KETAKUTAN PENGUASA ARAB SAUDI PADA MUSIM HAJI

Setiap kali musim Haji, kita akan dapat saksikan bagaimana khusyuk para jemaah mengerjakan setiap rukun ritual mereka. Para jemaah diingatkan agar sentiasa menjaga kesucian Ka’abah. Mereka akan merasa takjub setiap kali berhadapan dengan Ka’abah kerana di situlah Islam diturunkan. Namun, Islam yang diamalkan ketika berhadapan dengna Ka’bah hanyalah meliputi aspek kerohanian. Padahal, Islam yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala bukan sahaja mencakupi aspek kerohanian tetapi juga aspek politik.

Di rumah Allah inilah tempat bagaimana Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan para sahabat berjuang dan mempertahankan keimanan mereka. Terlalu banyak tempat-tempat di sekitar Mekkah yang menjadi bukti kepada perjuangan ini. Jadi, tidak keterlaluan jika tempat-tempat ini dikatakan mampu membangkitkan emosi lampau generasi awal kaum muslimin yang menghadapi pertentangan yang hebat daripada seluruh masyarakat Jahiliyyah Mekah pada ketika itu. Tidak ada sudut di Mekah yang sunyi daripada penindasan dan penyeksaan kaum kafir Quraisyh ke atas kaum muslimin.

Terdapat satu kawasan di mana sahabat Rasulullah, Bilal bin Rabah ( seorang berketurunan Habsyah yang sekarang di kenali sebagai Ethiopia) pernah diazab oleh seorang pemuka Quraisyh yang bernama Umayyah bin Khalaf. Tempat tersebut telah dilupakan sama sekali kerana tidak dipelihara atau ditandai oleh penguasa Mekkah. Diriwayatkan kawasan tersebut merupakan antara lokasi yang paling panas di kawasan Mekkah. Sekiranya sekeping daging diletakkan di situ, nescaya ia akan masak. Apabila seseorang yang lalu berhampiran kawasan tersebut, ia tidak dapat mengelak daripada merasai bahang yang sangat panas sehingga ia menyedari bahawa itulah tempatnya, iaitu tempat di mana Bilal bin Rabah telah diseksa. Di lokasi sedemikianlah Bilal dibaringkan di dalam keadaan tidak berbaju dengan lehernya terikat. Kemudian seketul batu besar ( diriwayatkan batu tersebut sangat besar, sehingga hampir menyamai sebuah kenderaan ) diletakkan diatas dadanya. Dan Bilal bin Rabah (ra) masih teguh dengan keimanannya. Tetapi malangnya pada hari ini, kebanyakan orang yang lalu lalang tidak menyedari tentang sejarah lokasi tersebut.

Jika para jemaah Haji ditunjukkan tempat-tempat bersejarah ini, tidakkah mereka akan menyaksikan dan merendahkan diri mengenangkan perjuangan yang telah dilalui oleh generasi awal kaum muslimin? Bukankah mereka akan mula mengkaji bentuk perjuangan ideologi yang telah berlaku? Tidakkah mereka akan terfikir bahawa aqidah yang mereka anuti ini merupakan satu bentuk perutusan daripada Allah yang mesti terus di sampaikan kepada umat manusia? Tidakkah mereka menyedari bahawa pada peringkat awal lagi, Islam telah dilihat sebagai ancaman kepada sistem yang ada dan kepada penguasa yang zalim? Tidakkah ini semua akan menyedarkan para jemaah Haji bahawa mereka juga sebenarnya adalah sebahagian daripada hasil perjuangan tersebut ketika melakukan setiap rukun Haji?

Para jemaah Haji juga harus ditunjukkan tempat di mana Khabab bin al Arrat ( ra) ditimpa perisai besi yang dipanaskan ke atas dadanya yang tidak berbaju supaya dia meninggalkan Islam daripada dadanya. Bukankah ini akan menyedarkan seseorang untuk menyiasat dan bertanya, mengapakah terdapat penyeksaan yang sedemikan rupa dan mengapa terdapat rintangan kepada suatu utusan yang sempurna, bahkan terdapat fakta yang menunjukkan utusan ini secara berterusan mencabar semua sistem palsu yang ada di dalam kehidupan ini? Tidakkah ini akan menyebabkan perasaan seseorang itu akan tertarik kepada pergelutan pemikiran dan politik?. Memang benar, jika dia ditunjukkan tempat di mana Rasulullah saw dicela oleh Abu Jahal dan di mana surah Al’Alaq diturunkan, tempat di mana Allah swt memberikan kebenaran kepada Jibrail ( as) untuk membunuh Abu Jahal dan tempat di mana Abu Jahal cuba mencekik Rasulullah saw.

Jika mereka ditunjukkan tempat-tempat tersebut dengan semua kisah ini diterangkan, nescaya bagi yang ikhlas, kalbu mereka akan dipenuhi dengan suatu perasaan sebak dan pemikiran mereka akan segera menyedari bahawa apa yang sebenarnya telah berlaku ialah perjuangan dakwah utusan agung yang kemudiannya menyebabkan tertegaknya suatu ideologi yang menguasai dunia telah berlaku di situ dan para jemaah akan dapat menyedari bahawa mereka merupakan hasil daripada perjuangan tersebut. Minda mereka akan turut tertarik untuk bertanya di manakah menghilangnya ideologi agung itu pada hari ini. Ini akan menimbulkan semangat berjuta-juta jemaah untuk bersemuka dengan penguasa ( penjenayah-penjenayah) yang ada sekarang ini.

Begitu juga, jika mereka ditunjukkan Darul Arqam, iaitu tempat di mana Halaqah-halaqah (pembinaan tsaqafah) dijalankan pada malam hari, atau mereka ditunjukkan laman rumah di mana Saidina Abu Bakar ( ra) biasa membaca Al Quran dengan kuat dan menangis walaupun dia telah dijanjikan perlindungan oleh Allah swt, atau tempat berhampiran dengan Mekkah di mana Rasulullah saw telah dianiaya sehingga menyebabkan darah mengalir hingga ke kaki dan selipar baginda menjadi merah sehingga tidak dapat dibezakan di antara kaki Rasulullah saw dan selipar baginda. Juga tempat di mana baginda hampir dibunuh sebaik sahaja sebelum baginda berhijrah, tempat yang mana menunjukkan keberanian Ali bin Abi Thalib yang sanggup menggantikan tempat Rasulullah saw yang menjadi sasaran pembunuhan. Inilah suasana perjuangan yang harus ditimbulkan di kalangan para jemaah agar mereka dapat sedar dan bangkit. Emosi daripada suasana Haji sangat signifikan untuk mencetuskan gelombang kebangkitan ini di kalangan jemaah Haji dan seterusnya di kalangan kaum muslimin.
Niat jahat regim barat

Kesedaran daripada realiti politik pada masa lalu sudah tentu dapat memberikan gambaran yang sangat kuat di dalam minda para jemaah Haji dan mereka akan segera menunding jari ke arah semua kerajaan dan penguasa yang ada sekarang kerana kegagalan membela ideologi agung ini. Mereka hanyalah boneka dan usaha menegakkan Islam tidak ditentukan oleh mereka walaupun mereka berusaha untuk menidakkan perjuangan Islam.

Sesungguhnya kesedaran umat Islam hari ini dapat dilihat di mana-mana dan akan mengembalikan kehidupan Islam dengan kejayaan yang besar.

Ini menerangkan sebab bagaimana Barat dan agen-agen mereka sentiasa menonjolkan aspek kerohanian Islam semata-mata. Dan semua aspek politik daripadanya telah ditanggalkan sama sekali. Salah satu contoh yang paling baik ialah bagaimana penguasa Arab Saudi menghalang sebarang bentuk perbincangan tentang kaum muslimin sedunia melainkan hanya menumpukan kepada ibadah Haji masing-masing. Padahal hal itu telah menjadi kebiasaan sejak bertahun-tahun yang lalu.

Bahkan para penguasa tersebut telah memberi jaminan kepada Barat bahawa selepas serangan 11 September 2001, semua jemaah Haji akan diperhati dan di kawalselia, dan menyekat semua perbincangan yang bersifat politik. Sedikit demi sedikit, hal itu telah menghalang kemunculan sebarang persoalan di dalam jiwa setiap jemaah tentang punca sebenar penyelewengan yang berlaku di seluruh dunia kaum muslimin. – penguasa yang khianat la’natullah alaih.

Pemeliharaan tempat-tempat yang disebutkan tadi sebenarnya terletak di bawah tanggungjawab mereka yang mengaku menjadi penjaga dan pelindung kaum muslimin. Ini adalah kerana tempat-tempat sedemikian itu menjadi peringatan kepada kaum muslimin supaya api Islam itu akan tetap menyala di dalam hati setiap kaum muslimin dan bahkan menjadi pencetus kepada momentum kebangkitan Islam.
Penipuan ke atas kaum muslimin

Namun begitu, penguasa yang ada pada hari ini tidak lagi melindungi tempat-tempat sedemikian. Bahkan mereka memusnahkan atau menutupi tempat-tempat tersebut dengan niat untuk mengkhianati kaum muslimin lalu mereka memberi alasan bahawa menyimpan tempat-tempat berkenaan akan menimbulkan syirik kepada Allah. Walhal merekalah ibu kepada kepada syirik yang berlaku di seluruh dunia kaum muslimin. Oleh kerana itulah, sejak dari awal mereka mendapat kuasa daripada para kolonialis (British dan Perancis ), pertama sekali yang mereka lakukan ialah dengan membina binaan-binaan konkrit di atas lokasi-lokasi bersejarah di sekitar Ka’bah. Padahal masyarakat ketika itu secara keseluruhannya tidak pernah melakukan amalan-amalan pemujaan di tempat-tempat tersebut dan hanya menziarahinya seperti mana menziarahi kubur.

Jadi, perkara syirik yang para penguasa ini katakan sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh umat ketika itu. Jika betul mereka memusnahkan tempat-tempat tersebut secara ikhlas tanpa sebarang niat yang tidak baik, bagaimana pula mereka hendak menerangkan pembinaan monumen-monumen peringatan berunsur assobiyah yang menggambarkan kisah perjuangan dan kebangkitan tentera Arab menentang Khilafah Islam?. Pada masa yang sama mereka telah memusnahkan tapak berhampiran Uhud yang dipanggil Baqiyah (pusara Uhud) di mana Rasulullah biasanya akan singgah dan membacakan doa, dan juga menjadi peringatan yang bersifat perjuangan ideologikal tentang peperangan Uhud. Mereka telah memusnahkan tempat tersebut dan kemudian menguruskan pemeliharaan monumen peringatan Istana Saud. Jika kita mengembara melalui Riyad, kita akan dapat melihat Istana Masmak – yang mana suatu masa dahulu menjadi ibu pejabat kepada British menjalankan perancangan jahat meruntuhkan Daulah Khilafah Islam. British kemudian berjaya memisahkan Arab Saudi daripada Daulah Khilafah dan kemudian ‘dengan baik hati’ telah menghadiahkan tanah Hijaz kepada Kesultanan Saudi kerana telah memberi sokongan kepada British. Istana tersebut telah dilindungi dan dijaga untuk memelihara monumen-monumen bagi memperingati perjuangan assobiyyah dan sebagai simbol kebanggaan. Rumah Saud ini dilindungi termasuklah juga lubang-lubang bekas tembakan tentera Khilafah Uthmaniah. Lubang-lubang yang terdapat di dinding rumah tersebut dikatakan sebagai kesan perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman Daulah Islam. Sehinggakan Lubang-lubang ini diberikan liputan yang meluas untuk menimbulkan sentimen assobiyyah Arab menentang apa yang dianggap sebagai penjajahan Daulah Islam Uthmaniah.

Keadaan ini telah mendedahkan perkara sebenarnya kepada kaum muslimin. Yang mana pada satu sisi, penguasa ini telah mendakwa peninggalan tanda-tanda perjuangan umat Islam terdahulu boleh membawa kepada syirik kepada Allah dan pada sisi yang lain, mereka membiarkan dan memelihara monumen yang melambangkan assobiyah yang merupakan salah satu daripada fahaman jahiliyyah, dan ini juga mendedahkan bahawa objektif politik mereka di belakang semua keputusan yang dibuat ( menghapuskan tapak peringatan perjuangan Rasulullah saw bukanlah bersifat agama seperti yang mereka dakwa tetapi semata-mata untuk menanggalkan aspek politik daripadanya ).

Kesimpulan

Walaupun ibadah haji telah dilaksanakan selama bertahun-tahun oleh kaum muslimin, tidak ada langsung sentimen melawan di dalam bentuk suatu gerakan besar-besaran daripada sekalian jemaah Haji yang hadir di bumi Mekkah. Demonstrasi oleh sebilangan kecil kaum muslimin ketika mengerjakan Haji tentu tidak memberi apa-apa pengertian bahkan telah dianggap pengacau oleh pihak pentadbir Mekkah. Seharusnya kebangkitan mesti berlaku diperingkat menyeluruh supaya dapat menunjukkan sesuatu yang harus dipandang serius oleh kaum muslimin diseluruh dunia.

Kalau sepanjang zaman pemerintahan Islam, musim haji merupakan tempat berkumpulnya umat Islam bersama Khalifah untuk bersemuka dan berbincang perkara berkaitan kepentingan kaum muslimin, tetapi pada masa ini, pertemuan Haji bukan sahaja hanya memperlihatkan aspek kerohanian di kalangan jemaah, tetapi ia juga menunjukkan dengan jelas sentimen assobiyyah di kalangan jemaah.


0 komentar:

Agenda Harian

Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yang bisa dilakukan

1. Agenda pada sepertiga malam akhir

a. Menunaikan shalat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud di dalamnya,

b. Menunaikan shalat witir

c. Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh

Rasulullah saw bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”. (HR. Bukhari Muslim)


2. Agenda Setelah Terbit Fajar

a. Menjawab seruan azan untuk shalat subuh

” الَّلهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ “

“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, shalat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)

b. Menunaikan shalat sunnah fajar di rumah dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

“Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya”. (Muslim)

وَ قَدْ قَرَأَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِي رَكْعَتَي الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدَ

“Nabi saw pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”.

c. Menunaikan shalat subuh berjamaah di masjid –khususnya- bagi laki-laki.

Rasulullah saw bersabda:

وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِي الْعَتْمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh” (Muttafaqun alaih)

بَشِّرِ الْمَشَّائِيْنَ فِي الظّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berikanlah kabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. (Tirmidzi dan ibnu Majah)

d. Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat shalat

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ

“Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak” (Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)

e. Duduk di masjid bagi laki-laki /mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca dzikir waktu pagi

Dalam hadits nabi disebutkan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إَذَا صَلَّى الْفَجْرَ تَرَبَّعَ فِي مَجْلِسِهِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ الْحَسَنَاءُ

” Nabi saw jika selesai shalat fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”. (Muslim)

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat). (Al-Isra : 78) Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

3. Menunaikan shalat Dhuha walau hanya dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

“Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan shalat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”. (Bukhari dan Muslim)

4. Berangkat kerja atau belajar dengan berharap karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمِلِ يَدِهِ، وَكَانَ دَاوُدُ لا يَأْكُلُ إِلا مِنْ عَمِلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya sendiri”. (Bukhari)

Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga”. (Muslim)

d. Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari

Allah berfirman :

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi tenang” (Ra’ad : 28)

Rasulullah saw bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهَ أَنْ تَمُوْتَ ولسانُك رَطْبٌ من ذِكْرِ الله

“Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada Allah” (Thabrani dan Ibnu Hibban) .

5. Agenda saat shalat Zhuhur

a. Menjawab azan untuk shalat Zhuhur, lalu menunaikan shalat Zhuhur berjamaah di Masjid khususnya bagi laki-laki

b. Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zhuhur 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zhuhur

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang shalat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di surga”. (Muslim).

6. Agenda saat dan setelah shalat Ashar

a. Menjawab azan untuk shalat Ashar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan shalat Ashar secara berjamaah di masjid

b. Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada)

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

“Barangsiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”. (Thabrani – hasan shahih)

c. Istirahat sejenak dengan niat yang karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

وَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقٌّ

“Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”.

Agenda prioritas:

Membaca Al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang berlimpah insya Allah.

7. Agenda sebelum Maghrib

a. Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran

b. Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media

c. Menyibukkan diri dengan doa

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah”

8. Agenda setelah terbenam matahari

a. Menjawab azan untuk shalat Maghrib

b. Menunaikan shalat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi laki-laki)

c. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat

d. Membaca dzikir sore

e. Mempersiapkan diri untuk shalat Isya lalu melangkahkan kaki menuju masjid

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

“Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)

9. Agenda pada waktu shalat Isya

a. Menjawab azan untuk shalat Isya kemudian menunaikan shalat Isya secara jamaah di masjid

b. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat

c. Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim

d. Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid

e. Dakwah melalui media atau lainnya

f. Melakukan mudzakarah

g. Menghafal Al-Quran

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan berlimpah insya Allah.


Apa yang kita jelaskan di sini merupakan contoh, sehingga tidak harus sama persis dengan yang kami sampaikan, kondisional tergantung masing-masing individu. Semoga ikhtiar ini bisa memandu kita untuk optimalisasi ibadah insya Allah. Allahu a’lam

Jazaakillah

Sedikit revisi dari : http://www.al-ikhwan.net/agenda-harian-ramadhan-menuju-bahagia-di-bulan-ramadhan-2989/

Isi Blog

Popular Posts

Diberdayakan oleh Blogger.