muslim)

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat). (Al-Isra : 78) Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

3. Menunaikan shalat Dhuha walau hanya dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

“Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan shalat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”. (Bukhari dan Muslim)

4. Berangkat kerja atau belajar dengan berharap karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمِلِ يَدِهِ، وَكَانَ دَاوُدُ لا يَأْكُلُ إِلا مِنْ عَمِلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya sendiri”. (Bukhari)

Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga”. (Muslim)

d. Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari

Allah berfirman :

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi tenang” (Ra’ad : 28)

Rasulullah saw bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهَ أَنْ تَمُوْتَ ولسانُك رَطْبٌ من ذِكْرِ الله

“Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada Allah” (Thabrani dan Ibnu Hibban) .

5. Agenda saat shalat Zhuhur

a. Menjawab azan untuk shalat Zhuhur, lalu menunaikan shalat Zhuhur berjamaah di Masjid khususnya bagi laki-laki

b. Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zhuhur 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zhuhur

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang shalat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di surga”. (Muslim).

6. Agenda saat dan setelah shalat Ashar

a. Menjawab azan untuk shalat Ashar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan shalat Ashar secara berjamaah di masjid

b. Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada)

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

“Barangsiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”. (Thabrani – hasan shahih)

c. Istirahat sejenak dengan niat yang karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

وَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقٌّ

“Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”.

Agenda prioritas:

Membaca Al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang berlimpah insya Allah.

7. Agenda sebelum Maghrib

a. Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran

b. Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media

c. Menyibukkan diri dengan doa

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah”

8. Agenda setelah terbenam matahari

a. Menjawab azan untuk shalat Maghrib

b. Menunaikan shalat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi laki-laki)

c. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat

d. Membaca dzikir sore

e. Mempersiapkan diri untuk shalat Isya lalu melangkahkan kaki menuju masjid

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

“Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)

9. Agenda pada waktu shalat Isya

a. Menjawab azan untuk shalat Isya kemudian menunaikan shalat Isya secara jamaah di masjid

b. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat

c. Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim

d. Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid

e. Dakwah melalui media atau lainnya

f. Melakukan mudzakarah

g. Menghafal Al-Quran

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan berlimpah insya Allah.


Apa yang kita jelaskan di sini merupakan contoh, sehingga tidak harus sama persis dengan yang kami sampaikan, kondisional tergantung masing-masing individu. Semoga ikhtiar ini bisa memandu kita untuk optimalisasi ibadah insya Allah. Allahu a’lam

Jazaakillah

Sedikit revisi dari : http://www.al-ikhwan.net/agenda-harian-ramadhan-menuju-bahagia-di-bulan-ramadhan-2989/

Isi Blog

Popular Posts

Diberdayakan oleh Blogger.