PEMBIAYAAN PENDIDIKAN TANGGUNGJAWAB SIAPA ?


Isu hutang pendidikan muncul lagi. Kali ini pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memfailkan saman terhadap 111 peminjam pada Isnin lalu (5/2/07). Ini merupakan kumpulan pertama daripada 1,000 orang peminjam yang telah disenarai hitamkan. Dengan adanya perintah mahkamah nanti, kegagalan peminjam terbabit boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan dan peminjam berhadapan dengan tindakan penjara, diisytihar bankrap dan harta benda disita. Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abdul Ghani, berkata PTPTN sudah menghantar notis tuntutan terhadap 1,000 peminjam terbabit, tetapi mereka tetap berdegil dan masih enggan melunaskan pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan. Nama-nama mereka ini telah dimasukkan ke dalam rekod Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) dan Bris Information Services Sdn. Bhd. (BRIS) yang menyebabkan mereka tidak boleh membuat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan [BH 02/02/07]. Mereka adalah sebahagian daripada 38,484 graduan yang tidak menghubungi PTPTN selepas tamat pengajian pada 1999 walaupun telah diberi notis peringatan terakhir.


Ini semua adalah usaha untuk mendapatkan semula tunggakan hutang berjumlah RM867 juta. Banyak usaha telah dilakukan sebelum ini seperti menyiarkan nama 1,249 pelajar yang gagal melunaskan hutang menerusi beberapa akhbar tempatan [UM 28/03/06], menolak permohonan pinjaman pelajaran anak bagi mereka yang belum melunaskan hutang, dan memutuskan akan melarang 16,000 peminjam ke luar negara melalui Jabatan Imigresen sebagai langkah terakhir jika peminjam tidak menghiraukan notis, surat peringatan dan tindakan mahkamah. [BH 22/04/06]. Sehingga tahun berakhir 2005, PTPTN hanya berjaya mengutip 48.9% atau RM191.8 juta daripada RM391.9 juta yang diberikan kepada 265,611 peminjam. Jumlah tertunggak adalah RM200.1 juta [BH 22/04/06]. Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail berkata jumlah kutipan itu belum mencukupi bagi mengisi semula dana PTPTN untuk memberikan kemudahan pinjaman kepada pelajar lain [UM 11/04/06].


PENDIDIKAN – KEMUDAHAN ATAU BEBANAN?


Berita-berita seperti di atas cukup menyakitkan, samada bagi pihak kerajaan mahupun pelajar, malah bagi pihak ibubapa sekalipun. Bagi kerajaan, setiap penghutang mesti dihukum. Bagi pelajar pula, ia ibarat tangan kanan memberi, manakala tangan kiri pula menikam! Bagi rakyat Malaysia khususnya, isu ini bukanlah satu perkara baru yang memeranjatkan. Ia muncul hampir setiap tahun dan senantiasa diperkatakan. Apa pun, tidak banyak pilihan yang ada, sama ada bagi pelajar atau ibubapa. Ibubapa terpaksa akur demi ingin melihat anak-anak masuk Universiti. Bagi golongan yang berpendapatan rendah, walaupun cukup pedih dengan pinjaman yang dikenakan, tetapi hati tetap terubat dengan melihat kejayaan anak menjejakkan kaki ke menara gading. Bagi para pelajar pula, terpaksa pejam mata bersetuju dengan segala syarat yang dikenakan, jika tidak hancurlah harapan untuk memperolehi segulung ijazah.


Namun demikian, yang menyedihkan kita adalah tidak ramai dari kalangan ibubapa mahupun pelajar itu sendiri melihat dengan mata hati akan apa yang berlaku. Hampir tidak kedengaran munculnya golongan yang mempertikaikan apa yang dilakukan oleh kerajaan, dari segi sama ada tindakan kerajaan ini bertepatan dengan Islam atau tidak. Kebanyakan pihak seolah-olah ‘mengakui’ bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan itu adalah sesuatu yang patut atau dengan kata lain, tidak bersalahan dengan agama. Masing-masing tidak bangkit untuk bertanya, apakah di dalam Islam, sesebuah kerajaan itu berhak mengenakan bayaran sesuka hati ke atas rakyatnya yang ingin menuntut ilmu? Apakah yang dilakukan itu haram atau tidak? Jika haram, apakah kita hanya dituntut berdiam diri menyaksikan keharaman ini, atau kita wajib berusaha untuk menghapuskannya?


Pada masa di mana semua umat Islam beriman dengan hadis Rasulullah bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib, di dalam masa yang sama mereka tidak peka atau bertanya lebih lanjut, kepada siapakah Allah bebankan kewajipan untuk menyediakan segala sarana dan prasarana pendidikan, demi membolehkan umat Islam itu menuntut ilmu? Mereka juga tidak bertanya, apakah Islam yang merupakan satu agama yang sistematik ini tidak mengatur urusan pendidikan umatnya? Adakah Islam tidak membahas semua ini? Inilah padahnya apabila kita hidup dan dibesarkan di dalam sistem kufur ciptaan manusia, sehingga pemikiran kita diracun sepenuhnya oleh cara berfikir yang telah penjajah kafir tanamkan. Rata-rata umat Islam hanya memilih jalan untuk berdiam diri dan pasrah dengan apa yang ada. Mereka tidak mahu mengkaji bagaimanakah sistem pendidikan Islam, apatah lagi berjuang untuk menegakkan kebenarannya. Alangkah jauhnya mereka dari Islam!


Dengan sistem kufur kapitalis yang diamalkan sekarang, pihak pemerintah telah mengenakan bayaran kepada setiap pelajar, dari peringkat rendah, menengah hinggalah ke peringkat universiti. Pendek kata, apabila anak-anak telah mula memasuki alam persekolahan, ibubapa, khasnya yang berpendapatan rendah dan sederhana mula pening kepala. Apa tidaknya, dari peralatan sekolah, buku teks, buku latihan, yuran dan sebagainya semuanya terbeban di atas bahu mereka. Semakin tinggi tingkat persekolahan, semakin besarlah beban tersebut, apatah lagi apabila anak-anak berjaya meneruskan pelajaran hingga ke peringkat universiti. Justeru, tidak hairanlah apabila kita sering mendengar bahawa terdapat ibubapa yang tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah semata-mata kerana tidak mampu membayar perbelanjaan sekolah. Semuanya menjadi satu beban yang berat. Tambah memeritkan bagi peminjam PTPTN, riba sebanyak 4% (1999) atau 3% (2004) dikenakan untuk bayaran balik hutang, walaupun pekerjaan belum tentu dapat diraih. Ini belum lagi peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam akhbar tentang wang pinjaman yang lewat diberikan oleh kerajaan [BH 16/06/06], pelajar terpaksa mengikat perut, makan mee segera, sehingga ada segelintir pelajar melakukan perkara-perkara maksiat untuk menampung perbelanjaan. Isu pembiayaan ini juga memberi kesan kepada ribuan pusat latihan dan kolej swasta yang terpaksa berkubur kerana jumlah pelajar yang semakin berkurangan akibat tiadanya pembiayaan [UM 02/02/06].


Inilah impak nyata dari penerapan sistem kapitalis di dalam negeri umat Islam. Pendidikan yang sepatutnya disediakan oleh negara secara percuma sepenuhnya dan merupakan satu kemudahan serta hak rakyat, kini ia menjadi satu bebanan dan lebih buruk, dicampur dengan unsur-unsur haram di dalamnya. Pemerintah bukan setakat mengenakan bayaran yang tidak sepatutnya, malah mereka mendapat ‘keuntungan’ pula dengan riba yang dikenakan.


PTPTN DAN ALASAN


PTPTN adalah sebuah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan di bawah Akta Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566). PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997. Ia berfungsi untuk mengadakan dan memberikan pinjaman pendidikan berbentuk bantuan kewangan. Ia juga menguruskan perkhidmatan mentadbir, mengawas dan memungut bayaran balik pinjaman serta memungut deposit, merekabentuk dan menyediakan skim simpanan bagi maksud menyimpan bagi tujuan pendidikan tinggi [http://www.ptptn.gov.my].


PTPTN dikatakan kononnya dapat membantu rakyat untuk menampung kos pembelajaran dan sara hidup yang semakin meningkat. Ia sebenarnya adalah satu daripada pelepasan tanggungjawab kerajaan. Semenjak 1990-an, bantuan kewangan kerajaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi telah semakin berubah daripada biasiswa kepada bentuk pinjaman. Selain itu PTPTN telah diserahkan tugas untuk menyalurkan pinjaman kepara pelajar. Perubahan atau peralihan tugas ini dirasakan perlu atas alasan permintaan memasuki pengajian tinggi meningkat dan kerajaan ingin meluaskan peluang melanjutkan pendidikan. Program pinjaman ini dikatakan memberi faedah yang lebih besar. Selain itu ada juga yang mengatakan jika pelajar diberi biasiswa, mereka tidak menghargainya sehingga tidak belajar bersungguh-sungguh dan ada yang mengamalkan corak perbelanjaan yang berlebihan. Ia dikatakan adil kerana pihak yang yang mendapat faedah terbesar secara langsung adalah para pelajar dan ia merupakan satu pelaburan untuk masa hadapan. Ini semua benar jika dilihat dari sudut kacamata Kapitalis. Semua asasnya adalah manfaat dan balasan fizikal.


Kesemua alasan ini hanyalah pengalihan perhatian daripada tanggungjawab kerajaan. Pada hakikatnya jaminan peluang dan biaya pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan sepenuhnya. Ia sepatutnya menyediakan kesemua kemudahan untuk belajar dan membuka peluang kepada setiap individu rakyatnya untuk mendapat pendidikan tanpa batas. Ia adalah sebagai tanggungjawab dan bukannya untuk meraih manfaat. Selain itu alasan tidak menghargai dan berbelanja berlebihan adalah tidak wajar kerana ia adalah kes terpencil. Daripada satu kajian yang dijalankan mengenai pembiayaan dan perbelanjaan pelajar di beberapa buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia pada 2004, daripada 1200 responden, hanya 16% menerima satu sahaja sumber pembiayaan iaitu PTPTN. Ini bermakna mereka tidak ada sumber kewangan yang lain. Selebihnya terpaksa mendapatkan sumber tambahan seperti meminta daripada ibubapa dan keluarga, bekerja sambilan, menggunakan wang simpanan sendiri, pinjaman daripada keluarga dan rakan, wang zakat dan lain-lain. Lebih 27% pelajar mengakui pernah atau sedang bekerja sambilan. Fenomena pelajar bekerja semasa melanjutkan pelajaran akan semakin meningkat dengan meningkatnya kos pendidikan. Pelajar yang tidak mendapat pinjaman PTPTN mengakui mereka menanggung beban kewangan dan mengalami tekanan.


Pendapat yang mengatakan pelajar mengamalkan corak perbelanjaan yang berlebihan juga boleh dipersoalkan. Walaupun ia berlaku kepada pelajar di negara-negara Barat daripada kemudahan mendapat kredit yang telah mewujudkan masalah moral, namun kajian di negara ini menunjukkan bahawa pelajar masih menganggap pinjaman tersebut adalah untuk melanjutkan pengajian dan perbelanjaan mereka tidak ada kaitan dengan sikap toleran terhadap hutang [UM 13/04/06].


Tambahan lagi, mengapa pula perlu dibandingkan pendidikan di Barat dengan pendidikan di dalam negara. Apakah ia hanya sekadar untuk menjustifikasikan tindakan? Namun jika perbandingan benar-benar ingin dilakukan, ia mestilah dibuat dari seluruh aspek, bukan dari satu sudut sahaja. Sebagai contoh, jika dilihat dari sudut pembiayaan pendidikan, sistem pembiayaan pendidikan di Barat dapat dikategorikan kepada empat jenis. Jenis pertama adalah subsidi penuh sehingga pendidikan benar-benar percuma. Contohnya di Jerman dan Austria, pendidikan adalah percuma sejak Sekolah Rendah hingga ke peringkat kedoktoran (PhD). Jenis kedua pula adalah mirip jenis pertama, cuma biaya hanya disediakan di peringkat pendidikan tinggi sahaja dan masa dihadkan contohnya hanya sehingga mencapai umur tertentu atau tempoh pengajian tertentu. Setelah itu, mahasiswa akan dikenakan bayaran jika kelulusannya tertunda. Contoh negara yang menerapkan sistem seperti ini adalah Belanda.


Jenis ketiga adalah pembiayaan pendidikan percuma hanya sehingga peringkat Sekolah Menengah, tetapi peringkat pengajian tinggi dikenakan yuran, walaupun masih bersubsidi. Jenis keempat adalah pendidikan pembiayaan sendiri. Caranya bermacam-macam; ada yang melibatkan komuniti atau alumni, kerjasama dengan industri atau perbankan (kredit pendidikan), atau menjadikan pendidikan sebagai aktiviti komersil. Contoh ini banyak di Amerika, walaupun ada juga model jenis ketiga. Apa yang jelas dari keempat-empat model ini, terdapat model di mana negara menanggung sepenuhnya biaya pendidikan rakyatnya. Persoalannya, jika benar-benar nak merujuk kepada Barat, kenapa ‘model percuma’ ini tidak dijadikan ikutan? Ternyata terdapat sikap ‘double standard’ di sini. Apapun, bukanlah minat kami untuk melakukan perbandingan dengan Barat, cuma kadang-kadang hal ini membuatkan kita terfikir, bahawa negara yang jelas-jelas kafir, adakalanya jauh lebih baik menjaga kebajikan rakyat berbanding negara yang mengaku Islam.


PENDIDIKAN ISLAM ADALAH PERCUMA


Di dalam Islam, menuntut ilmu adalah wajib dan tidak boleh diabaikan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ”Menuntut ilmu wajib bagi setiap Muslim.” [HR Ibnu Adi dan Baihaqi]. Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan setiap Muslim untuk menuntut ilmu dan mendapatkan berbagai ilmu yang diperlukannya dalam kehidupan. Ilmu dianggap sebagai sesuatu yang wajib dan termasuk keperluan serta hak asas setiap individu. Berdasarkan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, baginda telah mengarahkan tawanan Perang Badar untuk mengajar membaca dan menulis sepuluh anak kaum Muslimin sebagai syarat penebusan mereka. Dengan tindakan ini, yakni membebaskan para tawanan dengan cara menyuruh mereka mengajar anak-anak kaum Muslimin, bererti Rasulullah telah menjadikan biaya pendidikan setara dengan barang tebusan. Maksudnya, Rasulullah (seperti) telah memberi upah kepada para pengajar itu dengan harta benda yang seharusnya menjadi milik Baitul Mal.


Rasulullah juga bersabda, “Seorang imam (pemimpin) itu adalah penggembala (pemelihara) dan dia bertanggungjawab di atas pemeliharaannya...” [HR Ahmad, Syaikhan, Tirmidzi, Abu Daud dari Ibnu Umar]. Hadis ini dengan jelas meletakkan tanggungjawab pemeliharaan atau penjagaan ke atas bahu para pemimpin. Justeru, di dalam bidang pendidikan, memberi pendidikan dan menyediakan segala kemudahan yang berkaitan dengannya adalah wajib ke atas setiap pemimpin dan semuanya mesti disediakan secara percuma kepada rakyat. Dia wajib menjaga rakyatnya, bukan membebankan rakyatnya. Bebanan yang diletakkan ke atas bahu rakyat adalah satu bentuk penindasan dan kezaliman oleh sang pemimpin. Maka, haram ke atas pemimpin melakukan maksiat ini dan mereka pasti akan disoal oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di atas kezaliman dan dosa yang mereka lakukan.


Selain hadis-hadis di atas, terdapat kesepakatan (Ijma’) sahabat tentang pemberian gaji kepada para guru yang dananya diambil dari Baitul Mal, dan anak-anak kaum Muslimin tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk belajar. Wadhiyah bin Atha meriwayatkan: ”Di Madinah terdapat tiga orang guru yang mengajar anak-anak. Khalifah Umar memberikan nafkah kepada tiap-tiap mereka lima belas dinar setiap bulan.” (satu dinar = 4.25 gram emas). Di samping itu, para khalifah sepanjang masa ketika Daulah Khilafah Islamiyyah memerintah, juga memberikan pendidikan percuma kepada warganegaranya. Hal ini menunjukkan bahawa masalah pembiayaan pendidikan adalah tanggungjawab negara. Atas dasar ini, negara wajib menyediakan pendidikan percuma kepada warganegaranya, sama ada Muslim maupun kafir dzimmi, agar mereka boleh menjalankan kewajibannya (menuntut ilmu) atau memenuhi keperluan asas mereka.


Negara wajib menyediakan pendidikan secara percuma bagi setiap warganegaranya, sama ada yang fakir miskin mahupun kaya. Setiap warganegara berhak memperolehi pendidikan percuma di semua peringkat pendidikan. Segala kos tidak boleh dikenakan, bukan hanya yuran, tetapi juga termasuk perbelanjaan buku, peralatan dan lain-lain. Semua bayaran pendidikan, termasuk gaji pendidik (guru), tenaga bukan akademik, infrastruktur sekolah, alat bantuan belajar dan mengajar, alat-alat sokongan lain yang diperlukan (seperti asrama pelajar, klinik kesihatan, pejabat pentadbiran dan lain-lain) semuanya wajib disediakan oleh negara secara percuma. Rakyat dibolehkan menyumbang untuk menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut sebagai bentuk amal jariah, tetapi bukan sebagai tanggungjawab. Pemimpinlah yang akan bertanggungjawab di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap terpenuhnya segala kemudahan-kemudahan tersebut, sesuai dengan sifatnya sebagai pemelihara umat.


Setiap pemimpin wajib bersungguh-sungguh berusaha meningkatkan perolehan pendapatan negara, seperti yang telah dicontohkan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam mengelola perekonomian negara, agar boleh memenuhi keperluan asas bagi setiap warganegaranya, bukan sahaja di dalam sektor pendidikan, malah sektor kesihatan, keselamatan, insfrastruktur dan semua yang lain. Negara tidak hanya sekadar berkewajiban menyediakan pendidikan percuma, tetapi juga berkewajiban bertindak sebagai penyelenggara sistem pendidikan yang berkualiti, dengan asas pendidikan dan tujuan pendidikan sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Bagaimana negara (Khilafah) dapat menjalankan semua tanggungjawab ini secara sempurna memerlukan perbincangan yang berbeza. Buat masa ini kami hanya memfokuskan perbincangan kepada prinsip pembiayaan pendidikan di dalam Islam secara umum.


SEKILAS FAKTA PENDIDIKAN DI ZAMAN KHILAFAH


Di masa kejayaan Islam, sejak abad ke-4H, telah dibangun banyak sekolah Islam. Sebelum wujudnya sekolah di dalam bentuk formal, pendidikan ketika itu biasanya dilakukan di masjid-masjid, majlis-majlis ta’lim dan beberapa tempat pendidikan yang tidak formal lainnya. Muhammad Athiyah al-Abrasi, di dalam buku Dasar-Dasar Pendidikan Islam memaparkan usaha-usaha para khalifah untuk membangun sekolah-sekolah tersebut. Dalam perkembangannya, setiap Khalifah berlumba-lumba membina sekolah tinggi Islam dan berusaha memperlengkapkannya dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan. Setiap sekolah tinggi dilengkapi dengan auditorium, dewan mesyuarat, asrama mahasiswa, perumahan pensyarah dan ulama. Selain itu, sekolah tinggi tersebut juga dilengkapi dengan bilik mandi, dapur dan dewan makan, malah terdapat juga taman rekreasi.


Di antara sekolah-sekolah tinggi yang penting dan terkenal ialah Madrasah Nizhamiyah dan Madrasah al-Mustanshiriyah di Baghdad, Madrasah al-Nuriyah di Damsyik serta Madrasah an-Nashiyah di Kaherah. Di antara madrasah-madrasah ini, yang terbaik ialah Madrasah Nizhamiyah yang mana ia dijadikan asas ukuran bagi madrasah di daerah lain di Iraq, Khurasan (Iran) dan tempat-tempat lain. Madrasah al-Mustanshiriyah di Baghdad didirikan oleh Khalifah al-Mustanshir pada abad ke-6H. Ia memiliki sebuah auditorium dan perpustakaan yang dipenuhi pelbagai jenis kitab yang cukup untuk keperluan proses pembelajaran. Selain itu, madrasah ini juga dilengkapi dengan kamar mandi dan klinik yang doktornya sentiasa tersedia. Madrasah lain yang juga cukup terkenal adalah Madrasah Darul Hikmah di Kaherah yang didirikan oleh Khalifah al-Hakim bi-amrillah pada tahun 395H. Madrasah ini adalah sebuah institut pendidikan yang dilengkapi dengan perpustakaan yang dipenuhi dengan ruang ulangkaji dan pelbagai kemudahan pendidikan lainnya. Perpustakaannya dibuka untuk orang-ramai. Semua orang juga dibenarkan mendengar kuliah, ceramah ilmiah, simposium, aktiviti kesusasteraan dan pengajaran agama.


Di Madrasah al-Mustanshiriyah yang didirikan oleh Khalifah al-Mustanshir di kota Baghdad, setiap mahasiswa menerima biasiswa berupa wang emas dari negara. Kehidupan seharian mereka juga ditanggung. Makanan berupa roti dan daging disediakan tanpa bayaran sedikit pun. Kemudahan madrasah tersedia lengkap seperti perpustakaan yang dipenuhi dengan buku-buku, klinik dan kamar mandi. Begitu juga dengan Madrasah an-Nuriah di Damsyik yang didirikan pada abad ke-6H oleh Nuruddin Muhammad Zengi. Di sekolah ini terdapat kemudahan seperti asrama, perumahan staf pengajar, tempat istirehat serta dewan ceramah yang luas.


Demikianlah sedikit paparan tentang sejarah kegemilangan pendidikan Islam di zaman Khilafah yang memerintah berdasarkan sistem Islam. Para Khalifah sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin yang wajib menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat. Sayangnya kekhilafahan sudah hilang saat ini dan yang tinggal hanyalah pemimpin-pemimpin yang rakus menindas umat dan merompak segala kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga serta kroni-kroni mereka. Para pemimpin hidup dilimpahi kesenangan, umat hidup dihimpit penderitaan. Wang yang begitu banyak dihabiskan untuk projek-projek yang tidak berfaedah, kononnya atas nama pembangunan, walhal kemiskinan wujud dimana-mana. Tanggungjawab mereka tidak ditunai, hak umat diabai. Alangkah dekatnya mereka dengan azab Allah!


KHATIMAH


Wahai kaum Muslimin! Sedarlah bahawa segala penderitaan yang dialami oleh kalian adalah kerana tidak diterapkannya Sistem Pemerintahan Islam di dalam kehidupan. Kalian semua tahu bahawa sistem yang ada sekarang adalah sistem yang didasarkan kepada hawa nafsu, bukannya Kitabullah dan as-Sunnah. Sistem yang mewujudkan para pemimpin yang melalaikan ketaatan kepada Allah dan RasulNya, mengutamakan dunia dan melupakan Akhirat. Sistem yang pada hakikatnya mengabaikan hak kalian, menindas dan menzalimi kalian walhal kalian adalah orang-orang yang sedar tentang semua itu. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kalian untuk berusaha mengubah semua ini dengan kembali kepada Allah dan RasulNya, menerapkan hukum-hukum Islam secara kaffah melalui penegakkan Daulah Khilafah Islamiyyah. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan kalian kecuali kalian sendirilah yang merubahnya.

APA YANG BERLAKU DI SOMALIA?

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Kami selalu mengingatkan kalian tentang kehinaan dan penderitaan yang tak putus-putus menimpa umat Islam hasil kekejaman kuffar Barat. Kami juga tak henti-henti mengingatkan kalian tentang pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin umat Islam yang membantu musuh-musuh kalian menghancurkan saudara-saudara kalian. Kami juga tak jemu dan takkan pernah jemu mengingatkan kalian bahawa punca kepada segala penderitaan ini adalah kerana tidak diterapkan hukum-hukum Allah di muka bumi dan tidak adanya seorang Khalifah yang boleh menyelamatkan umat ini dari segala kesengsaraan yang menimpa. Sejak keruntuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924, kita telah menyaksikan cukup banyak nasib malang yang menimpa umat Muhammad di seluruh dunia, dari Barat hingga ke Timur, dari Utara hingga ke Selatan. Darah umat Islam tidak pernah kering tumpah di bumi Palestin, darah mereka juga sentiasa membasahi bumi Iraq, Afghanistan, Kashmir, Lubnan, Thailand dan banyak lagi. Semuanya menitis ke bumi hasil kejahatan kuffar Barat dan pengkhianatan penguasa kaum Muslimin itu sendiri, dan yang pasti, darah itu gugur tanpa ada sebarang pembelaan dari seorang pemimpin pun.

Saudaraku yang dimuliakan! Tangisan anak-anak kalian di Lubnan masih belum berhenti, ketakutan ibu-ibu kalian di Selatan Thailand masih tak kunjung padam, bedilan peluru dan dentuman bom siang dan malam menghantui saudara-saudara kalian di Palestin dan Iraq. Tanpa menghiraukan ini semua, baru-baru ini, rejim kufur Amerika Syarikat (AS) melancarkan satu lagi serangan ke atas sebuah lagi negeri kalian. Kali ini negeri yang menjadi sasaran mereka adalah sebuah tanah bersejarah bagi kalian semua, bumi Habsyah (Ethiopia), tempat hijrah yang pertama bagi kaum Muslimin. Amerika dengan ganasnya telah melancarkan serangan udara ke atas sebuah desa di bahagian Selatan Somalia. Sebuah desa yang dihuni oleh mereka yang mengucap kalimah yang sama yang diucapkan oleh kalian dan solat sebagaimana solat kalian. Dengan kata lain, mereka itu dibunuh hanya semata-mata kerana agama mereka adalah Islam. Setelah pembantaian selesai dilakukan, pemerintahan boneka sementara dukungan Amerika dan Ethiopia mengumumkan ramai penduduk yang terbunuh dalam serangan itu. Serangan udara itu dilakukan menyusul serangan Ethiopia ke atas sebuah kesatuan Islam, the Union of Islamic Courts (Kesatuan Mahkamah Islam), yang kemudiannya menyaksikan AS meletakkan boneka sementaranya, Abdullah Yusuf di tampuk ‘pemerintahan’.

Somalia adalah tanah kaum Muslimin yang memiliki sejarah masa lalu yang hebat dan tersendiri serta memiliki kedudukan yang cukup strategik. Penduduk Somalia masuk Islam sejak awal, bahkan terdapat di kalangan mereka yang masuk Islam seawal masa dakwah Rasulullah saw di Mekah lagi, yakni ketika sekelompok sahabat berhijrah ke sana (Habsyah). Di akhir masa Kekhilafahan Utsmaniah, Somalia menjadi rebutan ketamakan negaranegara kafir penjajah yang bersaing satu sama lain untuk mendominasinya, khususnya bagi merampas sumber alamnya dan mengambil keuntungan dari kedudukannya yang strategik. Sejak inilah Somalia senantiasa diliputi kemiskinan dan kebuluran.

Bermula dari penderitaan inilah, situasi yang memilukan atas kaum Muslimin Somalia terus berlangsung, hinggalah munculnya satu gabungan kaum Muslimin yang dikenali sebagai the Union of Islamic Courts, suatu kelompok orang-orang Somalia yang ikhlas yang mula berusaha menyatukan Negara itu sekali lagi dengan landasan Islam, dengan menghindari pandangan kesukuan dan campur tangan penjajah. Keadaan ini sudah tentu ‘mengganggu’ Amerika dan agen-agennya di Tanduk Afrika itu termasuk Ethiopia. Ethiopia telah lama membiayai ‘pemerintahan’ Abdullah Yusuf dengan memberi sokongan material. Ethiopia cukup-cukup takut Somalia akan bersatu, apatah lagi jika ia bersatu di bawah Islam.

Inilah serba sedikit sejarah dan realiti tentang Somalia. Melihat kepada apa yang telah terjadi di Somalia, Hizbut Tahrir sekali lagi menyeru kepada umat Islam di seluruh dunia agar bangkit dan sedar bahawa masalah ini adalah masalah kita umat Islam, yang mana jika sesiapa sahaja yang mengucap syahadah, tetapi tidak mempedulikannya, maka Rasulullah saw menyatakan bahawa orang itu bukan dari umat Islam. Na’uzubillah min zalik. Sautun Nahdhah kali ini menterjemahkan nasyrah dari Hizbut Tahrir Pusat dan disunting ke dalam Bahasa Melayu.

****************************************************************************

Wahai Kaum Muslimin!



Negara
Ethiopia (Habsyah) telah menghantar askar serta tentera udara mereka bagi melakukan suatu jenayah kejam ke atas umat Islam di Somalia. Serangan ini telah di umumkan oleh mereka hanya baru-baru, walaupun mereka sebenarnya telah melakukan serangan-serangan yang serupa sebelum ini, tanpa satu pengumuman pun dibuat mengenainya. Anehnya, alasan yang digunakan bagi melakukan serangan kejam ini adalah demi mempertahankan negara! Kononnya, ini adalah untuk melindungi Ethiopia … dari siapa? Somalia!



Peperangan yang berlaku di
Somalia itu telah menjadi semakin buruk. Ia merupakan peperangan di antara tentera Ethiopia yang dilengkapi senjata berat, dengan sokongan Amerika Syarikat secara politik dan ketenteraan, serta disokong oleh agen-agen tempatan AS di Afrika, di satu pihak, dengan umat Islam Somalia di bawah kepimpinan pergerakan the Union of Islamic Courts yang baru setahun jagung, di pihak yang lagi satu. Dalam waktu yang sama, pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia diam seribu bahasa serta hanya menjadi saksi yang bisu dan pekak. Seolah-olah peperangan ini berlaku di suatu tempat yang sangat jauh, dan bukannya di jantung dunia Islam yang berlatar belakangkan sejarah yang gemilang dan kedudukan yang strategik. Walhal di sinilah (Habsyah) sekelompok sahabat Rasulullah saw berhijrah pada peringkat awal dakwah Islam di Mekah. Tanah ini telah dibuka pada tahun 77H semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik, dan telah menjadi sebahagian dari tanah Islam sebagaimana yang lainnya, khususnya bersama Yaman yang terletak di seberang Selat Aden. Kawasan ini kemudiannya telah menjadi sasaran penjajah kafir pada akhir zaman Khilafah Utsmaniah, sama seperti tanah-tanah Islam di kawasan lain semasa itu.



Wahai kaum Muslimin!



Amerika Syarikat serta kuncu-kuncu mereka di benua Afrika yang diketuai oleh Ethiopia sebenarnya telah terkejut apabila menyaksikan umat Islam di Somalia bergerak dan bersatu di bawah Union of Islamic Courts dan mereka khuatir bahawa kekuatan/pergerakan ini akan menyatukan Somalia di bawah nama Islam. Jika ini berlaku, sudah tentu akan menggugat rancangan (buruk) mereka di kawasan tersebut.



Ethiopia menguasai dua kawasan Somalia, Oghadin dan Houd yang mereka duduki. Mereka takut jika wujud sebuah rejim yang kuat dan stabil di Somalia, terutamanya kuasa yang berupaya untuk menyatukan penduduk di bawah panji Islam, yang dapat menghidupkan semula isu berkenaan dua kawasan tersebut, dan mungkin dapat menyatukan semula secara politik dan ketenteraan, dengan tanah air Somalia.



Bagi Amerika, ia masih lagi mengimpikan zaman di mana ia dapat mencengkam erat Somalia yang telah membolehkannya mendapat apa sahaja yang diingininya. Ini berlaku di zaman pemerintahan Siad Berri dan berterusan sehingga ke masa pemberontakan puak-puak Somalia pada tahun 1991. Peristiwa ini telah menyelesaikan pertelingkahan British-Amerika di Somalia yang mana kemenangan telah berpihak kepada Britain dan mengakibatkan kejatuhan Siad Berri. Akibatnya Amerika telah kehilangan pengaruhnya di Somalia dan rejimnya terus merosot.



Britain kemudian bertindak pantas untuk kembali mendapatkan statusnya yang dulu (British Somalia) lalu mengisytiharkan pembentukan sebuah pemisahan Negara Demokratik Somalia pada tahun yang sama (iaitu pada tahun 1991). Ini telah menjadikan kawasan dan rakyatnya dalam keadaan terbiar dan kucar-kacir. Amerika Syarikat kemudian cuba untuk membina semula pengaruhnya pada tahun 1992 melalui jalan wakil-wakil pertubuhan kemanusiaan (huminatarian delegations) di bawah naungan projek ‘Hope Again’ di mana mereka telah menyediakan 28,000 askar, tetapi ianya gagal pada tahun 1995. Kegagalan ini sebenarnya telah memalukan Amerika Syarikat.



Namun, AS tidak berputus asa dalam keghairahannya untuk mendapat hegemoni dan pengaruh di benua Afrika. AS telah berusaha untuk menggagalkan Persetujuan Djibouti pada tahun 2000 dengan menubuhkan rejim Abdel Qassim Sallad. Ini kerana persetujuan ini telah ditaja oleh Eropah yang telah menyokong Djibouti, bekas Somalia Perancis. Ia turut berusaha menentang Negara Demokratik Somalia (sebelum ini Somalia British). Apabila Amerika berjaya memecah belahkan Somalia, ia telah merancang untuk menyusun semula agen-agennya di kawasan tersebut dan berjaya membentuk Penyatuan Nairobi lewat tahun 2004 dengan mewujudkan rejim sementara, dibawah agennya Abdullah Yusuf. Abdullah Yusuf merupakan Presiden sebuah negara kecil, Pontland yang telah diisytiharkan di Somalia pada tahun 1997. Kemudian Amerika mula menonjolkan rejim tersebut sebagai rejim kerajaan Somalia yang resmi dan telah memohon keahlian ke pakatan-pakatan serantau seperti Organisation of African Unity (OAU) dan Liga Arab. Di peringkat antarabangsa, permohonan keahlian telah diajukan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pada masa yang sama, Amerika meneruskan sokongannya kepada pemimpin-pemimpin militia di Mogadishu, dalam usahanya untuk menjaga kepentingan mereka secara serentak: memberi sokongan politik kepada rejim sementara dan memberi sokongan ketenteraan kepada militia-militia tersebut.



Kejahatan rejim boneka sementara
Somalia ini ternampak jelas dari usahanya untuk memupuk hubungan baik dengan AS serta Ethiopia; sementara pergaduhan berterusan antara ketua-ketua pasukan yang berperang mengakibatkan kemusnahan alat-alatan dan juga manusia; ini telah membuatkan rakyat tercari-cari penyelamat bagi keadaan tenat mereka. Maka apabila pihak militia yang disokong oleh AS mula memusnahkan kehidupan mereka, mereka telah bersatu dengan Union of Islamic Courts dan telah memperoleh kemenangan. Mereka tertarik dengan Union of Islamic Courts sebab mereka tahu yang pergerakan ini telah menyelesaikan masalah-masalah mereka secara ikhlas semenjak tahun 1994 lagi, yakni di masa ketiadaan kepimpinan yang terkenal di kalangan mereka. Rakyat telah menyaksikan keikhlasan serta kesungguhan pergerakan ini kepada Islam. Hasilnya terbentuk suatu ikatan di antara rakyat serta pihak Union of Islamic Courts dan Allah swt telah memberikan kemenangan kepada mereka terhadap pasukan-pasukan yang berperang yang kelam-kabut dan terpecah-belah. Dalam hal ini, Amerika langsung tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan ketua-ketua pasukan yang berperang tersebut. Justeru rakyat telah datang dan bersatu dengan pihak Union of Islamic Courts sama ada di bandar mahupun di kampung-kampung, sebelum pihak Union of Islamic Courts mendatangi mereka!



Amerika kemudiannya mula menggunakan senjata-senjatanya iaitu melalui perundingan-perundingan muslihat dan juga keganasan bersenjata, bagi menegakkan pengaruhnya di
Somalia. Bagi kaedah perundingan (yang sebenarnya adalah muslihat), AS menyerahkannya kepada Sudan. Lalu Sudan cuba untuk menyatukan Union of Islamic Courts tersebut dengan rejim sementara di Khartoum bagi tujuan perundingan dan mencari jalan tengah (kompromi), dengan niat untuk memberi nafas baru kepada rejim sementara yang hampir ‘mati’ dan tidak berupaya untuk melindungi pangkalan mereka sendiri (Bedawa) dan telah ditinggalkan oleh rakyat mereka. Niat sebenar di sebalik perundingan tersebut adalah untuk menjadikan Union of Islamic Courts sebagai hanya salah sebuah kuasa tempatan, seperti Somaliland, Pontiland dan Jubaland, di mana dengan ini, rejim boneka sementara dapatlah menguasai mereka!



Dan bagi senjata mereka yang kedua, yakni dengan cara keganasan bersenjata, Amerika Syarikat telah menyerahkan tugas tersebut kepada
Ethiopia untuk campur tangan secara ketenteraan. Ini dilakukan secara langsung bagi menunjukkan sokongan kepada rejim boneka sementara dan dalam masa yang sama menunjukkan pertentangan yang nyata dengan pihak Union of Islamic Courts. Cara (keganasan bersenjata) ini sebenarnya telah lama bermula, cuma sekarang, ia telah diisytiharkan secara rasmi.



Wahai kaum Muslimin!



Sedarlah oleh kalian bahawa sesungguhnya peperangan di
Somalia itu tidak lain merupakan pertumpahan darah di antara umat Islam di Somalia dan negara kafir Ethiopia yang disokong AS. AS sebenarnya telah merancang dan mendukung peperangan ini kerana 3 sebab:



Pertama: Umat Islam di Somalia adalah muslim yang cintakan agama mereka dan ingin bersatu di bawah panji Islam di bawah kepimpinan Union of Islamic Courts; sedangkan AS akan menentang dan memerangi manamana kuasa atau pergerakan yang condong kepada Islam di mana-mana sahaja di dunia ini. Amerika Syarikat membenci Islam dan umatnya terutamanya jika mereka berpegang teguh dengan (jenis) Islam yang tidak disokong oleh AS, iaitu brand yang mereka gelar sebagai ‘Islam Sederhana’ (Islam moderat). Inilah brand Islam yang disokong sepenuhnya oleh AS; seolah-olah Islam itu ada yang sederhana (moderat) dan tidak sederhana (nonmoderat). Semoga laknat Allah menimpa mereka dan pengikut-pengikut mereka, betapa jauhnya mereka dari kebenaran.



Kedua:
Somalia terletak di tempat yang sangat strategik di pertengahan Lautan India dan mempunyai kawasan pantai yang terpanjang di Afrika, lebih-kurang 2,720km (1,700 batu). Somalia mempunyai dua buah rangkaian pantai – satu menghadap Lautan India di Timur, dan satu lagi di pinggir utara sepanjang Teluk Aden menghadap Bab el Mandeb dan Laut Merah. Maka kedudukan Somalia sangatlah penting lagi strategik dan boleh dianggap sebagai pintu gerbang ke Afrika Selatan dan juga Semenanjung Arab dan (laluan ini) boleh digunakan untuk mengawal (menguasai) mereka.



Ketiga:
Somalia sangat kaya dengan sumber semula jadi. Kajian-kajian yang dilakukan di Somalia menunjukkan kewujudan uranium, gas, minyak dan sebagainya. Pada lewat tahun 80-an, pada zaman Siad Berri, konsesi terhadap dua pertiga dari kekayaan semula jadi Somalia telah diserahkan kepada syarikat-syarikat minyak dari Amerika seperti Conoco, Amoco, Chevron dan Phillips bagi mencari gali minyak. Minyak telah ditemui di dalam sembilan telaga pertama dan perkara ini telah disahkan oleh pakar geologi Bank Dunia. Malangnya revolusi yang menjatuhkan Siad Berri juga telah mengakibatkan terhentinya usaha-usaha penggalian di telaga-telaga tersebut. Oleh itu, Amerika Syarikat terpaksa bersabar menunggu untuk mendapatkan semula kekayaan tersebut.



Wahai Kaum Muslimin!



Sedarlah oleh kalian bahawa Amerika Syarikat menganggap dirinya sebagai suara muktamad di dunia dan menganggap dirinya sebagai satusatunya tuanpunya segala kekayaan sama ada di dalam tanah ataupun di atasnya. AS telah dikaburi oleh keangkuhan kekuatannya, sehingga tidak dapat mengkaji sebab-sebab kegagalannya yang berkali-kali dari
Vietnam hinggalah ke Afghanistan, kemudian Iraq dan Somalia pada 1995. Amerika masih lagi mencari-cari tempat untuk menebus kekalahan serta kehinaan yang menimpanya. AS yakin yang agennya, Ethiopia akan dapat memulihkan sebahagian besar dari kekalahan dan kehinaan tersebut, terutamanya kerana Union of Islamic Courts itu masih lagi merupakan kuasa baru dan memang tidak mampu untuk menghadapi pihak tentera yang bersenjata berat serta pasukan tentera udara Ethiopia, sama ada dari segi bilangan tentera ataupun kelengkapan.



Walaupun jurang perbezaannya sangat besar, namun umat Islam serta pergerakan Union of Islamic Courts telah menunjukkan keberanian yang sungguh luar biasa dalam menghadapi musuh penjenayah dan kuasa pengganas ini. Sesungguhnya inilah sifat pejuang-pejuang Islam yang menentang angkatan kufur dan munafikin. Tetapi malangnya, kegagalan umat Islam lain dari membantu dan menolong saudara-saudara seIslam mereka, inilah yang telah memberanikan kuffar dan penganutnya bagi menyerang tanah umat Islam satu per satu. Kegagalan kita untuk menyelamatkan saudara-saudara kita yang lain ini tidak akan mendatangkan keredhaan Allah swt, atau keredhaan RasulNya saw atau para Mukminin. Kita sebagai satu umat adalah satu kaum, satu badan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw sebagai:



“Sebagai satu badan, di mana tatkala salah sebahagiannya mengalami kesakitan, maka keseluruhannya turut merasa kesakitan dan serta kegelisahan”



Wahai kaum Muslimin!



Tidak diragukan lagi bahawa Amerika dan
Ethiopia adalah pihak-pihak musuh yang sedang berperang dengan umat Islam. Oleh itu, wajib ke atas kalian untuk berurusan dengan mereka di atas asas ini. Hubungan yang wujud adalah hubungan perang (jihad) sahaja dan tiada hubungan lain. Kalian sepatutnya memutuskan semua hubungan diplomatik dengan negaranegara tersebut, tiada lagi kedutaan, tiada lagi perjanjian dan apa-apa hubungan persahabatan dengan mereka. Jika tidak, kalian akan menerima nasib yang sama sebagaimana nasib orang-orang yang telah melanggar perintah Tuhan mereka – kehinaan dan kekejian hidup di dunia dan azab yang amat berat di akhirat kelak.



Wahai kaum Muslimin!



Hizbut Tahrir menyeru kalian menghidupkan semula kegigihan serta semangat kalian agar bersama-sama menyelamatkan
Somalia, yang menjadi kewajiban dari Allah swt, maka tunaikanlah kewajiban tersebut:



“Jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya.” [TMQ Al-Anfal (8):72]



Maka wahai kaum Muslimin!



Berilah pertolongan kepada mereka. Adalah wajib ke atas setiap tanah Islam yang bersempadan dengan Somalia, dan negara yang berjiran seperti Mesir, Sudan, Djibouti, Eritrea, Yaman, Arab Saudi dan lain-lain menolong Somalia secara material serta mengerahkan angkatan bersenjata mereka dengan keseluruhan kekuatan dan perlengkapan mereka untuk ke sana:



“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamanya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikit pun kepadaNya.” [TMQ At-Taubah (9):39]



Umat Islam yang hidup minoriti di negara-negara kufur seperti
Ethiopia mesti bersatu, dari segi material dan moral agar dapat memberi tekanan yang efektif sekaligus mencegah negara-negara tersebut dari melakukan pembunuhan beramai-ramai di Somalia. Keseluruhan umat Islam yang ada di Ethiopia, Kenya, Rwanda, Uganda dan Tanzania adalah dalam kedudukan yang baik bagi menjalankan tugas-tugas memberi sokongan kepada Somalia dengan memberi tekanan kepada negara-negara tersebut. Pada masa yang sama, adalah menjadi kewajipan bagi negara-negara umat Islam untuk memutuskan semua hubungan dengan Amerika Syarikat dan Ethiopia; sama ada hubungan diplomatik, perjanjian/pakatan minyak, perjanjian dagang ataupun segala bentuk treaties (persetujuan-persetujuan) lainnya. Negara-negara umat Islam wajib berurusan dengan mereka sebagaimana kita berurusan degan negara-negara yang sedang bermusuhan dan berperang dengan kita.



Wahai kaum Muslimin!



Di dalam seruan dan mesej yang Hizbut Tahrir sampaikan ini, kami sudah tidak percayakan pemimpin-pemimpin negara-negara umat Islam, sebab mereka bersama dengan golongan yang tidak sayangkan umat Islam, tetapi (kali ini) kami menyeru untuk membangkitkan semula umat Islam dan semangat juang mereka. Tentera-tentera di negeri-negeri kaum Muslimin adalah anak-anak umat ini, bila mana mereka terancam, putera-putera ini bangkit menyahut dan bangun membantu saudara-saudara mereka dan menghadapi sesiapa sahaja yang menghalangi jalannya.



“Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa sahaja yang menolong agamaNya (Agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.” [TMQ Al-Haj (22):40]



7 Muharram 1428

26 Januari 2007

Hizbut Tahrir

POLIGAMI : SIS INGIN MENGUBAH HUKUM ALLAH

Serangan pemikiran yang berlaku ke atas Islam sekarang datang dari pelbagai penjuru. Jika ia datang dari Barat, itu adalah sesuatu yang wajar, tetapi yang menyedihkan, kadang-kadang ia dilakukan oleh golongan yang kononnya ingin membela Islam, tetapi sebenarnya dipenuhi oleh pemikiran kufur. Atas alasan memperjuangkan hak-hak wanita, Sisters In Islam (SIS) sekali lagi menunjukkan kelancangan mereka terhadap hukum Allah. Seperti biasa, gerakan feminis ini nampaknya tak pernah berhenti menyerang dan mempertikaikan hukum Islam yang sudah terlalu jelas kebenarannya, hukum apalagi jika bukan ’poligami’. Inilah salah satu hukum yang sentiasa menjadi agenda kuffar Barat untuk menyerang Islam, yang bagi mereka bertentangan dengan Hak Asasi Manusia. Kejayaan kuffar Barat di dalam merasuk pemikiran umat Islam ini ternampak jelas melalui perjuangan yang sama yang direalisasikan oleh SIS, satu gerakan yang bertopengkan Islam, walhal merupakan pemuja kepada pemikiran Barat. Bermula pada Januari 2007, SIS kini giat menjalankan soal-selidik untuk mengkaji kesan-kesan poligami ke atas institusi keluarga. Ianya bermula daripada projek induk yang telah dijalankan pada Mac 2005. Daripada objektif kajian yang telah digariskan, kajian itu kononnya dibuat bagi melihat apakah kesan poligami ke atas keharmonian, emosi, kewangan dan hubungan sosial di kalangan ahli-ahli keluarga yang ketua keluarganya mengamalkan poligami.

Sejak dari awal penubuhannya, SIS telah menjadikan ‘perjuangan hak-hak wanita’ sebagai agenda utama mereka. Di dalam hal poligami, SIS beranggapan bahawa poligami boleh mengancam kebahagiaan dan keharmonian institusi keluarga. Bertolak dari sini, mereka cuba untuk menjadi ‘heroin’ yang kononnya akan menyelamatkan wanita dari ditindas oleh golongan lelaki. Yang peliknya, tajuk pilihan mereka tetap poligami, seolah-olah dunia ini penuh dengan penindasan oleh lelaki yang berpoligami, dan dunia akan mengalami kehancuran jika perkara ini tidak disekat. Padahal, daripada fail-fail yang menimbun di Mahkamah, banyak sekali kes penderaan rumahtangga, perceraian, tuntutan nafkah, harta sepencarian, penjagaan anak dan bermacam pengabaian tanggungjawab oleh suami terhadap isteri berlaku di dalam kes-kes yang melibatkan perkahwinan monogami. Jadi, mengapa mereka tidak melakukan kajian terhadap amalan monogami? Apakah sebenarnya agenda mereka? Memperjuangkan hak-hak wanita atau memperjuangkan perkara yang dibenci oleh wanita? Bentuk soal-selidik yang dirangka itu dilihat akan mengarahkan kepada hasil yang mereka hasratkan, agar pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat lelaki Muslim daripada melakukan poligami.

Persoalan seterusnya, mengapa SIS tidak melakukan soal-selidik ke atas lelaki-lelaki yang mempunyai wanita simpanan, maksudnya, ke atas wanita yang menjadi perempuan simpanan? Ini kerana, kebanyakan dari wanita yang menjadi perempuan simpanan sebenarnya sedar dan tahu bahawa mereka adalah ‘perempuan simpanan’, bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sebenarnya redha dan suka menjadi perempuan simpanan. Mungkin juga SIS tidak melakukan kaji selidik dalam hal ini kerana bagi SIS ini bukan satu penindasan ke atas wanita, sebab perbuatan haram yang dilakukan itu adalah atas dasar suka sama suka, apatah lagi jika mereka memang hidup bahagia melakukan perbuatan terkutuk itu. SIS lebih berminat kepada perbuatan yang tidak disukai oleh wanita (seperti poligami), walaupun halal, dan inilah yang dikatakan penindasan!

SIS MEMESONGKAN DALIL

Beberapa kenyataan SIS yang dikeluarkan sebelum ini memperlihatkan sikap sebenar mereka terhadap isu ini. Salah seorang aktivis SIS, Ruzana Udin pernah mengatakan bahawa, “Kami mahukan sistem undang-undang yang ada pada hari ini menyekat amalan poligami di kalangan lelaki Muslim”. Melalui sumber yang sama, Setiausaha Eksekutif Women’s Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah mendakwa poligami tidak lagi sesuai diamalkan pada zaman ini. Di samping itu, Ruzana Udin juga pernah mengeluarkan hujah dengan mengatakan bahawa Rasulullah sendiri tidak menggalakkan amalan poligami. Dia merujuk kepada satu hadis tentang bagaimana Rasulullah melarang Saidina Ali ra. dari ‘menduakan’ isterinya, iaitu Fatimah binti Muhammad. Tambahnya lagi, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri tidak memilih wanita muda dan lebih cantik untuk baginda kahwini seperti yang sedang diamalkan oleh lelaki Muslim di Malaysia” [AFP, 4/3/2003]. Pengarah Eksekutif SIS, Zainah Anwar pula mengatakan bahawa, “poligami bukanlah hak mutlak bagi lelaki dan monogami adalah amalan yang menjadi kebiasaan. Amalan poligami selalunya akan menghakis kebahagiaan sesebuah keluarga.” [AFP, 17/3/2003]

Menurut seorang lagi aktivis SIS, Zaitun Mohamed Kasim, dalil daripada Al-Quran yang membenarkan seseorang lelaki Muslim untuk melakukan poligami sebenarnya disertakan dengan pra-syarat bagi lelaki untuk berlaku adil. Dia memetik pra-syarat tersebut berdasarkan petikan ayat: “Kemudian jika kalian khuatir tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja. [TMQ an-Nisa’(4):3] [Seminar ERA Consumer on 26th September 2002, Dungun]. SIS juga mendakwa, An-Nisa ayat 3 diturunkan untuk membenarkan kaum lelaki Muslim berpoligami kerana pada ketika itu, ramai di kalangan isteri-isteri di Madinah yang kehilangan suami kerana mati syahid di dalam Perang Uhud. Daripada penafsiran SIS, ‘berlaku adil’ itu adalah pra-syarat bagi mana-mana lelaki Muslim yang hendak melakukan poligami. Jika mereka tidak mampu untuk berlaku adil, maka mereka tidak boleh meneruskan niat mereka untuk berpoligami.

Hujah SIS tidak terhenti setakat itu sahaja. Kalau boleh, mereka ingin terus menghentikan amalan poligami. Ini adalah kerana, pada pandangan mereka tidak seorang pun lelaki di dunia ini yang mampu berlaku adil. Mereka menyandarkan pandangan tersebut kepada firman Allah yang bermaksud, “Kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian” [TMQ an Nisa’ (4):129]. Daripada penafsiran SIS, ayat ini membuktikan bahawa tidak ada mana-mana lelaki di muka bumi ini yang akan mampu untuk bersikap adil terhadap isteri-isteri mereka. Dan disebabkan ‘berlaku adil’ itu adalah satu pra-syarat, serta tidak ada mana-mana lelaki Muslim yang dapat memenuhi pra-syarat tersebut, maka amalan poligami ini mesti dihentikan sama sekali.

MAKNA DAN PENJELASAN SEBENAR DALIL

Inilah cara pemikiran kufur yang ada pada SIS. Apabila mereka membenci sesuatu perkara, maka mereka mencari dalil untuk membenarkan hujah mereka. Al-Quran ditafsir agar sesuai dengan kehendak mereka. Dengan kata lain, tafsiran dibuat berpandukan akal dan hawa nafsu serta dilakukan dalam rangka untuk merubah hukum Allah, bukan untuk memahaminya. Para mufassirin, imam-imam mazhab dan para ulama telah lama menafsir dan menjelaskan ayat-ayat tersebut dan mereka tidak pernah berselisih mengenainya. Sebenarnya jika ditanya, antara tafsiran para ulama dan tafsiran SIS, yang manakah perlu diikuti? Kami yakin semua orang sudah mengetahui jawapannya. Jika hendak dibandingkan di antara imam-imam mazhab yang tidak pernah diragui ketinggian bahasa Arab mereka, keikhlasan, keilmuan dan dekatnya mereka dengan Allah, dengan pihak SIS, semua orang tentunya telah dapat menilai yang mana racun dan mana penawar, mana intan dan mana kaca, mana hidayah dan mana dhalalah. Namun demikian, kami akan tetap menerangkan tafsiran yang sebenar agar Allah mencurahkan hidayahNya kepada mereka yang ikhlas ingin memahami dan beramal dengannya.

Penafsiran tentang tindakan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang melarang Saidina Ali ra. untuk berpoligami bukanlah bermakna Rasulullah tidak menggalakkan atau jauh sekali melarang poligami. Hadis tersebut mestilah dilihat secara menyeluruh dengan mengaitkan dengan hadis-hadis yang lain. Menafsirkan hanya sebahagian daripada hadis tersebut, akan menyebabkan seseorang itu terjerumus kepada kesalahan kefahaman yang serius. Memang benar Rasulullah telah melarang Saidina Ali ra. untuk ‘menduakan’ puteri Rasulullah. Berikut adalah riwayatnya : Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam amat marah ketika mendengar puteri beliau, Fatimah binti Muhammad, akan ‘dimadukan’ oleh Ali bin Abi Thalib ra. Ketika mendengar berita tersebut, Nabi terus masuk ke masjid lalu menaiki mimbar dan berseru: ‘Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah (kerabat Abu Jahal) meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka (anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi aku tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan, kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan puteriku terlebih dahulu, Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang mengganggu dirinya mengganggu diriku, dan apa yang menyakiti hatinya menyakiti hatiku” [Jâmi' al-Ushûl, juz XII, 162, Hadits 9026].

Berdasarkan penerangan Imam Nawawi, perkara utama yang hendak disampaikan di dalam riwayat ini bukanlah berkaitan poligami. Ia berkaitan hasrat Saidina Ali ra. untuk memadukan isterinya, Fatimah binti Muhammad bersama puteri Abu Jahal. Kemarahan Rasulullah bukanlah berkaitan perbuatan poligami yang hendak dilakukan oleh Ali ra, tetapi ia berkaitan mempersatukan puteri Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan puteri musuh Allah iaitu Abu Jahal [rujuk Syarah Hadis Muslim Li Nawawi]. Di dalam sebuah hadis lain, perkara ini telah diterangkan lagi yang mana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah menegaskan bahawa baginda tidak mengharamkan apa yang halal dan menghalalkan yang haram. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ".....Dan sungguh aku tidak mengharamkan yang halal dan tidak pula menghalalkan yang haram, akan tetapi, demi Allah, jangan sekali-kali bersatu puteri Utusan Allah dengan puteri musuh Allah." [HR. Bukhari]

Oleh itu, kita perlu memahami bahawa larangan di dalam Hadis di atas adalah larangan untuk memadukan antara puteri Rasul Allah dengan puteri musuh Allah, bukannya larangan untuk berpoligami. Tambahan lagi, larangan ini bersifat khusus kepada Ahli al-Bait Rasulullah sahaja dan berlaku di dalam kes ini sahaja, berdasarkan lafaz yang jelas disebut oleh Rasulullah. Dengan kata lain, hadis ini langsung tidak ada kena mengena atau lebih tepat bukan larangan berpoligami oleh Rasulullah kepada umatnya. Ini boleh diperjelaskan lagi dengan ramai di kalangan sahabat seperti Abu Bakar dan Umar sendiri adalah mereka yang mengamalkan poligami, yang tidak pernah dicegah oleh Rasulullah.

Berkenaan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Nikahilah oleh kamu wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga, atau empat. Akan tetapi, jika kamu khuatir tidak akan dapat berlaku adil maka nikahilah seorang saja.” [TMQ An Nisa' (4):3), kebenaran berpoligami di dalam ayat ini bersifat mutlak. Ia bukanlah diturunkan semata-mata untuk membenarkan isteri-isteri yang kehilangan suami ketika Perang Uhud dikahwini sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat. Ia diturunkan adalah untuk menghadkan bilangan maksimum isteri kepada empat orang. Ini adalah kerana, sebelum ayat ini diturunkan, Islam membenarkan seseorang lelaki Muslim mempunyai lebih daripada empat orang isteri sehingga tidak ada dalil yang menghadkannya. Ayat ini kemudiannya diturunkan untuk membataskan jumlah tersebut kepada empat orang.

Berkenaan meletakkan ‘berlaku adil’ sebagai pra-syarat untuk membolehkan seseorang lelaki Muslim berpoligami seperti mana yang diutarakan oleh Zaitun Mohamed Kasim, hujah ini ternyata timbul dari golongan yang tidak memahami nas dengan benar. Ia juga timbul hasil dari sikap suka ‘mencari dalih’ bagi menyatakan Islam menyekat poligami. Padahal bagaimana mungkin seseorang lelaki Muslim ingin membuktikan bahawa dia mampu berlaku adil jika dia tidak diberikan peluang untuk berpoligami? Adapun firman Allah, “Kemudian jika kamu khuatir tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja” [TMQ an Nisa’(4):3], sebenarnya maksud ‘berlaku adil’ di dalam ayat ini bukan merupakan ‘pra-syarat’ untuk berpoligami, tetapi ‘berlaku adil’ itu adalah suatu perintah/hukum berasingan yang dikenakan ke atas lelaki Muslim yang mengamalkan poligami, bukannya syarat ke atas poligami itu sendiri. Dengan kata lain, mana-mana lelaki yang gagal berlaku adil (setelah berpoligami) adalah berdosa. Ini kerana dia telah tidak mematuhi perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala agar ‘bersikap adil’ di dalam perkahwinan poligaminya. Maka mereka akan dihukum sesuai dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Tambahan lagi, jika dikaji surah al-Nisa ayat 3 di atas, ia menunjukkan bahawa terdapat petunjuk bahawa kebenaran poligami itu tidak digabungkan dengan perintah bersikap adil. Ini ditunjukkan melalui ungkapan, “Nikahilah wanita-wanita (lain) yang kalian senangi dua-dua, tiga-tiga, atau empat-empat”. Ayat ini mengandungi pengertian mengenai kebolehan berpoligami secara mutlak. Ayat ini sendiri telah pun sempurna sebagai satu ayat. Manakala kemudiannya barulah disambung, “Kemudian jika kamu khuatir…”, di mana kalimat ini merupakan kalimat yang berasingan dan tidak ada hubungan terus dengan kalimat sebelumnya iaitu ia sebagai kalam mustaknif (kalimat lanjutan). Jika ia menjadi syarat, maka ayat tersebut sudah tentu berbentuk lain, umpamanya, “Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi dua-dua, tiga-tiga, atau empat-empat asalkan/jika kalian dapat berlaku adil”. Tetapi ternyata, kefahaman ayat itu bukan sedemikan. [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Nizamul Ijtima’i Fil Islam]

Hukum poligami dan ‘bersikap adil’ datang sebagai satu ‘pakej’. Pakej ini tidak ditawarkan secara berasingan. Maksudnya jika hendak berpoligami, mestilah berlaku adil. Sekiranya hendak berpoligami tetapi tidak mahu bersikap adil, maka adalah lebih baik seseorang lelaki itu untuk tidak berpoligami. Masakan hendak berpoligami tetapi enggan bersikap adil. Inilah yang dimaksudkan dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala melarang lelaki Muslim untuk berkahwin lebih daripada seorang isteri jika mereka khuatir tidak mampu bersikap adil.

Adapun firman Allah, “Kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian” [TMQ an-Nisa’ (4):129], ayat ini juga turut diketengahkan oleh Zaitun Mohamed Kasim sebagai hujah untuk membuktikan bahawa tidak ada lelaki yang mampu bersikap adil. Inilah natijah dari penafsiran akal yang dipandu oleh hawa yang dibuat oleh pihak SIS. Mereka menafsirkan makna ‘adil’ mengikut kehendak hawa mereka, bukannya merujuk kepada nas. Walhal terdapat banyak Hadis Rasulullah yang menjelaskan maksud ‘adil’ dalam ayat di atas. Maksud adil di dalam ayat di atas sebenarnya berhubung dengan keadilan pembahagian cinta dan kasih sayang. Maksudnya, seseorang lelaki itu sesungguhnya tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterinya di dalam pembahagian cinta dan kasih sayang. Merujuk kepada ayat di atas, Ibn’ Abbas ra. menjelaskan bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menyatakan: “Yakni di dalam masalah cinta dan persetubuhan’.

Imam Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri lebih cenderung terhadap (mencintai) ‘Aisyah berbanding isteri-isterinya yang lain, berdasarkan beberapa hadis riwayat Imam Ahmad dan Ahli Sunan yang lain [Tafsir Al-Quran Al-Azim, I/696]. Meskipun demikian, ia tidak mengakibatkan hak-hak isteri yang lain terabai. Keadilan yang diwajibkan kepada seseorang suami adalah bersikap seimbang di antara para isterinya sesuai dengan kemampuan yang ada pada dirinya. Ini termasuklah di dalam hal giliran bermalam, memberi makan, pakaian dan tempat tinggal dan lain-lain yang berkaitan. Jika pihak suami gagal berlaku adil di dalam hal-hal ini, maka mereka boleh dihukum.

KAJI SELIDIK – MENGKAJI YANG SALAH

Soal selidik yang dijalankan oleh SIS sebenarnya tidak boleh digunakan sebagai tolok ukur untuk menentukan status kedudukan hukum poligami. Hukum syara’ adalah di tangan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan manusia langsung tidak boleh campur tangan di dalamnya. Apa yang wajib dilakukan oleh manusia hanyalah mendengar dan taat (sami’na wa atha’na) sahaja. Hanya Allah sahaja yang berhak menentukan manakah yang baik atau buruk bagi manusia. Yang pasti, setiap hukum Allah adalah baik dan tidak akan ada keburukan di dalamnya. Sebagai contoh, hukum perang (jihad) adalah baik, walaupun ia mungkin mengakibatkan kecederaan, kehilangan nyawa, anak menjadi yatim, isteri menjadi janda dan sebagainya. Bukanlah hak manusia untuk menjalankan kaji selidik ke atas hukum Allah dan membuat keputusan baik dan buruk terhadapnya. Jika ada perkahwinan poligami yang nampak buruk sekalipun, itu tidak lain adalah kesalahan manusia (sama ada suami atau isteri) yang tidak mematuhi hukum syara’ di dalam perkahwinan tersebut, bukannya keburukan atau kesalahan hukum poligami itu sendiri. Maksudnya, jika suami yang berpoligami tidak berlaku adil (sebagaimana dituntut oleh syara’) maka yang buruk di dalam kes ini adalah suami itu sendiri, bukan poligaminya. Maka suami tersebut perlu dihukum dan dinasihati, bukannya hukum poligami itu yang perlu dihapuskan.

Di sinilah kekeliruan dan kesalahan SIS. Mereka cuba menundukkan hukum syara’ mengikut selera mereka. Oleh sebab kebencian mereka kepada poligami, maka mereka cuba mencari bukti yang menunjukkan keburukan poligami. Hakikatnya, mereka buta bahawa jika kehidupan berpoligami itu benar-benar mendatangkan masalah sekalipun, yang menjadi masalah adalah manusia yang mengamalkannya, bukan hukumnya. Manusia itulah yang wajib diperbetulkan. Menilai baik dan buruk kehidupan berpoligami dengan melihat kepada mereka yang hidup tanpa berpegang kepada hukum Islam adalah satu kesilapan besar. Sama seperti kita ingin mengkaji baik dan buruknya memakai tudung, tetapi kita bertanya kepada SIS. Samalah juga kalau kita ingin tahu baik dan buruk teroris, kita bertanya kepada George W. Bush. Pendek kata, ingin tahu jalan yang lurus, tetapi bertanya kepada si buta!

Inilah bentuk kajian yang dilakukan oleh SIS, atas alasan kononnya memperjuangkan hak wanita. Yang anehnya, banyak lagi hukum syara’ yang jelas-jelas diperintahkan oleh Allah ke atas manusia, sama ada lelaki atau perempuan, kenapa SIS tidak memperjuangkannya? Jika benar SIS adalah pejuang Islam, khasnya untuk kaum hawa, apakah SIS begitu jahil tidak mengetahui bahawa memakai tudung itu wajib bagi Muslimah? Kenapa hukum yang wajib ini tidak diperjuangkan oleh SIS? Atau SIS ingin merubah hukum Allah sekali lagi dengan menyatakan bertudung itu hanyalah satu fesyen atau tradisi, bukannya satu kewajipan? Kebiadaban SIS dalam usaha merubah hukum Allah ini jelas terlihat dari kata-kata seorang aktivis SIS, Norani Othman, yang menyatakan bahawa poligami adalah satu perkara yang sudah ketinggalan zaman [BH 31/01/07, memetik apa yang diucapkan oleh Noraini di dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3 pada 5 Januari lepas].

Jika inilah pemikiran yang ada pada SIS, maka ini memang tidak ubah dengan pemikiran yang ada pada orang-orang kafir, malah lebih buruk, sebab sebahagian besar dari orang kafir itu sendiri memahami bahawa memakai tudung itu adalah wajib di dalam Islam. Bagi manusia yang tidak mahu mematuhi hukum Allah, Allah swt mengingatkan,

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ayat-ayat Allah); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. [TMQ Al-A’raf (7):179]

KHATIMAH

Wahai kaum Muslimin! Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala bertujuan untuk menyelesaikan masalah manusia. Ini termasuklah kebenaran yang Islam berikan kepada lelaki Muslim untuk mempunyai lebih daripada seorang Isteri. Ia adalah suatu bentuk penyelesaian kepada permasalahan dan bukannya punca kepada permasalahan. Ingatlah! Islam itu sempurna dan langsung tidak ada kecacatan atau kekurangan di dalamnya. Sesungguhnya yang menjadi punca kepada masalah adalah apabila manusia itu tidak menerapkan hukum syara’ di dalam kehidupannya. Tingkah laku manusia yang tidak berhukum dengan hukum Allah, inilah yang menjadi punca kepada segala kerosakan.

Wahai kaum Muslimin! Pemikiran-pemikiran yang diperjuangkan oleh SIS adalah pemikiran-pemikiran yang selari dengan pemikiran dan kehendak Barat. Inilah golongan yang memuja Barat dan dipuji oleh Barat. Golongan ini juga diangkat oleh pemimpin-pemimpin yang sekular sebagai golongan yang kononnya memperjuangkan Islam. Jadi tidak hairanlah jika gerakan sebegini terus hidup dan bebas mengeluarkan pendapat walaupun bertentangan dengan Islam. Walau bagaimanapun kami yakin bahawa sebahagian besar dari umat Islam menolak dan membenci golongan ini. Hanya mereka yang cintakan kekufuran akan mencintai golongan ini. Semoga laknat Allah akan terkena ke atas golongan yang merubah hukumNya dan semoga mereka mendapat azab yang pedih. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Membalas segala perbuatan keji orang-orang yang merubah agamaNya. Ya Allah! Hinalah mereka yang menghina agamaMu, hukumlah mereka yang merubah hukum-hukumMu. Amin ya Rabbal ‘alamin.

Agenda Harian

Semoga kita senantiasa terpacu untuk mengukir prestasi amal yang akan memperberat timbangan kebaikan di yaumil akhir, berikut rangkaian yang bisa dilakukan

1. Agenda pada sepertiga malam akhir

a. Menunaikan shalat tahajjud dengan memanjangkan waktu pada saat ruku’ dan sujud di dalamnya,

b. Menunaikan shalat witir

c. Duduk untuk berdoa dan memohon ampun kepada Allah hingga azan subuh

Rasulullah saw bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT selalu turun pada setiap malam menuju langit dunia saat 1/3 malam terakhir, dan Dia berkata: “Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka akan Aku kabulkan, dan barangsiapa yang meminta kepada-Ku maka akan Aku berikan, dan barangsiapa yang memohon ampun kepada-Ku maka akan Aku ampuni”. (HR. Bukhari Muslim)


2. Agenda Setelah Terbit Fajar

a. Menjawab seruan azan untuk shalat subuh

” الَّلهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَعَدْتَهُ “

“Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini, shalat yang telah dikumandangkan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan karunia, dan bangkitkanlah dia pada tempat yang terpuji seperti yang telah Engkau janjikan. (Ditashih oleh Al-Albani)

b. Menunaikan shalat sunnah fajar di rumah dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا

“Dua rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya”. (Muslim)

وَ قَدْ قَرَأَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فِي رَكْعَتَي الْفَجْرِ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُوْنَ وَقُلْ هُوَ اللهُ أَحَدَ

“Nabi saw pada dua rakaat sunnah fajar membaca surat “Qul ya ayyuhal kafirun” dan “Qul huwallahu ahad”.

c. Menunaikan shalat subuh berjamaah di masjid –khususnya- bagi laki-laki.

Rasulullah saw bersabda:

وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِي الْعَتْمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

“Sekiranya manusia tahu apa yang ada dalam kegelapan dan subuh maka mereka akan mendatanginya walau dalam keadaan tergopoh-gopoh” (Muttafaqun alaih)

بَشِّرِ الْمَشَّائِيْنَ فِي الظّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّوْرِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Berikanlah kabar gembira kepada para pejalan di kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat”. (Tirmidzi dan ibnu Majah)

d. Menyibukkan diri dengan doa, dzikir atau tilawah Al-Quran hingga waktu iqamat shalat

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ لاَ يُرَدُّ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ

“Doa antara adzan dan iqamat tidak akan ditolak” (Ahmad dan Tirmidzi dan Abu Daud)

e. Duduk di masjid bagi laki-laki /mushalla bagi wanita untuk berdzikir dan membaca dzikir waktu pagi

Dalam hadits nabi disebutkan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إَذَا صَلَّى الْفَجْرَ تَرَبَّعَ فِي مَجْلِسِهِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ الْحَسَنَاءُ

” Nabi saw jika selesai shalat fajar duduk di tempat duduknya hingga terbit matahari yang ke kuning-kuningan”. (Muslim)

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya waktu fajar itu disaksikan (malaikat). (Al-Isra : 78) Dan memiliki komitmen sesuai kemampuannya untuk selalu:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah lebih banyak dari itu semua, maka akan menuai kebaikan berlimpah insya Allah.

3. Menunaikan shalat Dhuha walau hanya dua rakaat

Rasulullah saw bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

“Setiap ruas tulang tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya, setiap hari ketika matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah, menolong orang dengan membantunya menaiki kendaraan atau mengangkat kan barang ke atas kendaraannya adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, tiap-tiap langkahmu untuk mengerjakan shalat adalah sedekah, dan membersihkan rintangan dari jalan adalah sedekah”. (Bukhari dan Muslim)

4. Berangkat kerja atau belajar dengan berharap karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمِلِ يَدِهِ، وَكَانَ دَاوُدُ لا يَأْكُلُ إِلا مِنْ عَمِلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang memakan makanan, lebih baik dari yang didapat oleh tangannya sendiri, dan bahwa nabi Daud makan dari hasil tangannya sendiri”. (Bukhari)

Dalam hadits lainnya nabi juga bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang berjalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga”. (Muslim)

d. Menyibukkan diri dengan dzikir sepanjang hari

Allah berfirman :

أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

“Ketahuilah dengan berdzikir kepada Allah maka hati akan menjadi tenang” (Ra’ad : 28)

Rasulullah saw bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهَ أَنْ تَمُوْتَ ولسانُك رَطْبٌ من ذِكْرِ الله

“Sebaik-baik perbuatan kepada Allah adalah saat engkau mati sementara lidahmu basah dari berdzikir kepada Allah” (Thabrani dan Ibnu Hibban) .

5. Agenda saat shalat Zhuhur

a. Menjawab azan untuk shalat Zhuhur, lalu menunaikan shalat Zhuhur berjamaah di Masjid khususnya bagi laki-laki

b. Menunaikan sunnah rawatib sebelum Zhuhur 4 rakaat dan 2 rakaat setelah Zhuhur

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ صَلَّى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang shalat 12 rakaat pada siang dan malam hari maka Allah akan membangunkan baginya dengannya rumah di surga”. (Muslim).

6. Agenda saat dan setelah shalat Ashar

a. Menjawab azan untuk shalat Ashar, kemudian dilanjutkan dengan menunaikan shalat Ashar secara berjamaah di masjid

b. Mendengarkan nasihat di masjid (jika ada)

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ لا يُرِيدُ إِلا أَنْ يَتَعَلَّمَ خَيْرًا أَوْ يَعْلَمَهُ، كَانَ لَهُ كَأَجْرِ حَاجٍّ تَامًّا حِجَّتُهُ

“Barangsiapa yang pergi ke masjid tidak menginginkan yang lain kecuali belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya ganjaran haji secara sempurna”. (Thabrani – hasan shahih)

c. Istirahat sejenak dengan niat yang karena Allah

Rasulullah saw bersabda:

وَإِنَّ لِبَدَنِكَ عَلَيْكَ حَقٌّ

“Sesungguhnya bagi setiap tubuh atasmu ada haknya”.

Agenda prioritas:

Membaca Al-Quran dan berkomitmen semampunya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan, maka akan menuai kebaikan yang berlimpah insya Allah.

7. Agenda sebelum Maghrib

a. Memperhatikan urusan rumah tangga – melakukan mudzakarah – Menghafal Al-Quran

b. Mendengarkan ceramah, nasihat, khutbah, untaian hikmah atau dakwah melalui media

c. Menyibukkan diri dengan doa

Rasulullah saw bersabda:

الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ

“Doa adalah ibadah”

8. Agenda setelah terbenam matahari

a. Menjawab azan untuk shalat Maghrib

b. Menunaikan shalat Maghrib secara berjamaah di masjid (khususnya bagi laki-laki)

c. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Maghrib – 2 rakaat

d. Membaca dzikir sore

e. Mempersiapkan diri untuk shalat Isya lalu melangkahkan kaki menuju masjid

Rasulullah saw bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

“Barangsiapa yang bersuci/berwudhu kemudian berjalan menuju salah satu dari rumah-rumah Allah untuk menunaikan salah satu kewajiban dari kewajiban Allah, maka langkah-langkahnya akan menggugurkan kesalahan dan yang lainnya mengangkat derajatnya”. (Muslim)

9. Agenda pada waktu shalat Isya

a. Menjawab azan untuk shalat Isya kemudian menunaikan shalat Isya secara jamaah di masjid

b. Menunaikan shalat sunnah rawatib setelah Isya – 2 rakaat

c. Duduk bersama keluarga/melakukan silaturahim

d. Mendengarkan ceramah, nasihat dan untaian hikmah di Masjid

e. Dakwah melalui media atau lainnya

f. Melakukan mudzakarah

g. Menghafal Al-Quran

Agenda prioritas

Membaca Al-Quran dengan berkomitmen sesuai dengan kemampuannya untuk:

- Membaca ½ hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 1 kali

- Membaca 1 hizb dari Al-Quran untuk mendapatkan khatam Al-Quran sebanyak 2 kali

- Bagi yang mampu menambah sesuai kemampuan bacaan maka telah menuai kebaikan berlimpah insya Allah.


Apa yang kita jelaskan di sini merupakan contoh, sehingga tidak harus sama persis dengan yang kami sampaikan, kondisional tergantung masing-masing individu. Semoga ikhtiar ini bisa memandu kita untuk optimalisasi ibadah insya Allah. Allahu a’lam

Jazaakillah

Sedikit revisi dari : http://www.al-ikhwan.net/agenda-harian-ramadhan-menuju-bahagia-di-bulan-ramadhan-2989/

Isi Blog

Popular Posts

Diberdayakan oleh Blogger.