Pemindahan Teknologi



Pada masa kini terdapat banyak perbincangan berkenaan pemindahan teknologi kepada negara-negara sedang membangun. Sudah menjadi kenyataan bahawa teknologi industri di dunia begitu buruk. Terdapat ketidakseimbangan dalam memiliki teknologi antara pelbagai negara di dunia ini. Ini wujud kerana adanya konsep imperialistik yang menguasai teknologi dan tertumpu kepada segelintir negara tertentu. Selain daripada itu, ada jurang yang memisahkan antara negara industri maju dengan bukan industri.

Teknologi adalah penting untuk kerajaan sesebuah negara pada masa kini kerana kekuatan sesebuah negara sama ada dalam aspek ketenteraan atau ekonomi banyak bergantung kepada kemajuan teknologinya. Oleh itu negara yang lebih maju teknologinya akan menjadi lebih bebas dan berdikari. Pemindahan teknologi ini juga dikatakan berlaku antara Malaysia dengan negara-negara asing contohnya baru-baru ini, Tentera Laut Malaysia ingin memiliki 27 buah kapal canggih dan beberapa buah negara seperti Australia dan Britain mendakwa mereka boleh menjual kapal-kapal tersebut dan memindahkan teknologi mereka kepada Malaysia.

Apakah yag dimaksudkan dengan pemindahan teknologi? Adakah negara-negara perindustrian seperti Amerika dan Jepun sanggup memberi maklumat teknologi sulit atau rahsia atas kehendak mereka sendiri kepada negara-negara membangun? Untuk menjawab persoalan-peersoalan ini, pertimbangan mesti dibuat ke atas persaingan antara negara-negara perindustrian yang merebut pasaran untuk produk-produk mereka.

Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika cuba menghalang sekutu-sekutunya dari menghasilkan senjata nuklear dan atom. Oleh itu, Amerika menghalang rahsia-rahsianya dari sampai ke tangan Britain. Presiden Amerika, Johnson, juga menghalang Perancis daripada membeli komputer-komputer canggih yang menyebabkan program senjata nuklear Perancis tertangguh selama 2 tahun. Tujuan Amerika berbuat demikian ialah kerana ia mahu semua sekutu-sekutunya berada di bawah perlindungannya dan Amerika boleh mengambil kesempatan ini untuk menekan mereka. Dalm bulan Ogos 1943, Roosevelt (Presiden Amerika) dan Winston Churchill (Perdana Menteri Britain) menandatangani perjanjian di Quebec, Kanada, di mana Britain mengenepikan hak-haknya untuk menjual, menghasilkan dan membangunkan senjata-senjata atom selepas Perang Dunia Kedua. Oleh itu , Britain menjalankan kerja-kerja dalam bidang senjata atom dan nuklear di bawah kebenaran dan pengawasan Amerika.

Perjanjian ini merupakan sebahagian daripada harga yang mesti dibayar oleh Britain kerana melibatkan Amerika dalam Perang Dunia Kedua yang hampir membawa kemusnahan kepada Britain jika tidak dibantu oleh Amerika.

Presiden Amerika, Jimmy Carter, memulakan penggalnya dengan mengenakan tekanan ke atas negara-negara nuklear yang lain supaya menghentikan import ke atas uranium padahal Amerika sendiri membekalkan separuh daripada keperluan negara-negara bukan komunis. Amerika juga berkempen menentang reaktor-reaktor pembiak pantas (fast breeder) kerana Amerika bimbang tentang begitu mudahnya mendapat bahan untuk senjata atom. Amerika dikatakan berbuat demikian untuk menghalang Eropah dari mengatasinya dalam bidang pemprosesan bahan api. Amerika juga akan dapat menyimpan uranium yang tidak diperlukan disebabkan oleh reaktor-reaktor pembiak biasa. Amerika juga menekan Perancis dan Jerman untuk menghalang penjualan reaktor nuklear kepada Iran, Pakistan dan Brazil. Amerika mencadangkan kepada negara-negara ini bahawa ia akan membekalkan mereka dengan reaktor-reaktor buatan Amerika. Hasilnya pada penghujung 1970an, Amerika menguasai 70% daripada jualan reaktor dunia. Dalam bidang komputer, syarikat gergasi Amerika, IBM, bertanggungjawab terhadap 60% jualan di dunia. Pendekata, Amerika mahu menguasai pasaran ekonomi dunia.

Persaingan sengit juga berlaku antara negara-negara industri terutama negara kuasa besar seperti Amerika dan Rusia. Walaupun Rusia memfokuskan kepakarannya dalm bidang persenjataan dan teknologi angkasa lepas, Rusia mempunyai banyak kelemahan. Contohnya, Rusia ketinggalan dibelakang Amerika dalam bidang teknologi komputer. Oleh itu, Rusia telah mengimport dari Amerika beberapa jenis komputer yang digunakan dalam aktiviti cari gali minyak. Industri Rusia juga ketinggalan dibelakang industri Amerika dalam bidang tertentu contohnya industri kereta dan reaktor nuklear. Sungguhpun demikian faktor politik memainkan peranan utama, Oleh itu, Finland dan Libya telah membeli reaktor-reaktor atom dari Rusia kerana hubungan yang baik antara mereka. Amerika dan Rusia masih menyimpan rahsia industri dan teknologi. Sejak dari dahulu hingga kini mereka gemar mengintip rahsia teknologi pihak lain dengan pelbagai cara. Oleh itu, apabila seorang juruterbang Rusia melarikan diri dengan jet pejuang MiG-25 ke Jepun, saintis Amerika membuka satu persatu jet itu dan mengkaji untuk melihat sejauh mana kemajuan Rusia. Rusia juga berbuat demikian dengan membeli barang-barang Amerika tanpa syak lagi melalui Britain, Jerman dan Perancis untuk mengkajinya.

Dalam persaingan pasaran antarabangsa, sebaik sahaja Perang Dunia Kedua tamat, keadaan ekonomi Eropah begitu tenat manakala Amerika pula tidak begitu terjejas. Amerika membantu Eropah dengan mengemukakan rancangan Marshall dan turut membantu membangunkan semula Jepun. Oleh itu, dalam tahun 1950an, barang-barang Amerika menguasai sebahagian besar pasaran dan hanya di akhir tahun-tahun 1960an, Eropah dan Jepun mula bersaing dengan Amerika bukan sahaja dalam pasaran dunia tetapi bersaing di pasaran Amerika sendiri. Barang-barang Eropah dan Jepun mula dilonggokkan dalam pasaran Amerika seperti kereta, keluli dan barangan elektronik.

Banyak permasalahan dan perbezaan antara sesama negara industri apalagi dengan negara bukan industri. Ini dapat dilihat dari fakta yang telah dibentangkan di atas tadi. Yang menarik daripada keadaan itu ialah bukan perbezaannya, tetapi persaingan yang timbul antara negara industri tersebut dalam merebut pasaran teknologi di negeri-negeri Dunia Ketiga. Aktiviti pasaran adalah suatu yang harus dibincangkan dalam perkaitan dengan pengeluaran teknologi. Fenomena yang timbul daripada persaingan tersebut ialah kemunculan pengkalan industri maju. Kita sepatutnya bertanya: Apakah yang ada disebalik semuanya ini? Sebab jika dilihat dari kemampuan negeri tersebut memdirikan industri maka kita boleh mengatakan bahawa ia adalah suatu yang mustahil dapat dilakukan, tambahan pula industri yang didirikan itu berteknologi tinggi.

Teknologi adalah usaha untuk mengemukakan jirim dalam pelbagai bentuk untuk memenuhi keperluan manusia dan untuk meningkatkan taraf kehidupannya, contohnya ilmu tentang sifat separa pengalir (semikonduktor) membolehkan penghasilan transistor, radio dan pelbagai peralatan elektronik yang lain seperti radar dan komputer. Aspek-aspek kejuruteraan bagi teknologi boleh dibahagikan kepada empat peringkat:

(a)Rekabentuk
(b)Pengilangan
(c)Pengendalian dan
(d)Penyelengaraan.

Setiap satu daripada proses ini memerlukan tahap teknologi dan ilmu yang tertentu berdasarkan kepada barangan yang hendak dihasilkan oleh sesuatu industri. Maka dalam negara-negara bukan perindustrian yang mengimport barang-barang berteknologi, mereka memerlukan pakar-pakar terlatih untuk mengendalikan peralatan itu. Contohnya, seorang juruterbang sama ada awam atau tentera memerlukan latihan yang lama. Ini bermakna negaranya akan membuat perbelanjaan besar untuk melatihnya sehinggalah dia memiliki kepakaran untuk mengawal kapalterbang. Begitu juga dengan sistem kuasa elektrik dan untuk stesen penghantaran (transmission) melalui satelit yang semuanya perlu dikendalikan oleh mereka yang sudah lama menjalani latihan yang sukar. Komputer-komputer juga perlu dikendalikan oleh mereka yang memahami pelbagai bahasa komputer untuk membolehkan mereka mengendalikannya.
Ternyata setelah melihat penglibatan negara industri tertentu dan menganalisis sedikit daripada kacamata politik, maka dapat disimpulkan bahawa negeri ini hanya sebagai batu loncatan kepada negara industri tertentu yang bersaing untuk merebut kawasan dan pengaruh pasaran industri.

Apabila negara-negara perindustrian membicarakan tentang pemindahan teknologi, apa yang mereka maksudkan ialah mewujudkan suasana dan keadaan dalam pelbagai negara supaya mereka dapat memasarkan barang mereka. Bagi sesebuah negara yang tidak mempunyai kuasa elektrik tidak boleh menjadi pasaran yang berpotensi untuk barangan elektrik sungguhpun terdapat orang-orang yang mampu memilikinya. Oleh itu, negara-negara perindustrian akan mewujudkan suasana yang mereka kehendaki dengan membina di negara-negara tersebut stesen janakuasa elektrik walaupun itu bermakna memberi mereka pinjaman kerana ini akan mewujudkan permintaan untuk barangan mereka. Inilah keadaan yang terjadi untuk kebanyakan barangan. Dalam keadaan itu, adalah penting untuk memiliki pakar-pakar seperti jurutera, arkitek, doktor dan lain-lain untuk mengendalikan dan menggunakan barangan yang dikeluarkan oleh negara-negara maju. Negara-negara perindustrian tidak mahu menukar negara-negara yang sedang membangun untuk menjadi pakar supaya mereka (negara sedang membangun) tidak dapat memenuhi pasaran mereka sendiri dan kemudian bersaing dengan negara-negara perindustrian untuk mencari negara-negara berpotensi untuk memasarkan barangan mereka. Satu perkara yang lebih penting lagi ialah jika negara-negara sedang membangun mendapat teknologi yang mencukupi, mereka akan dapat membebaskan diri mereka dari cengkaman pakar-pakar asing.

Sebuah negara perindustrian yang besar (seperti Amerika dan Britain) boleh sama ada membekalkan atau tidak kelengkapan ketenteraan seperti kereta kebal, roket dan kapal terbang atau barangan bukan ketenteraan seperti barangan elektronik yang amat diperlukan oleh sesuatu negara. Oleh itu Bangladesh dibekalkan dengan helikopter-helikopter oleh dunia Barat yang digunakan untuk kerja-kerja menyelamat yang berlaku ketika ia dilanda kebuluran dan baru sahaja berpisah daripada Pakistan. Kebanyakan helikopter itu kemudiannya tidak boleh digunakan dan sesetengahnya tidak dapat digunakan kerana kekurangan barang ganti (spare part) berharga RM2 ringgit sahaja. Peperangan moden memusnahkan beratus-ratus kapal terbang dan kereta kebal setiap hari dan sesebuah negara yang tidak memiliki teknologi akan terlalu bergantung kepada negara pembekal untuk membekalkannya dengan barang ganti ketika diperlukan. Ini boleh menentukan hidup matinya sesebuah negara seperti yang terbukti dalam peperangan Oktober 1973 antara umat Islam dengan Israel. Israel kehilangan banyak kapal terbang dan kereta kebal tetapi dalam kes ini Amerika menghantar bantuan yang besar seperti alat ganti yang diperlukan daripada Stor Tentera Amerika. Jika Amerika tidak berbuat demikian, Israel tidak mampu untuk meneruskan peperangan itu.

Daripada perbincangan yang dibentangkan tadi, dapat dilihat kepalsuan pemindahan teknologi. Jika ada negara maju tertentu memberikan industri tertentu di negara membangun, maka kita umat Islam tahu bahawa mereka bermaksud menanamkan pengaruh di negara itu dan sekitarnya. Selain itu industri yang dibangunkan tersebut berfungsi sebagai senjata dan sistem monopoli dalam mengatasi persaingan produk industri di antara negara-negara industri di pasaran antarabangsa. Pemindahan teknologi hanyalah tipu daya yang tujuannya supaya negeri-negeri membangun mengimport sebanyak mungkin hasil industri dan teknologi mereka serta mengkaburi mata bahawa ia adalah dalam rangka memenuhi keperluan negara tersebut. Inilah penipuan dan persaingan pasaran baru di semua pengkalan industri antara negara-negara maju.

Oleh itu apa yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam ialah mewujudkan dan membangunkan industri-industri berat yang akan membolehkan dunia Islam berdikari dan membebaskannya daripada pergantungan kepada pakar-pakar asing. Ini memerlukan kita mengurangkan perhatian untuk mencari penemuan baru dalam bidang pertanian dan hanya meneruskan kestabilannya. Sebaliknya, umat Islam mesti memberikan tumpuan serius ke arah membangunkan industri-industri berat, membina empangan-empangan hidro elektrik untuk membekalkan kuasa yang banyak, menghasilkan besi dan keluli, menghasilkan kereta, kapal terbang , kapal kereta kebal, traktor dan roket. Inilah jalan sebenar untuk membangunkan pengkalan-pengkalan industri dan teknologi bagi umat Islam.

0 komentar:

Agenda Harian

Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yang bisa dilakukan

1. Agenda pada sepertiga malam akhir

a. Menunaikan shalat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud di dalamnya,

b. Menunaikan shalat witir

c. Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh

Rasulullah saw bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”. (HR. Bukhari Muslim)


2. Agenda Setelah Terbit Fajar

a. Menjawab seruan azan untuk shalat subuh

” الَّلهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ “

“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, shalat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)

b. Menunaikan shalat sunnah fajar di rumah dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

“Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya”. (Muslim)

وَ قَدْ قَرَأَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِي رَكْعَتَي الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدَ

“Nabi saw pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”.

c. Menunaikan shalat subuh berjamaah di masjid –khususnya- bagi laki-laki.

Rasulullah saw bersabda:

وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِي الْعَتْمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh” (Muttafaqun alaih)

بَشِّرِ الْمَشَّائِيْنَ فِي الظّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berikanlah kabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. (Tirmidzi dan ibnu Majah)

d. Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat shalat

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ

“Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak” (Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)

e. Duduk di masjid bagi laki-laki /mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca dzikir waktu pagi

Dalam hadits nabi disebutkan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إَذَا صَلَّى الْفَجْرَ تَرَبَّعَ فِي مَجْلِسِهِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ الْحَسَنَاءُ

” Nabi saw jika selesai shalat fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”. (Muslim)

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat). (Al-Isra : 78) Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

3. Menunaikan shalat Dhuha walau hanya dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

“Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan shalat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”. (Bukhari dan Muslim)

4. Berangkat kerja atau belajar dengan berharap karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمِلِ يَدِهِ، وَكَانَ دَاوُدُ لا يَأْكُلُ إِلا مِنْ عَمِلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya sendiri”. (Bukhari)

Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga”. (Muslim)

d. Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari

Allah berfirman :

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi tenang” (Ra’ad : 28)

Rasulullah saw bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهَ أَنْ تَمُوْتَ ولسانُك رَطْبٌ من ذِكْرِ الله

“Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada Allah” (Thabrani dan Ibnu Hibban) .

5. Agenda saat shalat Zhuhur

a. Menjawab azan untuk shalat Zhuhur, lalu menunaikan shalat Zhuhur berjamaah di Masjid khususnya bagi laki-laki

b. Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zhuhur 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zhuhur

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang shalat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di surga”. (Muslim).

6. Agenda saat dan setelah shalat Ashar

a. Menjawab azan untuk shalat Ashar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan shalat Ashar secara berjamaah di masjid

b. Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada)

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

“Barangsiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”. (Thabrani – hasan shahih)

c. Istirahat sejenak dengan niat yang karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

وَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقٌّ

“Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”.

Agenda prioritas:

Membaca Al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang berlimpah insya Allah.

7. Agenda sebelum Maghrib

a. Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran

b. Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media

c. Menyibukkan diri dengan doa

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah”

8. Agenda setelah terbenam matahari

a. Menjawab azan untuk shalat Maghrib

b. Menunaikan shalat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi laki-laki)

c. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat

d. Membaca dzikir sore

e. Mempersiapkan diri untuk shalat Isya lalu melangkahkan kaki menuju masjid

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

“Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)

9. Agenda pada waktu shalat Isya

a. Menjawab azan untuk shalat Isya kemudian menunaikan shalat Isya secara jamaah di masjid

b. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat

c. Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim

d. Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid

e. Dakwah melalui media atau lainnya

f. Melakukan mudzakarah

g. Menghafal Al-Quran

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan berlimpah insya Allah.


Apa yang kita jelaskan di sini merupakan contoh, sehingga tidak harus sama persis dengan yang kami sampaikan, kondisional tergantung masing-masing individu. Semoga ikhtiar ini bisa memandu kita untuk optimalisasi ibadah insya Allah. Allahu a’lam

Jazaakillah

Sedikit revisi dari : http://www.al-ikhwan.net/agenda-harian-ramadhan-menuju-bahagia-di-bulan-ramadhan-2989/

Isi Blog

Popular Posts

Diberdayakan oleh Blogger.